Cari Blog Ini

Jumaat, 27 Disember 2013

JALAN2 DI HARI CUTI

Semua yg terjadi dr ari isnin adalah sesuati yang tidak dirancang sama sekali..hari isnin memang aku demam..start dr ari ahad lagi badan dah tak sedap risau denggi je..mak n adik2 aku sedap2 pilih bunga kat air hitam beh aku lepak dlm keta sampai dekat 3 jam..blk tu aku terus collapse..
Pagi isnin tu mulanya malas nak g keje..tak larat nak bangun..tp bila fikir2 ada invoice yg perlu di hantar segera so terpaksa aku dtg keje..tp sampai kat tmpt keje aku dah tak larat  settled semua keje aku trus g hospital..mmg ofis tgh kosong tp aku dah mnta izin hr..so lntaklah pada sapa yg ckp aku selfish....mmg dah tak larat kan..nk wat mcmana..
Lepas mkn ubat dah mcm ok sikit aku kluar blk sebb lupa pula ada janji dgn adik2 partime aku utk tgk wayang..larat tak larat aku jalan r jugak..sebb dah janji kan..klau kita tidak menunaikan janji kita adalah tergolong dlm mereka yg munafik...fuhh..ckp mcm masuk mimbar pencetus ummah je..hehehe..tapi nampak sgt aku tak sihat bila aku tertido 10minit pertama ceta tu..mmg collapse lah..
esk nya memang aku dah apply cuti sebab nak ke singapore..tapi last minit tak jd lah pulak sebb cousin yg biasa tunjuk jln msk sgpore tu tak free..xpe lah..rehat2 je lah kat umah..demam kan..hehhee..dlm pkul 1 adik call ajak g JPO..so aku on je lah..pkul 2 sampai umah..so naik keta ntah apa adik aku yg arip bincang2 ngan fatin tetiba dia ckp "jom naik kl..kita blk hari je..malam blk jb" kitaorg on je lah..keje gila kan..terus shoot ke kl..trafik pun cantik je n tak jem..sampai kl terus menuju ke sogo..tp sogo xde apa yang menarik pun..jln2 kat masjid india kedai pun byk tutup..iyalah Christmas eve kan mlm ni..tutup awal lah..so nk jadikankan ceta dengan sehelai sepinggang kitaorg stay kl..beli lah apa2 barang asas yg penting..hahaha..keje gila lah..nasib baik bawa ubat..
esk pagi2 g breakfast..sambung shopping kat masjid india..after tu terus ke One Utama..memang best gila sales dia..thanks syikin yg bg info..lepas beli2 barang sampai bonet penuh, kitaorg terus lah blk ke jb..esk keje wooo...hahahaah,...ni lah namanya lain di planning lain yg jadi..layannn...inu ngandung sampai sakit2 perut dia sebab dok berjalan..anyhow i love my family very much..thanks guys...

Jumaat, 20 Disember 2013

TRIP KOREA (DAY 1) ~ TEATER JUMP

Terbaik tak Hospital dia..
Perjalanan di terus kan lagi ke Seoul cinema untuk menonton teater JUMP. Melalui info dari guesthouse yang kitaorg stay tu, teater JUMP ni adalah 2nd terbaik selepas Nanta. Tapi oleh sebab teater tu dekat area Myeongdong so kitaorg choose tengok teater JUMP. So dari stesyen Anguk kitaorg terus menuju ke stesyen City Hall (Line 1) dan keluar di exit 1.
Menunggu kaunter tiket dibuka
 jam 6.30pm
We are here!!
Area Filem2 yang box office
Sampai je kat Seoul cinema kitaorg mcm blur2 sikit kat mana nak beli tiket teater ni..tiket wayang adalah..tp tak nak lah tgk wayang..tgk wayang kat malaysia pun ada..lepas terpusing-pusing rupa-rupanya kaunter tiket tu tak buka lagi lah..mana nak faham tulisan semua korea..aku x pula belajar tulisan hangul ni..nasib baik ada org dekat kaunter tu dia cuma sebut "6.30 open "so kitaorg assume je lah pukul 6.30 tiket baru buka..jadi sabar je lah kitaorang tunggu n masuk dalam seoul cinema amik-amik gambar, posing2 mcm cantik..hahaha..




SEOUL CINEMA
So sambil menunggu jam 6.30 kitaorg duduk lah kat bawah2 pokok tu sambil makan jajan yang kitaorg bawa dari Malaysia..Ju'a memang dah pesan suruh bawa coklat or makanan untuk energy sebab kat sini memang tenaga berjalan amat2 diperlukan..lagi 1, jalan kat Seoul ni bukan macam Malaysia..rata je...kat sini jalan di berbukit-bukit..memang semput gak lah...lagi stamina dah tak de..phewww....

Tiket Teater
Set teater..curi2 amik pic 
Menunggu pintu teater dibuka
Comel kan Heroin dia ni
Bila kaunter buka je kitaorang terus beratur sama and beli tiket harga 50,000won = RM140.00..masa beli memang terasa mcm mahal..tapi bila dah tengok memang berbaloi lah dengan harga..masuk je ke dalam teater hall dekat pintu lagi kami dah di warning no picture allowed. so kitaorg akur lah..tp dlm ikut peraturan ni aku degil gak..curi gak amik gambar dalam hall tu..pas2 kena tegur ngan pekerja wanita kat situ.. dengan tangan bersilang dia cakap "no camera..no camera"nasib baik awek ni comel..hahahaso simpan lah hp aku tu..dari kena rampas tak pasal je kan..
Poster JUMP
Back to the teater, dia berkenaan dengan sahabat yg ada martial art..sorang aku tgk aksi dah mcm Bruce Lee, sorang mcm jackie chan dlm drunken master..tp skill martial art diaorg memang terbaik..setiap gerakan semua sharp..yang si penglipur lara yg macam KFC punya maskot tu pun kelakar..memang berbaloi lah harga tiket dengan persembahan yang diberikan...
Mula-mula nak tengok takut tak faham je..tp the teater is very simple and body gesture setiap pelakon memainkan watak and buat cerita tu mudah difahami n enjoy..lebih2 yg heroin tu cute..(tiba2 aku teringat watak dalam game street fighter si chun lee )
Selepas tayangan teater ni, sesi autograph di jalankan..kitaorg tak amik pun autograph diaorg nii..juz amik gambar dari jauh je..hehehe...
Barisan Pelakon JUMP

Bersih & teratur je kan dlm train ni..
yang penting semua tgk hp..












Abis je sesi bergambar kitaorg pun terus berlari balik sebab nak kejar subway..sebab subway last pukul 11malam..nak menapak atau taxi memang lah kitaorg tak tau..lagi satu, bukan semua taxi harga sama..bergantung pada color taxi...color taxi yang hitam harga yang paling mahal skali..kira mcm org kaya2 punya keta lah..
Naik je train, memula kitaorg terpaksa juga berdiri..tapi memang budaya mereka menghormati pelancong kami di beri tempat duduk..tapi sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai adap kami memberi kepada senior citizen lah untuk duduk..tp aku dengan syikin dipaksa juga duduk dan mereka berdiri..nak tak nak aku ngan syikin pun duduklah..baru mereka senyum dengan we all..
Juz meet up uncle ni di train.
dia bgtau dia pernah keje di KDN
Korea n now dah retired. Sekarang
dia full time menulis buku
Syikin duduk di sebelah seorang uncle ni..aku tak tau lah dia yg tegur syikin dulu atau sebalik nya.. Dari cerita uncle ni dia pernah kerja di KDN Korea n sekarang dia dah pencen dah..Sekarang dia lebih menumpu pada menulis buku. Dia sempat jugalah tunjuk pada kami buku-buku yang di tulis olehnya..tapi maaflah sepatah haram pun kitaorang tak tau..sebab semua buku dalam tulisan korea..kalau uncle ni tipu pun kitaorg layan je..hahahah...
Khusyuk si syikin membelek
buku yg di tulis uncle ni
Sebelum turun dari train, uncle ni sempat meminta emel kami n memberi alamatnya. Dia ckp dia suka kumpul kawan and hantar emel..saje memperbanyakkan lagi rakan2 di seluruh negara..tp kad yg dia conteng alamat dia mana ntah aku campak..lupa dah..heheheh...
Antara buku yang uncle ni tulis
Sampai je di Hostel aku terus masuk kebilik..si faiz dengan syikin berbual dulu dengan Richard..saje bertanya lebih lanjut tempat2 menarik di korea ni and macamana nak ke sana..yang best nya semua yang berada di front desk ni semua memang friendly..apa kita tanya semua dia bantu.. termasuk tiket nak ke nami island, diaorang dah tolong assist belikan and tempahkan sit bas untuk kitaorg..so amat mudah buat arrangement dengan diaorg..memang amat membantu and highly recommended untuk stay di sini if datang ke Korea..
Alrite..stop di cini dulu..untuk hari kedua adalah lebih menarik lagi..tungguuuu...










Isnin, 16 Disember 2013

TRIP KOREA (DAY 1) ~ INSADONG

Tak tahu jalan, jangan malu
bertanya jalan..heheheh
Selepas kami tak dapat masuk ke muzium di raja kitaorg pun terus berherak ke destinasi seterusnya..iaitu Insadong.. Insadong adalah bandar yang penuh tradisi, seni dan antara syurga membeli belah di seoul. Kalau ikut di peta, jarak antara Gyeongbokgung dan Insadong takde lah jauh sangat. Ditambah pula cuaca yg mendung2 n tak berapa panas kitaorg wat decision untuk jalan kaki je ke sana..
Thanks to uncle yang membantu kami
menunjuk jalan ke Insadong..
dia takut we all sesat sanggup follow
we all hingga ke jalan yang paling mudah
 nk ke Insadong..jauh lah juga..very nice..
Errrmmm...pusing kiri pusing kanan ikin cari penduduk tempatan yang muka mcm educated sikit untuk bertanya..(tak ramai antara mereka yang pandai berbahasa inggeris) so ternampak seorang uncle yang baru keluar dari subway..so dengan senang hati uncle tu tunjuk kami arah. memula dia macam teragak-agak nak beri kami instruction.lepas tu dia ckp "nevermind2..i show u.im worried if you all lost"..baikkan uncle tu..memula kitaorg ckp xpe lah kesian sebb mcm agak jauh gak dia nak kena jalan sekali utk tunjuk jln tu..tp dia still berkeras untuk hantar kitaorg.. very nice kan..
I Thinks Coffee Cafe
Angel in us coffee Cafe
So kitaorg kena masuk blk laluan istana tadi n terus ke pintu gerbang utama istana.. so uncle tu pun cakap "this is Seoul City" di jalan utama memang terselah kesibukan bandaraya tersebut. so uncle tu minta kita terus kan sampai jumpa signboard Anguk dan insadong ada di sebelah kanan. Selepas mengucapkan thank you pada uncle tu kitaorg meneruskan lagi perjalanan melawat kota Seoul. Tapi sepanjang jalan ke Insadong kitaorg perasan tak de 1 sampah pun yang ada di sekitar bandar tu. Jangan kata sampah, tong sampah pun kitaorg yak de nampak. Lepas tu dalam perjalanan kitaorg ada lah byk jumpa vending machine kan sini..So sesaje lah nak try..botol air dia very unic..lepas minum oleh sebab tak jumpa tong sampah, kitaorg bawa je lah tin air tu..klau kat malaysia xde tong sampah pun kena komplen n org still berani buang sepah-sepah...kat sini rasa memang tak berani ler... hehehee..
Antara mercu tanda insadong
Suasana di Insadong
Satu lagi yang kitaorg perasan kat bandar korea ni, sepanjang kami berjalan kaki ke Insadong kami terbau coffee je..so bila tgk sekeliling baru kita org dpat assume memang banyak cafe coffee dekat sini n nama pun pelbagai..setakat Coffee Bean n Starbuck dah biasa sgt kan kat malaysia..so kat sini lagi banyak n nama yang pelik-pelik..tapi bau coffee yang harum wat kitaorg craving nak minum coffee..
lebih kurang 15 - 20minit berjalan sampailah di Insadong..Elehh..xde lah jauh sgt n susah nak cari tempat-tempat ni..(dah jumpa boleh lah nk berlagak..kekekek)..so kitaorg terus berjalan2 sambil cuci2 mata nak tgk barang2 cenderamata yang boleh dibeli utk family dan friends kat Malaysia..Syikin remind kitaorg untuk cari kedai yang Ju'a maksudkan..kata Ju'a dekat insadong ni ada satu kedai orang korea yang boleh cakap melayu, boleh tawar menawar n murah compare kedai-kedai lain. Jalan punya jalan jumpa lah kedai yang Ju'a maksudkan..so apa lagi..borong habis lah untuk semua..T-shirt  lebih kurang KRW 5000 kita dapat KRW4000, Magnet Fridge 10 pcs ada yg KRW 10,000 and ada KRW8,000. Pen, beg and macam-macamlah.so belikan tshirt utk along, kak wani and 3org budak kecik tu sepasang..ayah,angah, abg laziz, arip, nadia, adik n zam semua aku belikan tshirt..atuk aku belikan beg nak g yassin..mak je aku x belikan lg sebab xde taste dia kat sini..biasalah high taste kan madam aku tu..heheheh...tp aku dah planning nak belikan dia product muka berasaskan Ginseng..beg make up utk anis, sudu korea, magnet fridge n key chain utk kwn2 ofis, silat, uitm n kwn2 terdekat yg lain. Untuk Cikgu Mohd Noor n family pun aku ada belikan souvenir utk diaorg..(mereka adalah antara orang yang terpenting dalam hidup aku)

If pergi insadong dont forget
shopping di kedai dia..very nice
Pemandangan depan kedai yg
 kitaorg shopping
Hasil Shopping
Mencari jalan nak ke seoul cinema
Suasana di area Insadong..
medan bershopping!!
So after abis dekat beratus ribu KRW kitaorg diberi free gift oleh tuan punya kedai..senang lah nak bargain harga ngan dia..so now utk cenderamata utk org2 Malaysia dah settled..menyesal pulak tak bawa beg galas aku..sudahnya confirm kena bahan ngan ikin ler...so mengusung lah aku plastic beg yg color hitam mcm shopping kat pasar malam kan...heheheh...so kitaorg masih xpuas shopping n terus lah survey2 dekat semua kedai2 yg berhampiran...so next plan we all nak g tengok Teater Jump yang popular kar Korea ni..
hahaha..tak abis membelek lagi
Shopping2..survey2..
So kitaorang pun mula search macamana nak ke Seoul Cinema..tengah surfing, tgk2 peta ternampak lah pula sukarelawan..apa lagi kitaorg pun tnya lah kat minah2 yg cun ni..suka faiz cuci mata tgk awek2 yang comel..(takde pula sukarelawan lelaki yg hensem macam Lee Min Hoo..haishhh...) so conclusion kitaorg kena naik train nak ke sana..
so on going nak ke subway angguk ke Euljiro, Syikin singgah di kedai kosmetik Nature Republic sebab ada rakan yang kirim barang. Memula aku masuk lah juga kedai tu..tapi oleh sebab aku tak pakai product ni so aku kurang berminat sikit..pas2 aku kuar dari kedai kosmetic tu terdengar orang gelak2 n ada bunyi2 bising dari kedai sebelah..rupa2nya peniaga gula tarik itu melayan pelanggan sambil bercakap secara lucu untuk menari perhatian org ramai..
bila tengok bunting kat atas kedai tu baru tau yang diaorg ni antara attraction korea di atas ke petahan mereka bercakap sambil menjual gula tarik tu.. selalu gak masuk dalam television korea sebagai salah satu promosi..memang cute lah dia berckp..dengar diaorg berckp je orang akan stop and dengar diaorg mebebel2..tp memang kelakar lah...
Antara tarikan peniaga di insadong..cute gila..
Menguli guka tarik sambil membebel-bebel


so after this we continues our journey g tgk Teater JUMP!!jom jumping sesama..lalalalala











Khasiat Bismillah 5

Bismillah lima dan Khasiatnya

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim

2. Bismillahish Shaafii

3. Bismillahil Kaafii

4. Bismillahil Mu’aafii

5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim

* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan

* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan

* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik

* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Antara fungsi Bismillah 5 ni:

*penawar bisa diri

*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

*penawar bisa-bisa badan

*penawar bisa batu merian

*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya

Cara menggunakan Bismillah 5 :

1.Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali dan tiup di tempat yang sakit.

2. Kalau anak menangis di tengah malam, baca Bismillah 5 ini dan hembus pada ubun-ubun bayi.

3. Kalau anak demam, baca dan hembus pada air 19x, kemudian lap badan anak dengan air tersebut sekerap mungkin sambil berselawat. (Mama.Wafi dah pernah cuba masa Wafi demam dan Alhamdulillah, dengan izin Allah, sembuh demam Wafi itu.)

Kesan Sampingan:

Dengan mengamalkan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.



Sabtu, 14 Disember 2013

TRIP KOREA (DAY 1) ~ GYEONGBOKGUNG PALACE

After dapat bilik, kitaorg trus mandi2 , makan nasi impit cicah sambal ikan bilis n rendang kering yg ikin bawa sambil berehat n planning mana nak pergi diz evening..errmm..dlm bilik ni mmg ada tv tp semua ceta korea kat sini xde subtitle mcm kat malaysia..so dari kitaorang pura2 faham baik tutup je..hehehee...
So next destination kitaorg planning nak melawat istana kat korea ni..antara tempat yg wajib di visit jika datang ke korea..di korea ada 4 istana iaitu Gyeongbokgung Palace, Changdeokgung Palace, Changgyeonggung Palace and Deoksugung Palace..Tapi we all decide cuma pergi 1 istana je iaitu istana yg terbesar zaman pemerintahan Joseon Dinasti. Dari kajian aku, Istana ni dah di bina sejak tahun 1395..dekat 600 tahun sey..Salah satu sebab aku nk g istana ni adalah kerana aku pernah tgk ceta Rooftop Prince..Itulah sebab utama aku nak g istana ni..hahaha...

Photographer pulak berposing..hihihi..
So dalam pukul 3 lebih kitaorg siap2 and terus bergerak ke Gyeongbokgung menggunakan subway..cuaca panas tapi tak terik..sedap2 je lah...fuhhh..mcm xcaya lah kitaorg kat korea ni..hahaha..excited woo...lagi2 bila tgk semua mata sepet yg comel2 ni..si faiz mcm nak bermastautin terus je kat korea katanya..hahaha..nasib baik x jumpa Girl Generation lagi..

Untuk ke Palace Gyeongbokgung, kita perlu menaiki Subway line 4 (warna Hijau) and turun di stesyen 327 Gyeongbokgung. Sampai di situ we all terus keluar melalui Exit 5. (nak keluar subway tu korang kena tau exit num berapa..kalau x, korang yg confius).

Turun dr subway menuju ke Istana pun 
dah ada mercu tanda Istana..so dunt 
worry if ada yg takut tersesat
Antara destinasi terdekat bila turun di
 subway Gyeongbokgung
Tapi pengalaman yg best adalah naik subway diaorg..they all are very helpful. masa kitaorg nak ke istana ni kitaorg stilll confius2 lg nk baca map sebab banyak sangat line yang ada..tgh tengok2 map yg di tangan syikin n map di subway tu tetiba ada seorg wanita korea menegur aku.. "ms, do you want any help?" kitaorg tunjuk map yg ada kat tangan kitaorg.. "owh, , u want to go palace. yes..correct train" Alhamdulillah..nasib baik betul..so borak dengan wanita korea ni..rupa-rupanya dia pernah tinggal di Malaysia kat kuala lumpur. Tapi tak lama.. Dalam 6bulan atas urusan kerja.. Dalam kitaorg berbual2 ni ramai juga mata yg tengok-tengok kitaorg sambil senyum n tunduk hormat bila kita tgk diaorg n senyum..Bila sampai ke destinasi Cik Korea tu sempat say "Enjoy your holiday in Korea".. Kitaorg terasa begitu welcoming sangat..Maknanya rakyat korea yang ada di dalam train ni juga berperanan sebagai duta kecil bagi memberi keselesaan kepada pelancong..Hopefully rakyat Malaysia pun boleh mengamalkan attitude yang sama waktu Tahun Melawat Malaysia.
Tiket masuk palace KRW3,000
Kawasa luar istana hanya di penuhi pasir putih sahaja,..(macam padang jarak padang terkukur) tapi pelancong yg melawat memang ramai..jadi kitaorg tak nak buang masa sebab takut tak sempat melawat semua kawasan istana..so terus lah beli tiket masuk yg berharga 3000 won = RM8.40

Pintu masuk istana..Terlepas
 show ex change pengawal
Pintu gerbang utama..

Unik kan seni pembinaan diaorg..
nasib baik aku bukan arkitek
Tempat persidangan raja dan sida-sida.
biasa digunakan dlm drama2 kuno korea
Kawasan istana memang besar sgt.. Terdapat beberapa kawasan and bahagian -bahagian istana..ada ruang yang boleh di masuk and ada ruang yang tak dibenarkan masuk..mcm kawasan istana besar (bangunan utama n terbesar kat area istana ni) adalah tempat raja dan pembesar-pembesar bersidang pelancong tak dibenarkan masuk..hanya boleh melihat dan mengambil gambar dari luar sahaja..seni ukiran yg halus amat menarik..kebersihan istana juga terjaga di kawasan ini..
Dalam salah satu ruang istana

Masih ada lg pembinaan 
semula bangunan istana 
utk pengambaran filem 
dan tarikan pelancong
Di samping itu ada juga terdapat byk istana2 kecik (might be kawasan utk gundik2 di raja).. Istana2 kecil ni pelancong dibenarkan masuk tapi kena buka kasut..and yg paling menarik minat aku tu haaa tasik tu..terus teringat ceta rooftop prince..hahahaha.. tapi yang tak best kitaorg tidak dibenarkan ke kawasan seberang tasik tu..issshhh...ni lah pengaruh ceta korea sangat...abis semua nak explore..kalau kat malaysia berani try2 nak redah..tp kat tempat orang..so agak2 ler cik alynn oiii...hehehee... walaupun kawasa istana ni dah cukup besar n padat, masih ada construction pembinaan semula bangunan istana di satu area..memang diaorg jaga lah nilai sejarah negara diaorg..bangunan lama still nampak berharga dan di jadikan sebagai salah satu tarikan utama pelancong bila melawat negara mereka..
Inilah tempat Park Ha terjun dalam
 ceta Rooftop Prince
tak dpt pakai hanbok amik gambar 
kat sini pun jadi ler..
Penjaga booth di muzium di raja..
Lepas kita berpusing-pusing tengok-tengok istana dan rumah-rumah kecil di sekeliling kawasan tu, kitaorg terus jalan ke area untuk sewa pakaian hanbok(pakaian tradisional Korea) tapi waiting list dia maakkk aiii..ramai & kitaorg dah terlewat..sebab last booking pukul 4.30pm..tp now dah lebih dari pukul 4.30..frustated juga tp xpe lah..xde rezeki..teringin gak nak pakai pakaian traditional istana diaorg tu..tetiba jadi minah korea lah pulak..hahahaa...
Berhampiran di istana ini juga ada satu museum diraja..tetapi museum ini tengah ditutup sebab ada construction..and dijangka siap Aug 2013 (sekarang ni dah siaplah agaknya..)tp xpe..xdpt masuk museum, kitaorg amik gambar ngan penjaga kedai cenderahati kat Palace Museum yg comel n cute ni..si faiz siap nak ajak balik malaysia..hehehehe...so done for Gyeongbokgung Palace..next destination..we all nak ke Insadong and watching teater JUMP kat Seoul Cinema..waiting for the story!!!

Tak dpt tgk exchange pengawal kitaorg lah yg tutup 
pintu gerbang ni..tp berat wooo...


Khamis, 31 Oktober 2013

promise sekejap ke..

hi guyss..
sorry sebab sgt2 bz n xsempat nak update apa2 dlm blog ni..
draft utk share the info masa g korea last year pun x siap2..
kesian kat uols yg ada visit blog i tp x dpt full info about the korea..
however neverminds guys..
i will update it because now i already single again!!
headache lah ada bf ni..
after more than 5 years i have no boyfriends and suddenly ive got bf jadi bodoh pula nak layan lelaki mcmana..
hahahaa...so hubungan we all hanya bertahan setahun 2 bulan je..
kenapa n bagaimana kami berpisah biarlah menjadi rahsia..
ianya bukan kerana timbul pihak ke tiga, tetapi hal2 yg melibatkan keluarga lebih utama menjadi faktor perpisahan kami..the 2nd chance that i given to him already over so no more turning back and there dont have any 3rd chance..biarlah semua menjadi kenangan terindah antara kami..apa2 pun he left a good memories to me..
hokiesss...stop about him..so nanti if i ready i will update the info about my trip to korea last year and the readers are feel free to email to the me or left the comments..
 Thanks and regards

Isnin, 12 Ogos 2013

Amalia Alias

First time dgr lagu Takut ~ Amalia alias ni mcm biasa je..
Start tgk ceta hujan ni gara2 aku cuti hampir seminggu sebab nak siapkan project paper untuk semester akhir..Alhamdulillah..dapat A-..hehehe
so bila tgh buat2 assignment tu, tv ni dok buka je..so start pukul 4 ceta ni dah start..
so bila dah tertengok and aku pun ter follow lah ceta ni..
(ada gak kwn2 yg x cayer aku dah mula tgk ceta melayu..siap record lg sebb drama ni time waktu keje..hahaha)
tp bila hari2 dgr n dah ter addicted tgk ceta hujan tu tergerak gak hati nak cari penyanyi lagu tema drama ni..
So mcm biasa, bila dah minat dgn music arrangement lagu ni, aku akan tgk lirik lagu ni n fahamkan kisah lagu tu..
hmmm....mmg lagu ni ada kisah yang tersendiri n unik..
start dari sini aku pun kaji siapa penyanyi dia yg suara gemersik..
owhh..dia penyanyi youtube n study di jepun tp selalu wat cover lagu korea..
Lahir tahun 1990..sebaya adik aku lah dia ni..
tapi suara dia mmg best..
tak cayer korang leh dgr lagi lagu2 dia yg dia wat cover kat Click here
tak rugi dengar..
tapi aku tak sure either dia dah jadi recording artist or still study kat korea..
Dia ni bukan setakat berbakat dalam nyanyian tp educated juga..
Apa yang aku dapat researched pasal amalia ni dia ada stage frighten (maybe dia darah gemuruh nak wat show depan org ramai kot) tu yang dia amik keputusan untuk nyanyi youtube and blogger je..
Apa2 pun all the best to her..
hope dapat hasilkan lagu2 yang lebih superb n berkualiti..
gud luck sis!!

Takut ~ Amalia Alias (OST Hujan TV3)


Mungkin ku tak bisa menyatakan,
Apa yang terlintas di benakku,
Bukan kerana ku tak mencinta,
Cuma kerana ku tak mampu menatap matamu.

Tapi bukankah semua rasaku,
Sedia kau tahu tanpa ku perlu,
Menggapai pena dan menulis,
Apa yang ada di hatiku..

Kerna dalam hatiku,
Selalu ada kamu.

Tuhan tolonglahku,
Kerna aku takut kehilangan dia,
Kerna aku takut dia kan pergi,
Meninggalkan ku sendiri di sini.

Tuhan tunjukkanlah,
Apa yang terukir dalam hatinya,
Jalan mana yang harus ku datangi,
Agar terlerai kusut ini...

Tapi bukankah semua rasaku,
Sedia kau tahu tanpa ku perlu,
Menggapai pena dan menulis,
Apa yang ada di hatiku..

Kerna dalam hatiku,
Selalu ada kamu...

Tuhan tolonglah ku,
Kerna aku takut kehilangan dia,
Kerna aku takut dia kan pergi,
Meninggalkan ku sendiri di sini..

Tuhan tunjukkan lah,
Apa yang terukir dalam hatinya,
Jalan mana yang harus ku datangi,
Agar terlerai semua kusut ini...

Tuhan tolong lah ku,
Pinjamkan kembali dia padaku
Pegangkan lah takdir ini untukku,
Kembalikan dia seperti dulu

Tuhan tunjukkan lah,
Jalan mana yang harus ku datangi
Agar terlerai kusut ini




Jumaat, 8 Februari 2013

KENANGAN PKSN 2001

Dari tadi siang aku tiba-tiba teringat kenangan waktu aku joint Program Khidmat Sosial Negara 2001 (PKSN 2001) dari 3hb - 27hb Februari 2001 anjuran Jabatan Belia Sukan Negeri Johor. Time ni belum ada PLKN lagi..PKSN ni perintis bagi program PLKN..cuma PKSN sebulan je...tak delah sempat nak pegang M16 ke apa ke..tp kitaorg dapatlah masuk kem askar..dengar lagu kereta biru..taksilap lah..klau tanya aku skrg lagu tu aku pun mmg tak ingat lah..Aku g ngan cousin aku..tp cousin aku lelaki lah..yg tak best nya urusetia terlalu menjaga aku..sebb mak aku org jabatan juga...tu yg tak best sgt..hehehe..tp aku layan je lah..wat je mcm biasakan..mak aku pun bukan pegawai besar pun..yg penting jaga nama baik dia n wat the best..
Time nilah aku kenal ngan kwn rapat aku yg lelaki yang paling sengal di alam maya ni si erwan atau lebih top dgn nama Lempeng..(wei, ko kat mana??rindu sey nak lepak2..lama ko tak update aku pasal awek2 ko tu) Apai, Jeff, lyn, ida, fila, jelmol, wan aircond, imam,hisham, ejai (rindu beb kat ko..lepas kawin ngan ikin ko trus senyap..tiba2 teringat yg kita berlakon konon2 ada skandal sebb ko nak lari ngan si ana..hahaha..siap main suap2 air, tukar cincin...nak selamatkan member punya pasal, aku sanggup beb..) ogy, fidah (yg garang tp cair ngan aku bila aku urut ko kan..heheh) miza, tini, eju (hopefully aku takkan jumpa ko lagi selagi ko tak berubah dari menyusahkan kawan2 dan berhentilah dari menipu kawan2. tak di nafikan ko kawan yang bagus, tp disebb kan perangai ko tu memang memalukan kita semua..sorry to say friend..memang aku frust ngan perangai ko yg tak berubah2 walaupun dah byk kali kantoi) ermm..ramai lagi lah tak ingat lah nak sebut sorang2..
yang the best team fasilitator yg di ketuai abang ajak, abg azhar, abg wan, kak hajar..abang ajak siap ajar kitaorg lagu perpisahan versi lain..dia bgtau lagu ni diaorg cipta masa kat kem samudera..


Selamat tinggal, wahai teman semua,
semoga kita berjumpa lagi di suatu masa
jangan dilupakan peristiwa semalam
jadikan lah kenangan yang tak di lupakan
termetri sudah, persahabatan,
diantara kita..
bersatu teguh, bercerai roboh,
ingatlah kata2 ini bersatulah..

memang awesome..
guyssss.......... rindulah kat korng2 semua...
mana korang2 semua menghilang...jom kita jumpa ramai2...

Isnin, 28 Januari 2013

Anda anak num berapa??

Tengah dok bosan2 kat ofis gara2 harini kena keje terjumpa lah benda alah ni..sifat mengikut anak num baerapa..selalunya aku jumpa setakat num 5 - 6..yang ni aku jumpa sampai num 15..hahhh!!jom kita sama2 baca n share..but jangan percaya sangat takut bleh merosakkan akidah..just untuk suka-suka je k..

Anak No 1 : Berkepimpinan & Tegas
Anak No 2 : Penyabar & Kelakar (biasa org ckp anak num 2 ni berangin..wallahhualam)
Anak No 3 : Manja & Matang (errrr...manja ker??)
Anak No 4 : Baik & Bergaya
Anak No 5 : Baran & Cool
Anak No 6 : Ramah & Manja
Anak No 7 : Tegas & Lawak
Anak No 8 : Menerima & Sabar
Anak No 9 : Rileks & Pendiam
Anak No 10: Penyabar & Baik (but my sayang very cool, i yang geram ;-p)
Anak No 11: Banyak Cakap & Kelakar
Anak No 12: Penyabar & Mengada
Anak No 13: Manja & Pendiam
Anak No 14: Baik & Penyabar
Anak No 15: Menerima & Manja

**No 3 + No 10 =  lalalallala....