Cari Blog Ini

Rabu, 13 Mei 2015

JAPAN TRIP ~ B&B Pension Hakone (23rd April 2015)

Lobby for check in
Single room
B & B Pension Hakone terletak di 250-0407 Kanagawa , Hakone, Ninotaira 1297, Japan. Memang dekat atas bukit dan sejuk.. Sebelum sampai ke hotel Abg Sani dah bagitau dekat atas nanti memang dah takde kedai makanan halal. So kita singgah 1 kedai macam seven eleven utk beli air. Makanan yg kitaorg bekal rasa masih ada lg n cukup utk mlm ni. Maggie in cup, bubur nasi instant dan juga roti.Sempat jugalah membelek majalah kat situ..Majalah memang no censored jadi baik kita letak balik..hehehehe.. 
Sepanjang perjalanan menuju ke hotel, kitaorang ada nampak ada banyak juga kedai kereta sewa. Abg Sani bagitau, kereta-kereta yg ada kat situ ada kereta yg sesuai utk drift termasuk AE86. (Aku ni mmg sengal sikit dalam hal keta aku yekan jelah..hehehe)

Sampai kat hotel, segala urusan check in aku settledkan. Total bagi 7 bilik 21,000 yen @ RM800 tak termasuk lg cukai 150 yen seorang. Kenapa aku tak amik semua bilik twin sharing? Kalau bilik single sorang dalam RM114. Kalau bilik twin sharing 1bilik RM270. kalau bagi 2 pun still lagi RM135. belum tambah lg 150 yen(dalam RM 8) cukai kawasan tu. 

Dekat kawasan hotel ni memang banyak vending machine. Cakap apa nak semua ada.Towel, sabun, coklat, shampoo semua complete..memang berderet-deret machine dia..mesit urut kaki pun ada. Tiada toiletries di sediakan dibilik.semua sendirian berhad.

Bilik kitaorg kat tingkat tiga. Bilik Abang Sani n Faiz dekat tingkat 3 juga tapi wing lain. Sebab diorang aku amikkan bilik yg smoking area. Bilik tido kitaorg memang cuma ada basic je lah. Katil, tv & aircond... Di level ni cuma ada bilik, toilet, tempat cuci muka dan gosok gigi serta pantry utk amik air panas n microwave.

Disebabkan kitaorg x mandi pagi td, kononnye nk lah g mandi..bilik mandi ada di tingkat bawah n public bath area..cuma asing lelaki pompuan je..

Nama pun negara org,culture pun tak sama..dalam bilik mandi tu tak dibenarkan memakai sebarang cover utk mandi.. Faktor kebersihan katanya...hadoiii.. akak ni mmg jenis bleh adapt tapi bila suruh naked mmg idok lerrrr... kitaorg memang tak mandi lerrr arini gamak nye...nasib baik negara sejuk.. Takdelah rasa tak selesa..Nyaman je..hihihi.. Masuk bilik persalinan je dah macam² jenis boleh nampak.. Yang tua muda, serabut semua ada..aduiii..free show je arini...memang keluar balik r dari bilik persalinan tu..baik aku massage guna mesin² kat situ sambil tgk² vendin machine yg berlambak tu..Ingat kitaorg je yg tak jadi mandi..Firdaus pun sama tak jadi mandi..atas faktor yang sama macam kitaorg juga..heee..
so mlm tu kitaorg dinner kat bilik farah..kitaorg berenam kumpul ramai² wat maggi..pas² ada lah additional instant bubur n roti..syukurlah apa yg ada kan..Alhamdulillah...rezeki..
so rest time sebelum blk ke tokyo naik shinkasen esk..
Ruang Menunggu
Our breakfast!!Sedap wei roti-roti ni..
Breakfast Area
Deretan Vending Machine
Deretan Vending Machine

Deretan Vending Machine
Ruang untuk mencuci muka
dan gosok gigi
Pantry

Area bilik..bersihkan
Ruang mandi


Shiba sakura festival

Muka berkerut-kerut
nak selesaikan hal
office time cuti



Next station is Shiba Sakura Festival..Sebenarnya tempat ni tak de dlm itienary kitaorg pun..tapi bila abg sani cakap ada festival bunga time ni. Jadinya alang-alang dah sampai..Jalan je lah kan.
.

Festival ni start dari 18 April 2015 - 31st May 2015. Fee entrance 520yen (RM15.50) agak jauh juga perjalanan nak masuk dalam ni..time ni lah kawan ofis call.. Nasib whatsapps boleh wat call kalau tak memang susah juga.. Walaupun tengah on call aku tetap posing amik gambar..so kalau ada gambar yang nampak phone kat telinga tu maknanya ofis tengah call lah tu.. #ilovemyjob

Bunga-bunga kat sini tak de lah banyk lagi.. Semua tengah proses penanaman semula.. Mungkin kitaorg datang awal sangat kot..belum seminggu festival ni start.. Tengah jalan amik gambar tetiba abg sani hilang. Rupanya dia g makan soba. ceh!!!makan sorang-sorang je..tak ajak kitaorg pun..

Kat situ ada jual buah berangan dan saiz nya agak besar dibandingkan buah berangan Malaysia.. Makan 2 @ 3 biji dah kenyang.. Cara masak pun tradisional..mcm nk tembak guna meriam..terkejut dgr bunyi nya.. huhuhu...

So dalam satu jam di situ kami terus menuju ke Fuji Mountain.


Sebelum ke Fuji,We all stop di sini dulu..Amik gambar je..
Cantikkan.. Truly Amazing.. SubhanAllah..

Inilah bekalan kami
selepas makan.Simpan
untuk makan malam


Hajat awal nak ke 5th station Fuji.. sebab di 5th station bas travel agent tak boleh naik dan ada salji.. Tapi tak kesampaian sebab hanya bleh sampai 4th station je.. takpe lah..untung dpt naik sampai station 4 dari tak dapat lansung. Turun van je mak oiii... Sejuk weiii... Nasib ada bawa sarung tangan dan pashmina. Boleh wat tutup muka..Pocket warmer pun aku ada bawa..nyaman sikit r..ckp pun berasap2 dah..

Olaf from Faiz
Kat station 4 ni banyak bas pelancong cina.. Kitaorang lepak kat 1 table depan van dan bawa turun makanan.. Boleh pula orang cina ni amik gambar kitaorg bawa bekal makan.. Eleyyyy... Jeleskan korang takde makanan yang sedap dan halal... Terasa macam model pulak asyik kena amik gambar.. hehehe... Lepas makan sesi  selfie n main salji busuk yang ada.. Dapat lah faiz wat olaf... hihihi... hampir 1 jam lebih juga kat Gunung Fuji ni.. Permandangan memang SubhanAllah cantik sangat.. puas amik gambar kat sini.. After ni kitaorg terus ke Gotemba Premium Outlet.

View dari tempat parking kereta
menuju ke Gotemba Premium Outlet
(GPO)
Gotemba Premium Outlet ni terletak di 1312, Fukusawa, Gotemba -Shi, Shuzuoka Japan. Premium outlet kat sini sangat besar compare dengan Johor Premium Outlet sangat jauh beza. Kebetulan memang tengah musim sales memang gila-gila lah discount..dah kurang 30% lepas tu bleh add onn lg 30% discount sebab kita org tourist.

Sesiapa yang memang suka gila bershopping memang highly recommend lah pergi ke sini..memang branded dan murah sangat!!!! tapi aku tak shopping apa pun..jimat..jimat..hahaha...we all kat sini sampai jam 8malam waktu Tokyo..Selesapas tu mani terus menuju ke penginapan malam ni di B&;B Pension Hakone













JAPAN TRIP ~ LAKE KAWAGUCHKOI - SAIKO IYASHI NO SATO NENBA (23RD APRIL 2015)

Pagi ni kitaorg semua terbangun lewat...Dalam jam 5.30am.Abg sani ckp semalam nak datang pkul 6..(Jepun 1jam awal dari Malaysia). masing-masing nak keluar dari comforter punya lah susah yang amat..mana taknya cuaca memang sejuk sangat...hmmm..macam ni pun dah tak tahan macamana nak g negara org time winter??memang x ler...hehehe...

Dah sampai Jepun rugi tak amik gambar
berlatar belakang Gunung Fuji
Apa-apa pun kitaorg gagahkan diri untuk bangun tapi tetap tak nak mandi..cuci muka je.Konon-konon menhayati kehidupan org jepun tp sebenarnya tak tahan sejuk nak mandi..serius tak sanggup..Bukan ku sorang je tak mandi rupanya semua tak mandi except faiz..

Tengah bersiap, abg sani whatapps bagitau dia datang puku1 7..sempat lah kitaorg buat air for breakfast n makan bekalan roti..utk trip kali ni kitaorg bawa nasi yang dah siap masak malam tadi,ayam masak merah,ikan bilis n kentang goreng..Semua kitaorg packed2 je n masuk dlm 1 beg yg khas letak makanan. kicap manis abc pun ada.. heehehehe..pastu kitaorg ada bawa gak maggi cup utk mkn mlm, bubur segera n roti..

Tepat pkul 7 abg sani sampai n kitaorg terus gerak ke Fuji.. Arini tiap kali masuk keta je kitaorg tertido..badan letih lagi tambah cuaca sejuk sedap lah tido..perjalanan pun jauh..dalam 1 - 2 jam kot..tp msk highway..tp tol dia pelik2 je..kadang bleh x perasan..kecik je dan dekat celah-celah jalan kecik..

1st destinasi kitaorg singgah kt sebuah  河口湖 / Lake Kawaguchiko. Dari tasek ni kita boleh nampak permandangan  gunung fuji..serius indah ciptaan Allah.. gunung fuji pun sporting menunjukan puncaknye..mmg cantik..cuaca pun sejuk..nyaman je..kitaorg just pakai sweater biasa je..masih mampu lagilah bertahan..




Nice view
Nyaman cuaca di sini..

Dari sini kitaorg ke SAIKO IYASHI NO SATO NENBA.kat sini adalah perkampungan lama dan masih mengekalkan tradisi umah2 lama..di parking area pun ada penduduk kampung menjual product -product local diaorg..Masa kitaorg sampai ni mereka tgh baru nak buka kedai..so kejap lg lah baru kitaorg g tgk..

Entrance nak masuk sini adalah 350yen (RM11.00-dah termasuk dlm pakej). Kat sini sakura masih ada..tp bukan original sakura..sebb original sakura cuma ada 5kelopak je..ni sakura gak tp lain spesis..mmg cantiklah untuk amik gambar..nasib sekarang teknologi dah moden..bayangkan if kita guna camera yg guna kodak tu berapa byk lah kodak nak gunakan..hehhe.. dekat bridge adalah tempat yg strategik utk amik gambar sebab berlatar belakangkan gunung fuji yang cantik..kat sini dpt lah kita tgk pokok wasabi ditanam..

Orang dari Jepun nak amik gambar ngan kitaorg sekali.
Sekarang tolong bagitau kitaorg or diaorg
sebenarnya orang jepun..Shoguy dah confius!!! 

Sesi mencuba baju traditional Jepun
Di rumah number 12 kita boleh sewa kimono/yutaka n utk lelaki bleh sewa baju samurai..sewa kat sini adalah yg termurah compare lain-lain tempat iaitu 500yen (RM15) so kita pilih kimono mana yg berkenan n diaorg pakaikan..Aksesori pun dia bg sekali.. melaram tak hengat lah..boleh jalan-jalan kat kawasan tu untuk amik gambar..barang-barang kitaorg just tinggal je kat dalam kedai tu..ada bakul yang di sediakan.kat jepun ni kita tak risau sebab org nya memang jujur n tak de berlaku sebarang kecurian..topi samurai dan pedang yang faiz n firdaus pakai memang berat..mcmanalah diaorg pakai masa perang dulu kan..patut lah terkulup je kepala si firdaus pakai sarung kepala tu..lepas dalam 45minit kitaorg pulang baju tu dan bergerak ke destinasi seterusnya..
Korang tengok lah aksi dua beradik ni..kesian lak aku tgk
si Firdaus..seksa tgk dia pakai topi samurai tu

Gelang for my Cinonet
Dekat parking kereta, ada kedai yang jual aksesori dari batu granit dan hasil-hasil hutan.aku dah lah memang gila gelang..jadi ku borong gelang utk aku n cinonet dua orang tu. Nilna ngan rania aku belikan warna putih tp dia ada bercahaya warna lain if kena cahaya..unik r sikit..range harga gelang kat sini ok lah..tp sebab kitaorang beli banyak dapat kurang.. ada yang harga 3,500 yen dapat 2,000yen..yang 1500yen dapatlah kurang dlm 1,000 - 800 yen.

So we ready go to our next station ...










Selasa, 12 Mei 2015

Japan Trip~ Our Apartment


Mr Naga ~ Tn punya rumah


Perjalanan ke rumah sewa kita org memang agak jauh mungkin pasal tak nampak sangat..dah malamkan.. dalam perjalanan ni rasa-rasanya semua dalam van ni tido kecuali abg sani. Aku sedar2 tgk abg sani masuk lorong-lorong kecik..dah masuk kawasan perumahan kot.

Bilik untuk bdk2 lelaki.
Bilik ni je yang ada TV
Abg sani park dekat 1 parking area yang berbayar..for korang nya info, untuk drive di jepun korang kena amik lesen memandu di jepun dan syarat memang ketat. Lepas tu untuk park kereta pun terhad n if ada pun berbayar. harga tanah di jepun agak tinggi di sebabkan kepadatan penduduknya.So jangan harap lah korang bleh parking sesuka mcm kat malaysia ni 
Ni lah toilet kitaorg..nampak tak
besi atas toilet tu..bila kita flush,
air akan keluar dari situ. so dari
itu kitaorg letak gayung tadah air..
tp air nya sejuk macam dr peti sejuk


Disebabkan aku dah forwardkan emel-emel dr mr naga (tuan rumah) pada abg sani,so dia n faiz lah yg cari umah tu n kunci yg tn umah tu letak..

Bila dah jumpa umah tu,barulah kitaorg turun dan bawa barang-barang. Rumah di jepun ni korang jangan bayangkan macam umah kita kat malaysia k.. ruang dia memang sangat limited. Bilik mandi dia hanya 3tapak kaki kita je..toilet di ruang yg lain dan tak ada paip serta baldi yg di sediakan..hahaha..survivor lah..
Ruang untuk naik ke atas

Abg sani kata umah yg kitaorg duduk ni memang selesa n besar bagi orang-orang jepun.. sewa sebulan tak lari dalam lingkungan RM6000 duit malaysia.. aku sewa yg seminggu ni pun hampir RM3,500..

Tu bilik lelaki, ruang yg ada alas
oren tu tmpt kitaorg dok mkn
selain kat tangga.. walaupun
dpn bilik mandi
Depan toilet ada sinki n ruang sebelah sinki yg biasa kita letak pinggan2 lepas kita basuh tu ada 1 dapur elektrik.depan bilik mandi ada rak2 letak pinggan or makanan & microwave..ada peti sejuk, vacuum pun ada.. selipar di sediakan juga..kat dlm umah mmg kena pakai selipar..sebb sejuk weii..

Bilik Mandi yang sebesar
3 tapak kaki je..
Bilik faiz n firdaus di bahagian bawah..n kitaorg yg pompuan2 dok kat atas..kat atas ada 1 bilik n 1 ruang mcm hall tp biasa diaorg wat tmpt tido..kat ruang tu tuan rumah letak 1 bed chair..tp kitaorg letak luggage2 kitaorg kat situ..so kitaorg tido kat bilik je..
sebelah microwave tu bilik utk guys
& depan nya bilik mandi. ruang
ada cerek tu tempat utk masak.
depan sinki tu toilet..

Lagi 1 problem kitaorg adalah traveller adapter. Di Jepun ni plug nya 2 mata yg nipis..nasib baik faiz ada bawa traveler adapter..so dari situ kita sambung 2 extension wire.. Settled hal nak charge hp,power bank n camera.portable wifi ada disediakan plug sendiri..kabel dia sama mcm samsung.. So aku pun kacau gak untuk cas hp dan power bank..hehehe...

Ni bilik untuk wanita.di tingkat atas.
Ruang tempat kitaorg letak luggage
Pastu korang jangan haraplah umah kat sini ada ruang untuk meja makan yang besar..tak hadooo pun..Tv dan coffee tbl ada..tapi dalam bilik faiz..tak nak r kacau diaorg rehat.. takde privacy nanti.. kat umah ni pun lengkap dengan kotak first aid, pembersih debu utk baju, wifi pun ada..tp kitaorg x guna pun..sebab portable wifi yang abg sani provide lagi laju.

Antara peralatan yg Mr Naga
sediakan
So lepas abg sani setting kan heater utk bilik kitaorg abg sani pun gerak balik umah dia..pagi esk baru dia dtg blk..abg sani siap pesan jgn wat bising kat umah mcm dia pesan kat aku awal2..nanti jiran report polis..sedangkan td masa sampai kita org mcm bising sikit sebab bawa barang-barang banyak, jiran kat situ dah jenguk kat tingkap. so kitaorg cakap memang pelan-pelan mcm pencuri dah.. nak ketawa pun cover line..
Antara 1st aid yg
Mr. Naga sediakan

Ni lah dapur yang kitaorg gunakan
sepanjang kat sini
After abg sani balik, kitaorg terus masak n take turn mandi.. lapo weii..so after that we all kemas beg pack yang nak bawa esok sebab tido 1 mlm kat sana..so rehat awal untuk meneruskan pengembaraan ke gunung fuji esk.



**if korang nak recce tempat penginapan lain korang leh daftar dulu kat link ni: www.airbnb.com/c/aharon5?s=8 after register baru boleh buat reservation atau inquiry. Bukan untuk Jepun sahaja banyak lg negara-negara lain yang kita bleh survey.













We are Here!! Narita - Tokyo Disneyland

Transport kami utk 3hari shj
(Termasuk dlm Pakej)
Lebih kurang pkul 8.15am captain dah announce yang flight akan tiba awal 30 minit dari waktu yg dijangkakan dan suhu ada lah 13c..mak aii sejuk lah weii...tengok kat application weather kata dalam 17-19c je..tipu application ni.

Turun dari flight memang terasa angin dia sejuk and kitaorang memang serius tak tahan..nasib memang ada standby shawl yang tutup muka masa tidur tu..dari flight kami dibawa ke balai ketibaan dengan coach..memang selesa n cekap diaorg wat keje..org jepun ni memang cakap jepun je r..kita tak faham pun dia main cakap laju je..layan je..best gak dengar walau x faham sepatah haram..Weeeiii!!macam tak caya lah dah sampai negara Jepun!!Tetiba teringat ceta Heavens Coin's..1st drama Jepun yang aku follow masa tahun 1998..Tp tu kat Hokkaido.
Briefing

Abg sani ada pesan,kat narita airport ada wifi free..sampai dlm airport terus connect ngan wifi biar senang n contact dia..so bila ada internet connection,1st priority aku , of course lah whatsapps group family.. maklum kan mak,ayah n adik beradik yg aku dah selamat sampai..yelah,dgn tragedi macam-macam sekarang ni yang melibatkan kapal terbang so ku tak nak diaorg risau..

Welcome To Tokyo Disneyland
2nd check in  kt fb..hahaha..tu perkara yang wajib dalam dunia cyber..jangan cakap korang tak buat hokiess...procedure stamp passport tu macam biasalah..pastu imigresen dia tampal siap-siap visa 90hari untuk stay kat jepun n slip untuk redeem tax..for info gst kat japan adalah 8%. Dan aku ada dgr tak diaorg akan naik dlm 11%  dlm july 2015.. tinggi wei..malaysia yg baru 6% org dah dok merusuh bagai..kalau 11% abis keta semua takleh guna atas jalan sebab ramai yang baring atas jalan sebagai bantahan..

Lepas settled hal passport kitaorg nak kena scan bag pulak.. rupa-rupanyanya kena isi 1 borang declaration..if 1 family,1 form je..if not family kena isi sorang 1..so aku ni kan memang suka memandai macam aku pernah keje imigresen kat jepun aku cakap tak yah isi ramai-ramai..kita isi 1 je..kitakan semua family..hmmm.. Confident tak aku..hahaha.. Alynn ko hengat ni kat Malaysia kerr???

So dengan penuh keyakinan, (walaupun tau yg nak wat tu benda salah) terus je kitaorg g scan bag..pastu pegawai tu tanya "family??" aku jawab "yes we are family" ada pegawai dia sorang lagi dtg..haaa!!family??mmg aku tak faham sepatah haram dia ckp walaupun dia cakap kuat kat depan aku ni hah.. tp aku bleh agak kemusykilan dia sebab muka kitaorg tak sama..aku punya poyo konon-konon faham dia cakap aku jawab r "we are cousin..cousin trip"..terus diaorg "owhhh!!!cousin!!!welcome to japan!!"meriah suara diaorg ni ...ntah dia kutuk aku n kawan-kawan aku pun tak tau r..layan je...yg kitaorg pun mcm poyo-poyo faham gelak sekali r..semua kaunter tgk kitaorg meriah semacam..masing-masing bateri dah cas penuh..cuba malam tadi..tak larat nak layan dah.. yang penting lepas ayam masak merah frozen fieza..hahahah...walaupun menipu apa yang penting confident level kena tinggi n jangan takut-takut..buat mcm faham je..part mcm ni mmg serah kat aku ler..hahah..abis semua aku langgar..pastu kalau dah salah wat muka x bersalah..

Keluar dari arrival hall,abg sani dah tersengih tgk kitaorg..pastu tgk luggage kitaorg lagi dia geleng kepala.. korang nak dok bapa lama kt jepun ni.. hehehe.. sengih je r..yg kawan-kawan aku 1st time nampak abg sani agak terkejut gak..sebab muka dia garang macam samurai jepun tambah ngan janggut dia yg panjang..nasib aku sempat jumpa dia masa dia blk malaysia bulan 3 aritu..

So kitaorg bersih-bersih kan diri dulu..salin baju..lepas tu abg sani brief kitaorg sikit..untuk g disneyland makanan luar memang tak dibenarkan bawa..tapi dalam tu makanan halal susah n mahal..so mana makanan yg kita bawa dr malaysia n nak bawa masuk disneyland masuk dlm beg n letak kat bawah2 n cover ngan baju..jgn sampai dia nampak sebb dia akan spotcheck beg..Bang sani cakap diaorg ni poyo je..ngada-ngada lebih..hahaha..layan je dia punya brutal..pas2 kitaorg diberi 1 pocket wifi..unlimited..so kitaorg bleh on9 dimana sahaja..mudah kan..

Utk kami yg seramai 6org n termasuk abg sani as a tour guide n driver,abg sani sewa sebuah alphad utk kegunaan kitaorg bg 3hari..perjalanan dr narita ke disneyland hampir 1hour..abg sani gelakkan kitaorg bila kitaorg ckp sejuk..dia siap buka tingkap n bgtau mana ada sejuk biasa2 je..

Bagi harga tiket entrance Disneyland 6,900yen = RM210.00..Disneyland ni pada aku biasa2 je..sapa yg ada anak kecil mmg berbaloi lah ke situ..kitaorg yg besar2 ni rasa xde apa yg menarik sgt..tapi yang menariknya orang-orang jepun ni memang suka pakai uniform kerja, uniform sekolah or baju yang sama corak dengan kawan-kawan dan suka berfesyen pelik serta mereka suka pakai sedondon.. so korang jangan terkejut lah ada yang g masuk haunted mansion, naik roller coaster dlm gua gelap yg cuma nampak bulan bintang je pakai blazer mcm managing director, orang marketing tgh mengular g taman tema..hehehe..lepas tu kita kat Malaysia ni dah terbiasa dgn monopod..masa kat sana aku pun amik lah video & gambar guna monopod, ada penjaga kat situ suruh simpan ni..dia ckp "hp ok, monopod cannot"jenuh gak aku nak fahamkan apa yg dia ni ckp..kena dgr betul2 baru faham..pastu dia tunggu kita simpan dlm beg baru dia beredar..dia nak bantu aku pegangkan beg, cepat2 aku x bagi.. nanti kantoi wei bawa makanan..hahaha..

Ada 1 kejadian, tgh kitaorg ni beratur nak naik outerspace games ni, adalah sekumpulan student perempuan depan kitaorg..diaorg mmg pakai uniform sekolah (Kalau kat malaysia dah kena tangkap ngan cikgu disiplin dah..anggap jelah diaorg ada lawatan sambil belajar..hihihi) sambil diaorg selfie, wefie dr bahasa tubuh diaorg aku & faiz faham diaorg nak minta tolong aku amikkan gambar utk mereka..tapi mcm tgh bincang-bincang nk mnta tolong mcmana..i guess dia tak pandai english..so kita org Malaysia yang memang terkenal dgn sikap suka membantu, aku tawarkan amik gambar diaorg..so diaorg mcm excited sebab diaorg ingat aku tau bahasa jepun..start lah pung pang bahasa jepun ngan aku..aku boleh agak apa yang budak-budak ni cakap ngan aku "awk tau bahasa jepun ke?awk faham lah apa yang kitaorg ckp" aku cuma geleng kepala ckp i dont know. tp serius diaorg punya excited n mcm terkejut.. hmm..ni mesti ada ngumpat aku dlm bahasa dia lah tu tadi..heheheeh.

Kitaorg janji jumpa abg sani kat disneyland pkul 6.tp pkul 5.30 kitaorg dah kuar dah sebb dah hujan n sejuk sgt2..nasib kitaorg mmg ada standby baju sejuk..syida je kesian..sebb cuma bawa shawl je..sebelum g umah sewa,abg sani bawa kitaorg g tempt souvernier yg besar kt disneyland tu..tp harga dia mmg mahal..so aku just tgk2 je x beli apapun..So masing2 dah sejuk,dah kna hujan so betterlah kita g check in dulu kat Wakaba 3-8-1 Shinjyuku-ku Tokyo Japan.