Cari Blog Ini

Selasa, 25 Mac 2014

Berakhirnya Satu Pencarian.. #MH370

Selepas tempoh pencarian 17 hari atau lebih tepat 404jam dengan kerjasama lebih daripada 25 buah negara misi mencari dan menyelamat berakhir dengan pengumuman Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa penerbangan pesawat MH370 berakhir di tengah lautan Hindi..
So sad.....memang berita yang amat menyedihkan bagi semua terutama keluarga mereka yang terlibat..kita yang tak de keluarga terlibat dalam pesawat MH370 pun terasa sedih apatah lagi ahli keluarga mangsa.. WOW!!!Im cryingggg...
but i believe ramai yang menangisi tragedi ini especially rakyat Malaysia & keluarga yang terlibat..berkat doa, solat hajat umat islam seluruh dunia serta doa ahli keluarga serta masyarakat bukan islam petunjuk mengenai MH370 akhirnya di temui..
Akhirnya misteri mengenai MH370 akhir nya terjawab.. dalam ucapan PM, beliau tidak mengatakan MH370 terhempas tetapi pesawat tersebut  berakhir tengah Lautan Hindi.. ini memberi makna pesawat Boeing 777 MH370 telah terhempas di tengah lautan hindi..tiada ungkapan yang dapat di ucapkan selain bacaan Alfatihah untuk mereka yang terkorban dalam tragedi yang misteri itu..
Kini misi untuk mencari kotak hitam pula..namun mampukah kotak hitam itu di temui dengan keadaan lautan hindi yang sentiasa bergelora tu??nothing words can say..tapi aku yakin kerajaan Malaysia dia bawah pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak di bantu oleh Dato Seri Hishammuddin pasti akan berusaha sebaik mungkin untuk merungkai tragedi ini..
Semoga roh mereka tenang di sana..Alfatihah..

**COPY PRESS STATEMENT FROM PM



PM NAJIB RAZAK’S PRESS STATEMENT ON MH370

24 MARCH 2014, 10PM

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.


Ahad, 23 Mac 2014

Holiday Again

Hi alllsss...
me just come back from holiday..
the destination kali ni i g ke Ho Chi Minh, Vietnam..
seminggu sebelum pergi ke vietnam, dunia di gemparkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airline MH370 yang menuju ke Beijing yang di percayai hilang di perairan Vietnam..
Risau jugalah if penerbangan kitaorg kena postpone or delay walaupun we all x menggunakan MAS..
Tapi Alhamdulillaah...Penerbangan kami tiada apa2 effect..semua berjalan seperti yang telah dirancangankan...
Alhamdulillah....
Pengalaman di vietnam selama 5hari 4 malam pada 13 - 17 mac 2014 sy akan share bersama anda2 semua..
the awesome county..

Isnin, 10 Mac 2014

PRAY FOR MH370..


Crew MH370
Pagi sabtu yang hening...sampai je di ofis lebih kurang jam 8.45pagi ada 1 whatsapps message dari group Hotel Selesa JB..Kak siti hantar message mengenai kehilangan 1 pesawat yg secara tiba-tiba tak dapat di kesan dari radar..aku ingatkan benda ni main-main..sebab ada sekali time aku keluar ngan art (saat2 bahagia dulu kan...hahaha) dulu ada dapat gak mesage mcm ni tp dia ckp air asia..bila buka rupa2 nya patung kapal terbang air asia pas2 di pakaikan belon panas..teruk aku kena bahan n gelak ngan pakcik tu..so bila dapat message mcm ni dari kak siti, so aku ingat benda ni pun adalah 1 gurauan..lepas tu bila buka link dari astro awani rupa-rupa nya berita tu adalah betul..SubhanAllah..
Situasi di Beijing
Selepas pihak MAS pun mengesahkan berita tu betul, aku pun terus google tentang kes ini.. BENAR.. pesawat ini di katakan hilang secara tiba-tiba dalam radar Malaysia..lebih mengejutkan lagi relative member aku khairul ada 3orang dalam flight tu..semoga diaorg selamat...sedih kan...
Rintihan seorang anak

Capten Zahari & Fariq
Hope for the miracle
Jika ikut kronologi, pesawat MAS MH370 berlepas dari KLIA pada jam 12.41am 8hb Mac 2014. Pesawat tu membawa seramai 239 orang penumpang termasuk 2 orang bayi, dan 12orang anak kapal. Jam 2.40pagi sewaktu pesawat berada di ruang udara vietnam pusat kawalan udara subang terputus hubungan dan mereka menghubungi pusat kawalan udara ho chi min untuk mengesan pesawat tersebut. Namun begitu, pusat kawalan udara ho chi min juga gagal menghubungi pesawat tersebut dan menyerah kan semula kepada pusat kawalan udara subang.
Penerbangan yang sepatutnya tiba di beijing jam 6.40 pagi masih tidak dapat dikesan..Kebimbangan semakin melanda di dalam hati pegawai2 MAS yang masih mencuba pelbagai alternatif untuk mengesan radar pesawat MH370 namun masih menemui jalan buntu. dan pada kurang jan 7.30 - 8.30 pagi pihak MAS mengumumkan kgagalan mereka mengesan pesawat MH370.
Ibu kepada Sofuan 
Terdapat pelbagai spekulasi yang muncul..yang paling aku tak boleh terima bila ada mengaitkan tragedi ini dengan politik..sebab sehari sebelum kejadian ini, si "DIA" tu kena hukuman penjara 5 tahun..so ada pihak yang sengal spin ckp ini konspirasi gov. apa ke gila orang2 ni??ini melibatkan nyawa k..tak baik wat spekulasi mcm ni..kesian pada ahli keluarga mangsa..apa perasaan mereka bila baca kejadian ini di perkotak katikkan..
Selain itu, ramai yang cuba menjadi keyboard warrior..cuba menyampaikan berita tanpa mengambil tahu kesahihan sumber yg di terima..pelbagai andaian dan kebarangkalian yang dibincangkan kerana pesawat tersebut hilang secara tiba-tiba tanpa ada sebarang tanda..
Jika pesawat itu rosak, pihak kawalan udara tidak menerima langsung isyarat dari kapten..dan jika di hijack (sebab ada 2 individu di kenal pasti menggunakan pasport curi) pun mereka boleh  berhubung dengan pihak kawalan udara.. ada 1 lagi kemungkinan adalah kapal tu meletup di udara secara tiba2..tp tak de lansung petunjuk..boeing 777-200 kot..bukan kecik2 pesawat..if meletup mesti ada kesan asap di udara tp tak tau lah sebab gelap kan..
bermacam2 mereka menyimpulkan..namun selagi kapal tak di temui selagi tu kita masih ada harapan walaupun senipis kulit bawang.. ada juga yang mengatakan adakah kebarangkalian kejadian pesawat sandiego yang hilang tahun 1945 dan tiba2 muncul dan mendarat di brazil selepas 35tahun..kuasa ALLAH siapa tahu kan..
apa2 pun kita doakan agar pesawat MH370 dapat dijumpai.. Amin..Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada negara2 yang menghulurkan bantuan bagi misi mencari & menyelamat MH370..
#prayformh370


TERIMA KASIH SEMUA!!

Sabtu, 8 Mac 2014

TRIP KOREA (DAY 2) ~ KBS WORLD

Ujibakat pengacara??
Cute kan bdk2 korea ni??
pengacara bergaduh pasal
Running Man di KBS??


Tanya jalan lagi..


                  Untuk hari kedua ni kitaorg plan untuk pergi ke KBS World.. KBS world ni salah satu broadcast company yang terbesar di korea dan dia ni kira penyiaran rasmi di korea ni.. errr..macam tv3 @ RTM lah kalau kat malaysia ni..klau broadcast yang SBS world tu lebih kurang macam Astro dekat malaysia. tapi latest drama korea termasuk rancangan running man adalah keluaran dari pihak SBS.. tapi jangan sesekali memperlekehkan KBS..sebab broadcast ni tak kurang hebatnya..
Idea nak ke KBS ni adalah di sebab kan teman kitaorg yg Ju'a tu dah pergi sini dua bulan sebelum trip kitaorg.. tempat ni memang open n tak ada di kenakan sebarang bayaran pun untuk masuk ke KBS museum ni..tp tak ramai yang tau...ni aku dah bagitau, so lepas ni sesapa yg nak g korea jgn lupa add on skali kbs world ni dlm itinerary korang ea..mana tau tetiba terselit muka korang dalam  berita korea..hahahaha..#Berangan
Jadi pada hari kedua yang indah permai ni, bangun lah pagi-pagi bersiap-siap..nasib baik aku bukan jenis makeup sgt..so tak delah amik masa lama untuk bersiap..namun aku memang tak boleh lawan ikin yg bersiap perghh superb cepat..walaupun dia yg mandi paling last...hehehe... After siap2 kitaorg terus turun bawah nak tgk apa jadi dengan nasi kitaorg yg dah masak lebih dari 6 jam!!hahahaha..sedih tau ngan rice cooker kat sini..sampai mata faiz dah tutup separuh malam tadi menunggu nasi ni masak..last2 dia pun surrender..hehehe..
Nasi tu kita bahagikan kepada 3 tupperware makan yg memang dah beli siap2 kat malaysia..so kitaorg goreng telur mata sorang 2 biji..n letak kicap sikit..kebetulan syikin mmg ada bawa sikit stok kicap n minyak masak..cili padi je dia terlupa nak bawa..apa2 pun she's daebak..hehehehe..
Untuk ke KBS ni memang agak mencabar sikit sebab bangunan ni terletak di bangunan2 ofis yang jarang pelawat dari luar datang melawat..if korang tgk pakej2 dari travel agent lain pun rasa xde agent yg akan include lawatan ke kbs ni..maybe diaorg takut peserta2 lawatan hilang kawalan if jumpa artis korea kot..hahahah...
Big Fish...
back to KBS..untuk pergi ke sini uols naik subway Line 9, trun di National Assembly , exit di pintu 4.dari situ korang kena jalan jauh sikit..korang sepanjang perjalanan tu korang akan nampak arca ikan gergasi..if korang nampak ikan tu makna nya betul lah perjalan korang tu tp belum sampai lagi..korang kena terus berjalan lagi..sepanjang perjalanan ke KBS mmg ramai org di bawah2 pokok n most of them tengah minum coffee.. Memula kitaorg ni mcm risau juga betul ke jalan yg kitaorg tuju ni..aku mencari-cari gak bangunan KBS tp tak de nampak..kepala dah terjenguk2 macam zirafah dah..Syikin ada juga nak cuba tanya orang2 yg duduk dibawah pokok n yg tgh berjalan berhampiran kitaorang..tp mmg ada yg menolak..maybe ingat kitaorg nak prank diaorg kot..hahahaha...pas2 kitaorg try cari muka org2 yg ada yg macam educated n muda2 sikit untuk tanya..(mentang2 ada 2 org anak dara, nak cari yg muda je..ceehhhh)..
"excuse me sir, can u speak english??" mamat tu angkat tangan tunjuk tidak..cehhh..tp dia panggil sorang uncle ni..ok..sangkaan kitaorg meleset..so moral org yg mcm educated tu x berapa nak educated hokiesss..so bila tanya uncle tu uncle tu bgtau, suruh jalan terus n after the road akan jumpa..so kitaorg yg macam buat2 faham angguk2 kan kepala n jalan terus je..
Seoul City
Tempat beriadah waktu ofis
So kitaorg pun teruskan perjalanan sampai ada 1 trafic light..yeeaaa!!!aku dah nampak 1bangunan yang tinggi & ada lambang KBS..kira betul lah direction uncle tu bagi..sebelum sampai kawasan ofis tu kita akan melintasi 1 kawasan rekreasi park..kat rekreasi park tu ada mcm khemah2 kecik utk tilik nasib..ingat nak cuba2 gak tp bila difikir bukan paham pun nnti apa ahli nujum tu merepek..baik tak payah kan..selain tu ada basikal untuk di sewa..so pengunjung boleh berbasikal di kawasan rekreasi tu..gelanggang basket ball pun ada 2 x silap..pas2 ada lah kawasan yg ada alat2 senam ala2 gym..best gak r...so if sesapa tension kat ofis, after ofis hour ke boleh beriadah dulu kan..keluarkan peluh..baru tak de obersiti..mungkin sebab tu susah nak jumpa org korea yg berbadan besar..
Jom ke lokasi berita!!
Antara vandalism di KBS 
Penat berjalan terasa berbaloi gak bila sampai di kaki bangunan KBS ni..memang besar..di dinding-dinding bangunan ni banyak nama artis di tulis..kira mcm vandalisme lah..kitaorg masuk bangunan tu dengan gah nye..memang moden gila..security ramai mcm nak masuk airport pun ada gak..mungkin faktor keselamatan artis n celebrity diaorang...kitaorg blur nk masuk mana..sebb kat situ semua nak masuk kena guna pas..takkan aku nak guna kad kerja hotel selesa or kad matrik belajar aku kan??hahahah..sengal..kitaorg tanya ngan reception kat situ..dia ckp tmpat kitaorg nak g tu at the back..nak kena berjalan lagi lah nampak gaya nya..takpe2..nasib baik jauh..klau tak ada next time baru g,..hehheeso berjalan lah lag..tgh jalan tu nampak lah van KBS, dengan van pun jadi lah kitaorg bergambar..kat Malaysia xde tu semua..pandang van tv3 pun tak heran dah...hahahah
Selepas terpusing-pusing, akhirnya sampai..Alhamdulillah..Masuk adalah percuma dan yang paling penting cuma kitaorg bertiga sahaja kat situ..lalalalala...memang puas berposing lah..
Lobby KBS World

Selfie Time...
If korang nak tau bangunan yg korang masuk tu betul ke tak, bila korang masuk pintu je korang akan nampak tv mcm ni di lobby dia..and di depan pintu masuk kecik utk lawatan ada 3 patung yang comel..kat situ je kitaorg dekat 15minit bergambar,..tu baru patung..hehehehe..lepas naik tangga tu di dinding2 diaorg lekatkan cermin..so bleh tgk didri sendiri di cermin tu..so apa lg..Selfie time....nasib baik bawa faiz yg rajin melayan akak dia berjalan n amik gambar..

Winter Sonata 2??

1st area diaorg letakkan semua poster-poster drama atau rancangan dari KBS..Seperti contoh drama Hits dan membawa gelombang Halyu Korea di Malaysia , Winter sonata, Iris, Boys over flower, 3days 2nite n macam-macam lagi lah..tak larat nak bergamabr2 ngan poster ni kitaorang terus kan lagi lawatan sambil belajar kami tu,,heheheh..
tetiba jd model kat korea..
After that kitaorg terus kan lagi n ada nampak 1 ruang mcm stage kecik, ada 1 stand  camera n ada beberapa tv..ingat kan tu ruang untuk mereka photo shoot..lepas tu sambil kitaorang posing2 jd model ternampak muka kitaorg bergabung dalam video mtv tu..lama aku tilik, rupa2 nya tv 1 adalah muka kita, tv 2 mtv yang ditayang kan n tv3 hasil selepas di gabung kan..apa lagi sambung posing blk lah...hahahah..
Dubbing side

 Lepas tu, kitaorg tgk pulak untuk pengalihan bahasa.. dia tunjukkan 1 show cartoon dan dari situ kitaorg ikut suka alih kan bahasa kartun tu..hahaha..main ikut suka je..Pengarah kartun tu kalau tengok mesti dia nangis tengok kitaorg jahanamkan kartun dia..di tambah pula cuma kitaorg bertiga je kat situ so memang heaven lah nak menguji dan mendengar suara kitaorang yan telah di dubbing berkali-kali..memang jakun sangat-sangat..rasanya produksi kat malaysia tak de lagi wat macam ni..kalau ada bawa budak-budak confirm diaorang lagi excited nak dengar suara diaorang di dubbing kan..ala-ala ceta tarzan dialih bahasa melayu kononnya..lalalalala...
Cute!!!
Side seterusnya ada ruang macam set pengambaran untuk kartun korea ni..lepas tu siap ada camera yg biasa bradcast guna tu..kalau tanya aku apa nama scientific camera bradcast tu memang lah aku x leh jawab lah..yg aku tau camera yang biasa orang guna untuk shooting filem..so dekat camera tu kita bleh try konon2 tgh wat pengambaran..kalau aku org filem maybe aku tak heran tp oleh sebab aku bukan orang filem memang selfie je lah keje nya..di tambah ada yang rajin melayan makin menjadi lah..heheheh...
Test..Test..
Wanita Hari Ini..
Adoiii...Cut..Cut...
Haaa!!!Curi tgk skrip..
Section seterusnya lagi menarik iaitu section berita KBS..so kitaorg pun berangan lah macam pembaca berita..setiap kali tekan butang start dia akan keluarkan muzik yg berita tu punya opening..depan kitaorg ada 1 screen yg memaparkan pic kitaorang yang nampak mcm real as a pembaca berita..memang gelak sakan je..dah nama pun kitaorng bertiga je kat situ..memang puas perposing lah sambil baca berita..mic kat meja pemberita tu fuctioning tau..memang berangan lah..kat malaysia mana ada set mcm ni open utk org ramai untuk visit..kalau ada pun awal2 dah tulis JANGAN SENTUH / DO NOT TOUCH..so bila sampai kat KBS ni ada apa lagi lah kan..Its show time!!hihihi...
Yang paling best bila ada 1 pic aku update kat FB ramai tanya kenapa n macamana dapat masuk berita kat korea..siap tanya untuk berita bila diaorang nak tengok apa isu yg kita orang discuss..so korang nampak tak set diaorg ni bukan yang cacamarba fake punya set tp set real cuma open utk pelawat.
Ochh!! PJS in the house.
Rizal kem salam kat u tau...
Mini Studio
Sport Area
Bila dah puas kitaorang kat situ, kitaorg teruskan lagi perjalanan seterusnya..so section seterus nya adalah ruangan sukan..korea selatan ni boleh tahan juga maju dalam sukan..tengah jalan ternampak lah poster Park Jin Sung..Masa kat Malaysia, mmber ofis aku si Rizal pesan suruh kem salam kat si Park Jin Sung..ok Rizal, aku dah sampaikan kat Park Jin Sung punya poster..puas hati??hahahaha..
Revolusi
Another revolusi
Revolusi microphone
Old school
Untuk ruangan yang terakhir ada 1 tempat tu untuk okestra dan studio radio lama..yang tu kitaorg tak di benarkan masuk..sebab barang2 yang ada tu nampak sangat old school..harganya tak tau lah.. lepas itu kat situ pun ada ruangan pameran camera bradcast diaorang dari zaman dulu. dari situ kita akan nampak revolusi yang jelas mengenai camera broadcast..
Us with our lover..
Same pose..
my brother so cute
After je tengok revolusi camera, tv, microphone ruang pameran pun tamatlah..nampak kawasan tu macam kecih tp it was wonderful sebab satu experience yang baru n posing sakan tanpa malu dan segan sebab kami bertiga je..seronok sangat sgt2 dan berbaloi... Dah settled dah lawatan sambil belajar kitaorang di KBS world..Highly recommended to visit here..so next destination NAMSANGOL HANOK VILLAGE..