Cari Blog Ini

Sabtu, 14 Disember 2013

TRIP KOREA (DAY 1) ~ GYEONGBOKGUNG PALACE

After dapat bilik, kitaorg trus mandi2 , makan nasi impit cicah sambal ikan bilis n rendang kering yg ikin bawa sambil berehat n planning mana nak pergi diz evening..errmm..dlm bilik ni mmg ada tv tp semua ceta korea kat sini xde subtitle mcm kat malaysia..so dari kitaorang pura2 faham baik tutup je..hehehee...
So next destination kitaorg planning nak melawat istana kat korea ni..antara tempat yg wajib di visit jika datang ke korea..di korea ada 4 istana iaitu Gyeongbokgung Palace, Changdeokgung Palace, Changgyeonggung Palace and Deoksugung Palace..Tapi we all decide cuma pergi 1 istana je iaitu istana yg terbesar zaman pemerintahan Joseon Dinasti. Dari kajian aku, Istana ni dah di bina sejak tahun 1395..dekat 600 tahun sey..Salah satu sebab aku nk g istana ni adalah kerana aku pernah tgk ceta Rooftop Prince..Itulah sebab utama aku nak g istana ni..hahaha...

Photographer pulak berposing..hihihi..
So dalam pukul 3 lebih kitaorg siap2 and terus bergerak ke Gyeongbokgung menggunakan subway..cuaca panas tapi tak terik..sedap2 je lah...fuhhh..mcm xcaya lah kitaorg kat korea ni..hahaha..excited woo...lagi2 bila tgk semua mata sepet yg comel2 ni..si faiz mcm nak bermastautin terus je kat korea katanya..hahaha..nasib baik x jumpa Girl Generation lagi..

Untuk ke Palace Gyeongbokgung, kita perlu menaiki Subway line 4 (warna Hijau) and turun di stesyen 327 Gyeongbokgung. Sampai di situ we all terus keluar melalui Exit 5. (nak keluar subway tu korang kena tau exit num berapa..kalau x, korang yg confius).

Turun dr subway menuju ke Istana pun 
dah ada mercu tanda Istana..so dunt 
worry if ada yg takut tersesat
Antara destinasi terdekat bila turun di
 subway Gyeongbokgung
Tapi pengalaman yg best adalah naik subway diaorg..they all are very helpful. masa kitaorg nak ke istana ni kitaorg stilll confius2 lg nk baca map sebab banyak sangat line yang ada..tgh tengok2 map yg di tangan syikin n map di subway tu tetiba ada seorg wanita korea menegur aku.. "ms, do you want any help?" kitaorg tunjuk map yg ada kat tangan kitaorg.. "owh, , u want to go palace. yes..correct train" Alhamdulillah..nasib baik betul..so borak dengan wanita korea ni..rupa-rupanya dia pernah tinggal di Malaysia kat kuala lumpur. Tapi tak lama.. Dalam 6bulan atas urusan kerja.. Dalam kitaorg berbual2 ni ramai juga mata yg tengok-tengok kitaorg sambil senyum n tunduk hormat bila kita tgk diaorg n senyum..Bila sampai ke destinasi Cik Korea tu sempat say "Enjoy your holiday in Korea".. Kitaorg terasa begitu welcoming sangat..Maknanya rakyat korea yang ada di dalam train ni juga berperanan sebagai duta kecil bagi memberi keselesaan kepada pelancong..Hopefully rakyat Malaysia pun boleh mengamalkan attitude yang sama waktu Tahun Melawat Malaysia.
Tiket masuk palace KRW3,000
Kawasa luar istana hanya di penuhi pasir putih sahaja,..(macam padang jarak padang terkukur) tapi pelancong yg melawat memang ramai..jadi kitaorg tak nak buang masa sebab takut tak sempat melawat semua kawasan istana..so terus lah beli tiket masuk yg berharga 3000 won = RM8.40

Pintu masuk istana..Terlepas
 show ex change pengawal
Pintu gerbang utama..

Unik kan seni pembinaan diaorg..
nasib baik aku bukan arkitek
Tempat persidangan raja dan sida-sida.
biasa digunakan dlm drama2 kuno korea
Kawasan istana memang besar sgt.. Terdapat beberapa kawasan and bahagian -bahagian istana..ada ruang yang boleh di masuk and ada ruang yang tak dibenarkan masuk..mcm kawasan istana besar (bangunan utama n terbesar kat area istana ni) adalah tempat raja dan pembesar-pembesar bersidang pelancong tak dibenarkan masuk..hanya boleh melihat dan mengambil gambar dari luar sahaja..seni ukiran yg halus amat menarik..kebersihan istana juga terjaga di kawasan ini..
Dalam salah satu ruang istana

Masih ada lg pembinaan 
semula bangunan istana 
utk pengambaran filem 
dan tarikan pelancong
Di samping itu ada juga terdapat byk istana2 kecik (might be kawasan utk gundik2 di raja).. Istana2 kecil ni pelancong dibenarkan masuk tapi kena buka kasut..and yg paling menarik minat aku tu haaa tasik tu..terus teringat ceta rooftop prince..hahahaha.. tapi yang tak best kitaorg tidak dibenarkan ke kawasan seberang tasik tu..issshhh...ni lah pengaruh ceta korea sangat...abis semua nak explore..kalau kat malaysia berani try2 nak redah..tp kat tempat orang..so agak2 ler cik alynn oiii...hehehee... walaupun kawasa istana ni dah cukup besar n padat, masih ada construction pembinaan semula bangunan istana di satu area..memang diaorg jaga lah nilai sejarah negara diaorg..bangunan lama still nampak berharga dan di jadikan sebagai salah satu tarikan utama pelancong bila melawat negara mereka..
Inilah tempat Park Ha terjun dalam
 ceta Rooftop Prince
tak dpt pakai hanbok amik gambar 
kat sini pun jadi ler..
Penjaga booth di muzium di raja..
Lepas kita berpusing-pusing tengok-tengok istana dan rumah-rumah kecil di sekeliling kawasan tu, kitaorg terus jalan ke area untuk sewa pakaian hanbok(pakaian tradisional Korea) tapi waiting list dia maakkk aiii..ramai & kitaorg dah terlewat..sebab last booking pukul 4.30pm..tp now dah lebih dari pukul 4.30..frustated juga tp xpe lah..xde rezeki..teringin gak nak pakai pakaian traditional istana diaorg tu..tetiba jadi minah korea lah pulak..hahahaa...
Berhampiran di istana ini juga ada satu museum diraja..tetapi museum ini tengah ditutup sebab ada construction..and dijangka siap Aug 2013 (sekarang ni dah siaplah agaknya..)tp xpe..xdpt masuk museum, kitaorg amik gambar ngan penjaga kedai cenderahati kat Palace Museum yg comel n cute ni..si faiz siap nak ajak balik malaysia..hehehehe...so done for Gyeongbokgung Palace..next destination..we all nak ke Insadong and watching teater JUMP kat Seoul Cinema..waiting for the story!!!

Tak dpt tgk exchange pengawal kitaorg lah yg tutup 
pintu gerbang ni..tp berat wooo...


Tiada ulasan: