Cari Blog Ini

Jumaat, 20 Disember 2013

TRIP KOREA (DAY 1) ~ TEATER JUMP

Terbaik tak Hospital dia..
Perjalanan di terus kan lagi ke Seoul cinema untuk menonton teater JUMP. Melalui info dari guesthouse yang kitaorg stay tu, teater JUMP ni adalah 2nd terbaik selepas Nanta. Tapi oleh sebab teater tu dekat area Myeongdong so kitaorg choose tengok teater JUMP. So dari stesyen Anguk kitaorg terus menuju ke stesyen City Hall (Line 1) dan keluar di exit 1.
Menunggu kaunter tiket dibuka
 jam 6.30pm
We are here!!
Area Filem2 yang box office
Sampai je kat Seoul cinema kitaorg mcm blur2 sikit kat mana nak beli tiket teater ni..tiket wayang adalah..tp tak nak lah tgk wayang..tgk wayang kat malaysia pun ada..lepas terpusing-pusing rupa-rupanya kaunter tiket tu tak buka lagi lah..mana nak faham tulisan semua korea..aku x pula belajar tulisan hangul ni..nasib baik ada org dekat kaunter tu dia cuma sebut "6.30 open "so kitaorg assume je lah pukul 6.30 tiket baru buka..jadi sabar je lah kitaorang tunggu n masuk dalam seoul cinema amik-amik gambar, posing2 mcm cantik..hahaha..




SEOUL CINEMA
So sambil menunggu jam 6.30 kitaorg duduk lah kat bawah2 pokok tu sambil makan jajan yang kitaorg bawa dari Malaysia..Ju'a memang dah pesan suruh bawa coklat or makanan untuk energy sebab kat sini memang tenaga berjalan amat2 diperlukan..lagi 1, jalan kat Seoul ni bukan macam Malaysia..rata je...kat sini jalan di berbukit-bukit..memang semput gak lah...lagi stamina dah tak de..phewww....

Tiket Teater
Set teater..curi2 amik pic 
Menunggu pintu teater dibuka
Comel kan Heroin dia ni
Bila kaunter buka je kitaorang terus beratur sama and beli tiket harga 50,000won = RM140.00..masa beli memang terasa mcm mahal..tapi bila dah tengok memang berbaloi lah dengan harga..masuk je ke dalam teater hall dekat pintu lagi kami dah di warning no picture allowed. so kitaorg akur lah..tp dlm ikut peraturan ni aku degil gak..curi gak amik gambar dalam hall tu..pas2 kena tegur ngan pekerja wanita kat situ.. dengan tangan bersilang dia cakap "no camera..no camera"nasib baik awek ni comel..hahahaso simpan lah hp aku tu..dari kena rampas tak pasal je kan..
Poster JUMP
Back to the teater, dia berkenaan dengan sahabat yg ada martial art..sorang aku tgk aksi dah mcm Bruce Lee, sorang mcm jackie chan dlm drunken master..tp skill martial art diaorg memang terbaik..setiap gerakan semua sharp..yang si penglipur lara yg macam KFC punya maskot tu pun kelakar..memang berbaloi lah harga tiket dengan persembahan yang diberikan...
Mula-mula nak tengok takut tak faham je..tp the teater is very simple and body gesture setiap pelakon memainkan watak and buat cerita tu mudah difahami n enjoy..lebih2 yg heroin tu cute..(tiba2 aku teringat watak dalam game street fighter si chun lee )
Selepas tayangan teater ni, sesi autograph di jalankan..kitaorg tak amik pun autograph diaorg nii..juz amik gambar dari jauh je..hehehe...
Barisan Pelakon JUMP

Bersih & teratur je kan dlm train ni..
yang penting semua tgk hp..












Abis je sesi bergambar kitaorg pun terus berlari balik sebab nak kejar subway..sebab subway last pukul 11malam..nak menapak atau taxi memang lah kitaorg tak tau..lagi satu, bukan semua taxi harga sama..bergantung pada color taxi...color taxi yang hitam harga yang paling mahal skali..kira mcm org kaya2 punya keta lah..
Naik je train, memula kitaorg terpaksa juga berdiri..tapi memang budaya mereka menghormati pelancong kami di beri tempat duduk..tapi sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai adap kami memberi kepada senior citizen lah untuk duduk..tp aku dengan syikin dipaksa juga duduk dan mereka berdiri..nak tak nak aku ngan syikin pun duduklah..baru mereka senyum dengan we all..
Juz meet up uncle ni di train.
dia bgtau dia pernah keje di KDN
Korea n now dah retired. Sekarang
dia full time menulis buku
Syikin duduk di sebelah seorang uncle ni..aku tak tau lah dia yg tegur syikin dulu atau sebalik nya.. Dari cerita uncle ni dia pernah kerja di KDN Korea n sekarang dia dah pencen dah..Sekarang dia lebih menumpu pada menulis buku. Dia sempat jugalah tunjuk pada kami buku-buku yang di tulis olehnya..tapi maaflah sepatah haram pun kitaorang tak tau..sebab semua buku dalam tulisan korea..kalau uncle ni tipu pun kitaorg layan je..hahahah...
Khusyuk si syikin membelek
buku yg di tulis uncle ni
Sebelum turun dari train, uncle ni sempat meminta emel kami n memberi alamatnya. Dia ckp dia suka kumpul kawan and hantar emel..saje memperbanyakkan lagi rakan2 di seluruh negara..tp kad yg dia conteng alamat dia mana ntah aku campak..lupa dah..heheheh...
Antara buku yang uncle ni tulis
Sampai je di Hostel aku terus masuk kebilik..si faiz dengan syikin berbual dulu dengan Richard..saje bertanya lebih lanjut tempat2 menarik di korea ni and macamana nak ke sana..yang best nya semua yang berada di front desk ni semua memang friendly..apa kita tanya semua dia bantu.. termasuk tiket nak ke nami island, diaorang dah tolong assist belikan and tempahkan sit bas untuk kitaorg..so amat mudah buat arrangement dengan diaorg..memang amat membantu and highly recommended untuk stay di sini if datang ke Korea..
Alrite..stop di cini dulu..untuk hari kedua adalah lebih menarik lagi..tungguuuu...










Tiada ulasan: