Cari Blog Ini

Ahad, 14 Disember 2014

RUNNING MAN SHOW RACE START SEASON 2 - PART 3

Me & Sis Rina with Haha ~Super DAEBAK!!
Setelah hantar abg long balik UM kitaorg terus bergegas ke Stadium Negara sebab kitaorg kena sampai sebelum jam 4.30pm..ni pun dah jam 3.45pm..so laju je faiz bawa menggunakan google map..nasib baik stadium negara ni bukan kat area Bukit Jalil..kalau tak confirm ramai gila..
Tengah mencari-cari parking, pihak produksi dah call Tanya kitaorg kat mana n minta kitaorg cepat sebab nak beri taklimat.Lastly dapat gak parking walaupun kena bayar RM20..(lg sekali duit ku x laku.. :p) Sampai kat sana aku suruh faiz g n faiz suruh aku g..hahaha...padahal dalam keta dia dah excited nak partner ngan Jin Hyo . siap planning apa nak wat..pastu suruh aku yg g..hihihi...last2 aku pun setuju sebab nak cepat tapi berdebar-debar jugak apa lah aksi yg kena buat. So Kitaorg dikumpul kan di satu area di belakang stage. Tapi xde maknaya dpat jumpa runningman punya cast kat belakang stage. kat blakang stage ni siap ada khemah kecik utk artis2 diaorg bersiap.
Dalam gelap kat belakang stage tu, nampak lah ada beberapa org turun dr khemah atas nak menuju ke bawah..ramai juga yg escort..dr susuk tubuh kitaorg nampak kwangsoo & Joong Kok yg turun.Kwang Soo yg perasan kitaorg at the back stage tu dia lambai kat kitaorg..dia ckp ngan pegawai yg iringi dia, might be nak g area kitaorg kot..tp x dibenarkan..dr jauh dia jerit sambil tunduk hormat kat we all..ntah apa yg dia jerit..kitaorg pun sorak je lah..hahaha...
Souvenir yang diberikan..

Lepas tu ada taklimat dari pegawai Astro & pegawai dr SBS Entertaiment. Dia terangkan game kitaorg yg kena pilih. so game terbahagi kepada 3 segment. Aku choose game yg pertama bersama Haha.I wish i nak dengan Joong Kook tp dia tak benarkan sebabnya game joong kok alihkan kuaci guna chopstick.Jin Hyo diaorg bg partner dengan lelaki..Suk Jin Baling Ceper, Kwang Soo tiup bola, peluk untuk letupkan, Haha sepak bulu tangkis. Haha pun ok lah..hehehe..Tapi yang bagus nya produksi ni bila dia nampak ada beberpa peserta Muslim especially bertudung dia siap tanya aktiviti yang akak we all buat nanti akan menjadi isu tak if wartawan amik gambar or ulasan..might be diaorg xnak jadi isu besar and xnak ni lah 1st and last Team Running Man datang Malaysia.
So bila turn naik stage memang agak berdebar gak..Artis korea kot..serius excited..Bila di arah naik stage, kitaorg terus menuju ke artist yg dah di pilih..Bila Haha nampak aku menuju kat dia,dia terus tanya." Are you partner with me?" yes, i partner with you.." owhh, come here..whats your name?" "Alynn" "owhh..alynn..nice meeting u.." si Kwangsoo sebelah aku ni pun tersenyum2 n dia pun hulur tangan kat aku untuk salam..haha sempat tanya aku pandai tak wat ni.aku cuma ckp aku x pernah wat tp boleh try. haha pesan " nevermind alin. u just try.at least do 1 or 2 should be ok. dont stress, just have fun with us"sambil hulur benda tu kat aku utk try sekali dua..masa training ok..dpt gak sekali dua..bila betul2 xdpt lansung..lalallaa...so haha berjaya settledkan task tu..after tu kitaorg dpt amik pic dgn artis yg kitaorg ada je..syg phone xleh bawa..kalau tak bleh gak selfie..Haha bagi 1 cap Garfield siap tandatangan dia untuk aku n sis Rina.
Kwang Soo & Suk Jin ~Trouble Maker
Lepas game tu kitaorg pun kuar dr situ pergi ke depan stage utk tgk show seterusnya..lepas abis semua games, diaorg ada nyanyi2 lagi..memang happening!! Kwang Soo very entertaining and energetic mcm Faizal Tahir wat show..dari main stage dia lari naik tangga pergi dekat peminat yg dok kat atas..terkejar2 pakcik2 rela mengejar si Kwang Soo zirafah kaki panjang..kawan2 dia kat stage dok panggil2 dia suruh turun bawah..paling best show Suk Jin & Kwang Soo nyanyi lagu Trouble Maker..Kwang Soo jd Kwang Jaa mcm biasa lah..dgn baju blouse pink seksi mengoda suk jin..diaorg semua ni nyanyi best2 gak..suara Suk Jin boleh tahan..Joong Kok memang penyanyi.. so x heran suara dia lemak merdu..Yang Haha ni pun memang superb..Dia bawa lagu2 reggae dia dgn skull. Memang serius happening and rasa dia boleh dpt anugerah persembahan terbaik lah if ada.
Konsert abis dalam pkul 9 mlm.. Kitaorg terus blk JB sebab tak nak bertembung dengan peminat2 bola sepak yang tgh berkampung kat Stadium Bukit Jalil..

Overall Running Man Race Start Season 2 memang best gilerrrr...








Sabtu, 13 Disember 2014

RUNNING MAN SHOW RACE START SEASON 2 - PART 2

Selfie kami2 dulu di
Paradigm Mall
Tibalah hari yang di nanti-nantikan..1st November 2014..hampir 2 bulan dah aku beli tiket event ni..memang hari-hari dok counting je.. Nak di jadikan cerita, 1hb november ni pun final piala FA..dan yang paling best team negeriku JDT dapat masuk final melawan team Tok Gajah..so confirmlah highway sesak dengan penyokong-penyokong bola JDT nak ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pengacara menjemput
Running Man naik ke pentas
Aku ngan faiz pun dlm seminggu (after JDT menang lawan Felda united) planning nk ke sana..orang update facebook ckp nk g tgk bola, aku pun update gak ckp nak g stadium.so ramai kawan2 ingat aku nak g tgk bola gak..heheheh..
1hb tu faiz amik aku kat umah dengan adik dia, farah jam 7.00am..so kitaorg terus gerak ke kl..stop isi minyak n aku tambah touch go budak kat kaunter tanya "nak g mana kak pagi-pagi ni" aku jawab lah nk g kl.. "wahh..nak g tgk bola ea kak??hati2 jalan k.." aku angguk je lah..nak senang cetakan..nnti ckp nak tgk running man byk pula soal dia nnti..hehhehe
Cuma nampak Haha & Jin Hyo je...
So perjalanan kitaorg nyaman je..xde jem..tp dekat seremban jem sikit lah..yang best nya perjalanan hari ni kitaorg excited tgk penyokong-penyokong bola yang g stadium..kreatif diaorg menggayakan keta diaorg tu semua..yg pasti dah siap2 pakai jersi merah biru..kitaorg yg xde kena mengena nak tgk bola pun excited..si faiz siap dah placing baju jersi bola dia tu..setakat gantung je ala-ala poyo nk g tgk bola konon..hehheehe...
So kitaorg terus singgah ke Universiti Malaya untuk ambil abg long faiz..masa tgh tunggu abg long, tetiba pihak Astro One HD ada call yang mengatakan yg kitaorg menang lucky draw.. dan salah seorang dari kami dapat bermain game show bersama ahli running man di stage utama..Gila tak excited..hahaha..but kitaorg tak decide lagi sapa yang nak naik..tp x kisah lah sapa pun yg penting kita enjoy!!
dlm pukul 11 kita orang sampai sudah di Paradigm Mall di mana sesi autograph bersama ahli running man berlansung..dijangka ahli running man akan tiba dalam jam 12 @ 12.30..phewww,,,ramai gila depan stage ni..bila bual-bual ngan sorang kakak kat sini dia ckp dia tunggu dari jam 8.00pagi lagi..gila kentang semangat...heheheh..
lebih kurang pukul 1 lebih tiba lah ahli2 running man....Lee Kwang Soo, Kim Joong Kook, Suk jin, Jin Hyo & Haha naik ke pentas..bertepik semua penonton dapat melihat ahli running man secara dekat di Malaysia..diaorg pun 1st time dtg Malaysia..tp kitaorg tgk kejap je sebb x dengar pun sepatah haram apa yang diaorg ckp..apa yang penting nama Lee Kwang Soo memang bergema dlm Paradigm Mall ni..
so we all g makan di Italian yg di sponsor oleh Faiz (berjalan ngan faiz ni duit aku x laku lah...) di sambil-sambil itu aku pujuk farah untuk joint aku ngan faiz g tgk konsert..memula dia serba salah..namun kuasa memujuk ku berjaya mencairkan hati farah sambil disokong dengan tiket sponsor oleh abangnye, dia pun setuju join kitaorg..yeeehaaa....
Makan-makan di Italianese
Makan-makan di Italianese
sepantas kilat aku check online utk beli tiket tp jualan ticketing dah closed..so check mana ada jual direct tiket ada nama speedy video..terus laju kitaorg g beli tiket sebelum farah bertukar fikiran..
so our next destination is Stadium negara for the Race Start!!








Sabtu, 15 November 2014

RUNNING MAN SHOW RACE START SEASON 2 - PART 1

Wallaaaa....
Running man come over to Malaysia!!!yeehaaa...happy2..
I follow running man show since year 2011 lagi..masa visit korea aku sibuk cari team running man tapi time tu masih ramai tak kenal running man..
Tahun 2013 ada juga dengar Running Man akan datang Malaysia & event tu akan berlansung kat Kenangan Wholesales kat Klang..tapi rupa-rupanya penganjur tu kaki kapur..kesian pada yang dah beli tiket..nasib baik time tu aku ngan faiz x sempat lg beli tiket..kalau tak frust gak duit hilang mcm tu je kan..
So tahun ni Running man dengan kerjasama Astro One HD akhirnya datang jugak Malaysia. Aku pun x tau memula event ni tp adik angkat aku si Faiz ni tag aku kat fb..dia ajak aku g..aku ni memang lah dah minat..plus pula ada geng so on je lah.. tp time dia bgtau tu tiket belum release lagi..Dia bgtau aku time tu akhir bulan 7 and tiket dia start jual kat ticketing 29hb Ogos..ok r..sempat kumpul duit..event 1st November 2014..so 29hb ogos tu pagi2 lagi faiz dah minta adik dia standby depan komputer belikan tiket..niat di hati nak beli tiket VIP tapi harga RM729 so kitaorg beli tiket CAT 1 Rock Zone RM499..so tepat jam 10.32am tiket Race Start Season 2 in Malaysia Running Man Fans Meeting Selamat di beli...yuhuuuu!!!best2..very exited..
Pengesahan pembelian tiket melalui agent ticketing.
Next post aku akan story pengalaman kitaorg masa g konsert tu pula..serius DAEBAK!!

Jumaat, 19 September 2014

TRIP KOREA (DAY 2) ~ NAMSAGOL HANOK VILLAGE

Our next destination is Namsagol Hanok Village..dari KBS world tadi kitaorg berpatah balik menuju ke subway terdekat..untuk ke Namsagol Hanok Village kita perlu naik train Line 3, turun di Chungmuro Station keluar melalui lorong exit 3.
Sampai sahaja di station tu cuaca di situ hujan renyai-renyai. nasib baik syikin ada standby baju hujan RM2.00 untuk kitaorg semua..
Jalan menuju ke Namsagol tu menaiki bukit (korea ni dah memang sah berbukit bukau..heehehe)..walaupun hujan, permandangan seperti sungai & tasik kecil sangat dijaga rapi oleh mereka yg di pertanggungjawabkan.Susunan batu di tepi-tepi tasik yang masih mengekalkan ciri-ciri traditional masyarakat korea seperti di zaman Joseon.
For the info, menurut research aku sebelum ke sini, Namsagol Hanok village ni merupakan salah satu lokasi utama bagi pengambaran filem atau drama korea yang berlatar belakangkan zaman dulu mereka especially zaman pemerintahan kerajaan Joseon. Aku rasa zaman Joseon tu macam zaman kegemilangan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka kot.. tapi aku tak sure lah sebab aku tak pernah buat kajian untuk subject matter yang ni walaupun aku minat dengan sejarah ni..hehehehe...

Nak di jadikan cerita, kitaorang ni terlepas pandang yang Namsagol Hanok Village ni ditutup pada setiap hari selasa..so rugi sikit lah sebab tak dapat jalan-jalan kat dalam kawasan Namsagol Hanok Village tu..hmm..so juz jalan2 amik gambar kat kawasan luar-luar je lah..tapi yg pelik nya orang-orang kat situ pandang kami bertiga dengan muka lucu..maybe diaorg pelik ngan baju hujan kitaorg kot..ke diaorg berkenan ngan baju hujan kitaorg ni??hahahah...nanti last day kitaorg kat korea ni kitaorg bagi ea baju kitaorg kat korang...lalallaalal....

Dari Namsagol ni kitaorg tengok Namsan Tower tu macam dekat je..we all take a break dekat kedai coffee Holly's Cafe..Kedai coffee franchise ni yang di gunakan dalam drama Roof Top Prince..sambil-sambil planning destinasi seterusnya, kitaorg minum coffee yang sememangnya superb kat korea ni..antara yg kitaorg minum Coffee Strawberry, Coffee Blueberry.. Wafer diaorg pun sedap gak walaupun hanya yakin makan wafer original sahaja..so we are ready to our next destination...Jom Pergi!!!

Selasa, 22 April 2014

UITM VS UTM

Halloo uols...
Long time xconteng-conteng..
Balik je dari vietnam lansung sibuk tak hengat..
Masa kat sana pun hp x henti2 bunyi.
Nasib baik bukan honeymoon..
klau tak cfm hubby buang hp dlm sungai mekong..hahahha..
(Bf pun xde nak hubby apanya..ye dok..)
Back to the title today..(phewss...speaking london)
UiTM vs UTM..
sebenar nya ramai yang confius ambo(sejak skandel ngan org ganu nikan..lalalala) ni blaja kat mana
.uitm or utm.. sebb byk aktiviti ku di utm..so ramai yg wat conclusion yg aku ni studen dari utm...
Salah sebenarnya semua spekulasi tu..ceritanya mcm ni....
Jeng..jeng..jeng..(konon2 ada kepul2 asap mcm awan)
Abis spm je aku dpt sambung study di yayasan pelajaran mara (YPM) Bangi yg terletak di twras jernang..dia franchaise uitm.so semua silibus dtg dr uitm.abis dip 2005 trus keje n sambung blk pada 2009 amik degree pun di uitm..tapi kali ni dekat sikit..heehehe..di larkin je..mudah sebb aku wat pjj.so secara teorinya aku adalah graduasi dari UITM (UiTM dihatiku)
So mana dtg nya utm tu??sejarah dengan utm ni panjang sikit..tp dipendekkan UTM ni ada gelanggang n kelab silat gayung disini..so aku pun joint silat kat sini..boleh dikatakan aku kerap ke utm compare di uitm.segala program n xtvt yg pertubuhan yg rakan2 buat merekabagi penuh sokongan..bertitik tolak dr itu lah hubungan ukhwah lebih rapat..
So itu je..utm tempat aku sepak menyepak tendang menendang
.(sebb xtvt silat) n utm tempat aku membantu mengembangkan kan ilmu warisan turun temurun..
**tiba2 rasa ngantuk bangat..nnti sambung lg k..daaaaaa

Selasa, 25 Mac 2014

Berakhirnya Satu Pencarian.. #MH370

Selepas tempoh pencarian 17 hari atau lebih tepat 404jam dengan kerjasama lebih daripada 25 buah negara misi mencari dan menyelamat berakhir dengan pengumuman Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa penerbangan pesawat MH370 berakhir di tengah lautan Hindi..
So sad.....memang berita yang amat menyedihkan bagi semua terutama keluarga mereka yang terlibat..kita yang tak de keluarga terlibat dalam pesawat MH370 pun terasa sedih apatah lagi ahli keluarga mangsa.. WOW!!!Im cryingggg...
but i believe ramai yang menangisi tragedi ini especially rakyat Malaysia & keluarga yang terlibat..berkat doa, solat hajat umat islam seluruh dunia serta doa ahli keluarga serta masyarakat bukan islam petunjuk mengenai MH370 akhirnya di temui..
Akhirnya misteri mengenai MH370 akhir nya terjawab.. dalam ucapan PM, beliau tidak mengatakan MH370 terhempas tetapi pesawat tersebut  berakhir tengah Lautan Hindi.. ini memberi makna pesawat Boeing 777 MH370 telah terhempas di tengah lautan hindi..tiada ungkapan yang dapat di ucapkan selain bacaan Alfatihah untuk mereka yang terkorban dalam tragedi yang misteri itu..
Kini misi untuk mencari kotak hitam pula..namun mampukah kotak hitam itu di temui dengan keadaan lautan hindi yang sentiasa bergelora tu??nothing words can say..tapi aku yakin kerajaan Malaysia dia bawah pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak di bantu oleh Dato Seri Hishammuddin pasti akan berusaha sebaik mungkin untuk merungkai tragedi ini..
Semoga roh mereka tenang di sana..Alfatihah..

**COPY PRESS STATEMENT FROM PM



PM NAJIB RAZAK’S PRESS STATEMENT ON MH370

24 MARCH 2014, 10PM

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.


Ahad, 23 Mac 2014

Holiday Again

Hi alllsss...
me just come back from holiday..
the destination kali ni i g ke Ho Chi Minh, Vietnam..
seminggu sebelum pergi ke vietnam, dunia di gemparkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airline MH370 yang menuju ke Beijing yang di percayai hilang di perairan Vietnam..
Risau jugalah if penerbangan kitaorg kena postpone or delay walaupun we all x menggunakan MAS..
Tapi Alhamdulillaah...Penerbangan kami tiada apa2 effect..semua berjalan seperti yang telah dirancangankan...
Alhamdulillah....
Pengalaman di vietnam selama 5hari 4 malam pada 13 - 17 mac 2014 sy akan share bersama anda2 semua..
the awesome county..

Isnin, 10 Mac 2014

PRAY FOR MH370..


Crew MH370
Pagi sabtu yang hening...sampai je di ofis lebih kurang jam 8.45pagi ada 1 whatsapps message dari group Hotel Selesa JB..Kak siti hantar message mengenai kehilangan 1 pesawat yg secara tiba-tiba tak dapat di kesan dari radar..aku ingatkan benda ni main-main..sebab ada sekali time aku keluar ngan art (saat2 bahagia dulu kan...hahaha) dulu ada dapat gak mesage mcm ni tp dia ckp air asia..bila buka rupa2 nya patung kapal terbang air asia pas2 di pakaikan belon panas..teruk aku kena bahan n gelak ngan pakcik tu..so bila dapat message mcm ni dari kak siti, so aku ingat benda ni pun adalah 1 gurauan..lepas tu bila buka link dari astro awani rupa-rupa nya berita tu adalah betul..SubhanAllah..
Situasi di Beijing
Selepas pihak MAS pun mengesahkan berita tu betul, aku pun terus google tentang kes ini.. BENAR.. pesawat ini di katakan hilang secara tiba-tiba dalam radar Malaysia..lebih mengejutkan lagi relative member aku khairul ada 3orang dalam flight tu..semoga diaorg selamat...sedih kan...
Rintihan seorang anak

Capten Zahari & Fariq
Hope for the miracle
Jika ikut kronologi, pesawat MAS MH370 berlepas dari KLIA pada jam 12.41am 8hb Mac 2014. Pesawat tu membawa seramai 239 orang penumpang termasuk 2 orang bayi, dan 12orang anak kapal. Jam 2.40pagi sewaktu pesawat berada di ruang udara vietnam pusat kawalan udara subang terputus hubungan dan mereka menghubungi pusat kawalan udara ho chi min untuk mengesan pesawat tersebut. Namun begitu, pusat kawalan udara ho chi min juga gagal menghubungi pesawat tersebut dan menyerah kan semula kepada pusat kawalan udara subang.
Penerbangan yang sepatutnya tiba di beijing jam 6.40 pagi masih tidak dapat dikesan..Kebimbangan semakin melanda di dalam hati pegawai2 MAS yang masih mencuba pelbagai alternatif untuk mengesan radar pesawat MH370 namun masih menemui jalan buntu. dan pada kurang jan 7.30 - 8.30 pagi pihak MAS mengumumkan kgagalan mereka mengesan pesawat MH370.
Ibu kepada Sofuan 
Terdapat pelbagai spekulasi yang muncul..yang paling aku tak boleh terima bila ada mengaitkan tragedi ini dengan politik..sebab sehari sebelum kejadian ini, si "DIA" tu kena hukuman penjara 5 tahun..so ada pihak yang sengal spin ckp ini konspirasi gov. apa ke gila orang2 ni??ini melibatkan nyawa k..tak baik wat spekulasi mcm ni..kesian pada ahli keluarga mangsa..apa perasaan mereka bila baca kejadian ini di perkotak katikkan..
Selain itu, ramai yang cuba menjadi keyboard warrior..cuba menyampaikan berita tanpa mengambil tahu kesahihan sumber yg di terima..pelbagai andaian dan kebarangkalian yang dibincangkan kerana pesawat tersebut hilang secara tiba-tiba tanpa ada sebarang tanda..
Jika pesawat itu rosak, pihak kawalan udara tidak menerima langsung isyarat dari kapten..dan jika di hijack (sebab ada 2 individu di kenal pasti menggunakan pasport curi) pun mereka boleh  berhubung dengan pihak kawalan udara.. ada 1 lagi kemungkinan adalah kapal tu meletup di udara secara tiba2..tp tak de lansung petunjuk..boeing 777-200 kot..bukan kecik2 pesawat..if meletup mesti ada kesan asap di udara tp tak tau lah sebab gelap kan..
bermacam2 mereka menyimpulkan..namun selagi kapal tak di temui selagi tu kita masih ada harapan walaupun senipis kulit bawang.. ada juga yang mengatakan adakah kebarangkalian kejadian pesawat sandiego yang hilang tahun 1945 dan tiba2 muncul dan mendarat di brazil selepas 35tahun..kuasa ALLAH siapa tahu kan..
apa2 pun kita doakan agar pesawat MH370 dapat dijumpai.. Amin..Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada negara2 yang menghulurkan bantuan bagi misi mencari & menyelamat MH370..
#prayformh370


TERIMA KASIH SEMUA!!

Sabtu, 8 Mac 2014

TRIP KOREA (DAY 2) ~ KBS WORLD

Ujibakat pengacara??
Cute kan bdk2 korea ni??
pengacara bergaduh pasal
Running Man di KBS??


Tanya jalan lagi..


                  Untuk hari kedua ni kitaorg plan untuk pergi ke KBS World.. KBS world ni salah satu broadcast company yang terbesar di korea dan dia ni kira penyiaran rasmi di korea ni.. errr..macam tv3 @ RTM lah kalau kat malaysia ni..klau broadcast yang SBS world tu lebih kurang macam Astro dekat malaysia. tapi latest drama korea termasuk rancangan running man adalah keluaran dari pihak SBS.. tapi jangan sesekali memperlekehkan KBS..sebab broadcast ni tak kurang hebatnya..
Idea nak ke KBS ni adalah di sebab kan teman kitaorg yg Ju'a tu dah pergi sini dua bulan sebelum trip kitaorg.. tempat ni memang open n tak ada di kenakan sebarang bayaran pun untuk masuk ke KBS museum ni..tp tak ramai yang tau...ni aku dah bagitau, so lepas ni sesapa yg nak g korea jgn lupa add on skali kbs world ni dlm itinerary korang ea..mana tau tetiba terselit muka korang dalam  berita korea..hahahaha..#Berangan
Jadi pada hari kedua yang indah permai ni, bangun lah pagi-pagi bersiap-siap..nasib baik aku bukan jenis makeup sgt..so tak delah amik masa lama untuk bersiap..namun aku memang tak boleh lawan ikin yg bersiap perghh superb cepat..walaupun dia yg mandi paling last...hehehe... After siap2 kitaorg terus turun bawah nak tgk apa jadi dengan nasi kitaorg yg dah masak lebih dari 6 jam!!hahahaha..sedih tau ngan rice cooker kat sini..sampai mata faiz dah tutup separuh malam tadi menunggu nasi ni masak..last2 dia pun surrender..hehehe..
Nasi tu kita bahagikan kepada 3 tupperware makan yg memang dah beli siap2 kat malaysia..so kitaorg goreng telur mata sorang 2 biji..n letak kicap sikit..kebetulan syikin mmg ada bawa sikit stok kicap n minyak masak..cili padi je dia terlupa nak bawa..apa2 pun she's daebak..hehehehe..
Untuk ke KBS ni memang agak mencabar sikit sebab bangunan ni terletak di bangunan2 ofis yang jarang pelawat dari luar datang melawat..if korang tgk pakej2 dari travel agent lain pun rasa xde agent yg akan include lawatan ke kbs ni..maybe diaorg takut peserta2 lawatan hilang kawalan if jumpa artis korea kot..hahahah...
Big Fish...
back to KBS..untuk pergi ke sini uols naik subway Line 9, trun di National Assembly , exit di pintu 4.dari situ korang kena jalan jauh sikit..korang sepanjang perjalanan tu korang akan nampak arca ikan gergasi..if korang nampak ikan tu makna nya betul lah perjalan korang tu tp belum sampai lagi..korang kena terus berjalan lagi..sepanjang perjalanan ke KBS mmg ramai org di bawah2 pokok n most of them tengah minum coffee.. Memula kitaorg ni mcm risau juga betul ke jalan yg kitaorg tuju ni..aku mencari-cari gak bangunan KBS tp tak de nampak..kepala dah terjenguk2 macam zirafah dah..Syikin ada juga nak cuba tanya orang2 yg duduk dibawah pokok n yg tgh berjalan berhampiran kitaorang..tp mmg ada yg menolak..maybe ingat kitaorg nak prank diaorg kot..hahahaha...pas2 kitaorg try cari muka org2 yg ada yg macam educated n muda2 sikit untuk tanya..(mentang2 ada 2 org anak dara, nak cari yg muda je..ceehhhh)..
"excuse me sir, can u speak english??" mamat tu angkat tangan tunjuk tidak..cehhh..tp dia panggil sorang uncle ni..ok..sangkaan kitaorg meleset..so moral org yg mcm educated tu x berapa nak educated hokiesss..so bila tanya uncle tu uncle tu bgtau, suruh jalan terus n after the road akan jumpa..so kitaorg yg macam buat2 faham angguk2 kan kepala n jalan terus je..
Seoul City
Tempat beriadah waktu ofis
So kitaorg pun teruskan perjalanan sampai ada 1 trafic light..yeeaaa!!!aku dah nampak 1bangunan yang tinggi & ada lambang KBS..kira betul lah direction uncle tu bagi..sebelum sampai kawasan ofis tu kita akan melintasi 1 kawasan rekreasi park..kat rekreasi park tu ada mcm khemah2 kecik utk tilik nasib..ingat nak cuba2 gak tp bila difikir bukan paham pun nnti apa ahli nujum tu merepek..baik tak payah kan..selain tu ada basikal untuk di sewa..so pengunjung boleh berbasikal di kawasan rekreasi tu..gelanggang basket ball pun ada 2 x silap..pas2 ada lah kawasan yg ada alat2 senam ala2 gym..best gak r...so if sesapa tension kat ofis, after ofis hour ke boleh beriadah dulu kan..keluarkan peluh..baru tak de obersiti..mungkin sebab tu susah nak jumpa org korea yg berbadan besar..
Jom ke lokasi berita!!
Antara vandalism di KBS 
Penat berjalan terasa berbaloi gak bila sampai di kaki bangunan KBS ni..memang besar..di dinding-dinding bangunan ni banyak nama artis di tulis..kira mcm vandalisme lah..kitaorg masuk bangunan tu dengan gah nye..memang moden gila..security ramai mcm nak masuk airport pun ada gak..mungkin faktor keselamatan artis n celebrity diaorang...kitaorg blur nk masuk mana..sebb kat situ semua nak masuk kena guna pas..takkan aku nak guna kad kerja hotel selesa or kad matrik belajar aku kan??hahahah..sengal..kitaorg tanya ngan reception kat situ..dia ckp tmpat kitaorg nak g tu at the back..nak kena berjalan lagi lah nampak gaya nya..takpe2..nasib baik jauh..klau tak ada next time baru g,..hehheeso berjalan lah lag..tgh jalan tu nampak lah van KBS, dengan van pun jadi lah kitaorg bergambar..kat Malaysia xde tu semua..pandang van tv3 pun tak heran dah...hahahah
Selepas terpusing-pusing, akhirnya sampai..Alhamdulillah..Masuk adalah percuma dan yang paling penting cuma kitaorg bertiga sahaja kat situ..lalalalala...memang puas berposing lah..
Lobby KBS World

Selfie Time...
If korang nak tau bangunan yg korang masuk tu betul ke tak, bila korang masuk pintu je korang akan nampak tv mcm ni di lobby dia..and di depan pintu masuk kecik utk lawatan ada 3 patung yang comel..kat situ je kitaorg dekat 15minit bergambar,..tu baru patung..hehehehe..lepas naik tangga tu di dinding2 diaorg lekatkan cermin..so bleh tgk didri sendiri di cermin tu..so apa lg..Selfie time....nasib baik bawa faiz yg rajin melayan akak dia berjalan n amik gambar..

Winter Sonata 2??

1st area diaorg letakkan semua poster-poster drama atau rancangan dari KBS..Seperti contoh drama Hits dan membawa gelombang Halyu Korea di Malaysia , Winter sonata, Iris, Boys over flower, 3days 2nite n macam-macam lagi lah..tak larat nak bergamabr2 ngan poster ni kitaorang terus kan lagi lawatan sambil belajar kami tu,,heheheh..
tetiba jd model kat korea..
After that kitaorg terus kan lagi n ada nampak 1 ruang mcm stage kecik, ada 1 stand  camera n ada beberapa tv..ingat kan tu ruang untuk mereka photo shoot..lepas tu sambil kitaorang posing2 jd model ternampak muka kitaorg bergabung dalam video mtv tu..lama aku tilik, rupa2 nya tv 1 adalah muka kita, tv 2 mtv yang ditayang kan n tv3 hasil selepas di gabung kan..apa lagi sambung posing blk lah...hahahah..
Dubbing side

 Lepas tu, kitaorg tgk pulak untuk pengalihan bahasa.. dia tunjukkan 1 show cartoon dan dari situ kitaorg ikut suka alih kan bahasa kartun tu..hahaha..main ikut suka je..Pengarah kartun tu kalau tengok mesti dia nangis tengok kitaorg jahanamkan kartun dia..di tambah pula cuma kitaorg bertiga je kat situ so memang heaven lah nak menguji dan mendengar suara kitaorang yan telah di dubbing berkali-kali..memang jakun sangat-sangat..rasanya produksi kat malaysia tak de lagi wat macam ni..kalau ada bawa budak-budak confirm diaorang lagi excited nak dengar suara diaorang di dubbing kan..ala-ala ceta tarzan dialih bahasa melayu kononnya..lalalalala...
Cute!!!
Side seterusnya ada ruang macam set pengambaran untuk kartun korea ni..lepas tu siap ada camera yg biasa bradcast guna tu..kalau tanya aku apa nama scientific camera bradcast tu memang lah aku x leh jawab lah..yg aku tau camera yang biasa orang guna untuk shooting filem..so dekat camera tu kita bleh try konon2 tgh wat pengambaran..kalau aku org filem maybe aku tak heran tp oleh sebab aku bukan orang filem memang selfie je lah keje nya..di tambah ada yang rajin melayan makin menjadi lah..heheheh...
Test..Test..
Wanita Hari Ini..
Adoiii...Cut..Cut...
Haaa!!!Curi tgk skrip..
Section seterusnya lagi menarik iaitu section berita KBS..so kitaorg pun berangan lah macam pembaca berita..setiap kali tekan butang start dia akan keluarkan muzik yg berita tu punya opening..depan kitaorg ada 1 screen yg memaparkan pic kitaorang yang nampak mcm real as a pembaca berita..memang gelak sakan je..dah nama pun kitaorng bertiga je kat situ..memang puas perposing lah sambil baca berita..mic kat meja pemberita tu fuctioning tau..memang berangan lah..kat malaysia mana ada set mcm ni open utk org ramai untuk visit..kalau ada pun awal2 dah tulis JANGAN SENTUH / DO NOT TOUCH..so bila sampai kat KBS ni ada apa lagi lah kan..Its show time!!hihihi...
Yang paling best bila ada 1 pic aku update kat FB ramai tanya kenapa n macamana dapat masuk berita kat korea..siap tanya untuk berita bila diaorang nak tengok apa isu yg kita orang discuss..so korang nampak tak set diaorg ni bukan yang cacamarba fake punya set tp set real cuma open utk pelawat.
Ochh!! PJS in the house.
Rizal kem salam kat u tau...
Mini Studio
Sport Area
Bila dah puas kitaorang kat situ, kitaorg teruskan lagi perjalanan seterusnya..so section seterus nya adalah ruangan sukan..korea selatan ni boleh tahan juga maju dalam sukan..tengah jalan ternampak lah poster Park Jin Sung..Masa kat Malaysia, mmber ofis aku si Rizal pesan suruh kem salam kat si Park Jin Sung..ok Rizal, aku dah sampaikan kat Park Jin Sung punya poster..puas hati??hahahaha..
Revolusi
Another revolusi
Revolusi microphone
Old school
Untuk ruangan yang terakhir ada 1 tempat tu untuk okestra dan studio radio lama..yang tu kitaorg tak di benarkan masuk..sebab barang2 yang ada tu nampak sangat old school..harganya tak tau lah.. lepas itu kat situ pun ada ruangan pameran camera bradcast diaorang dari zaman dulu. dari situ kita akan nampak revolusi yang jelas mengenai camera broadcast..
Us with our lover..
Same pose..
my brother so cute
After je tengok revolusi camera, tv, microphone ruang pameran pun tamatlah..nampak kawasan tu macam kecih tp it was wonderful sebab satu experience yang baru n posing sakan tanpa malu dan segan sebab kami bertiga je..seronok sangat sgt2 dan berbaloi... Dah settled dah lawatan sambil belajar kitaorang di KBS world..Highly recommended to visit here..so next destination NAMSANGOL HANOK VILLAGE..