Cari Blog Ini

Isnin, 16 Disember 2013

TRIP KOREA (DAY 1) ~ INSADONG

Tak tahu jalan, jangan malu
bertanya jalan..heheheh
Selepas kami tak dapat masuk ke muzium di raja kitaorg pun terus berherak ke destinasi seterusnya..iaitu Insadong.. Insadong adalah bandar yang penuh tradisi, seni dan antara syurga membeli belah di seoul. Kalau ikut di peta, jarak antara Gyeongbokgung dan Insadong takde lah jauh sangat. Ditambah pula cuaca yg mendung2 n tak berapa panas kitaorg wat decision untuk jalan kaki je ke sana..
Thanks to uncle yang membantu kami
menunjuk jalan ke Insadong..
dia takut we all sesat sanggup follow
we all hingga ke jalan yang paling mudah
 nk ke Insadong..jauh lah juga..very nice..
Errrmmm...pusing kiri pusing kanan ikin cari penduduk tempatan yang muka mcm educated sikit untuk bertanya..(tak ramai antara mereka yang pandai berbahasa inggeris) so ternampak seorang uncle yang baru keluar dari subway..so dengan senang hati uncle tu tunjuk kami arah. memula dia macam teragak-agak nak beri kami instruction.lepas tu dia ckp "nevermind2..i show u.im worried if you all lost"..baikkan uncle tu..memula kitaorg ckp xpe lah kesian sebb mcm agak jauh gak dia nak kena jalan sekali utk tunjuk jln tu..tp dia still berkeras untuk hantar kitaorg.. very nice kan..
I Thinks Coffee Cafe
Angel in us coffee Cafe
So kitaorg kena masuk blk laluan istana tadi n terus ke pintu gerbang utama istana.. so uncle tu pun cakap "this is Seoul City" di jalan utama memang terselah kesibukan bandaraya tersebut. so uncle tu minta kita terus kan sampai jumpa signboard Anguk dan insadong ada di sebelah kanan. Selepas mengucapkan thank you pada uncle tu kitaorg meneruskan lagi perjalanan melawat kota Seoul. Tapi sepanjang jalan ke Insadong kitaorg perasan tak de 1 sampah pun yang ada di sekitar bandar tu. Jangan kata sampah, tong sampah pun kitaorg yak de nampak. Lepas tu dalam perjalanan kitaorg ada lah byk jumpa vending machine kan sini..So sesaje lah nak try..botol air dia very unic..lepas minum oleh sebab tak jumpa tong sampah, kitaorg bawa je lah tin air tu..klau kat malaysia xde tong sampah pun kena komplen n org still berani buang sepah-sepah...kat sini rasa memang tak berani ler... hehehee..
Antara mercu tanda insadong
Suasana di Insadong
Satu lagi yang kitaorg perasan kat bandar korea ni, sepanjang kami berjalan kaki ke Insadong kami terbau coffee je..so bila tgk sekeliling baru kita org dpat assume memang banyak cafe coffee dekat sini n nama pun pelbagai..setakat Coffee Bean n Starbuck dah biasa sgt kan kat malaysia..so kat sini lagi banyak n nama yang pelik-pelik..tapi bau coffee yang harum wat kitaorg craving nak minum coffee..
lebih kurang 15 - 20minit berjalan sampailah di Insadong..Elehh..xde lah jauh sgt n susah nak cari tempat-tempat ni..(dah jumpa boleh lah nk berlagak..kekekek)..so kitaorg terus berjalan2 sambil cuci2 mata nak tgk barang2 cenderamata yang boleh dibeli utk family dan friends kat Malaysia..Syikin remind kitaorg untuk cari kedai yang Ju'a maksudkan..kata Ju'a dekat insadong ni ada satu kedai orang korea yang boleh cakap melayu, boleh tawar menawar n murah compare kedai-kedai lain. Jalan punya jalan jumpa lah kedai yang Ju'a maksudkan..so apa lagi..borong habis lah untuk semua..T-shirt  lebih kurang KRW 5000 kita dapat KRW4000, Magnet Fridge 10 pcs ada yg KRW 10,000 and ada KRW8,000. Pen, beg and macam-macamlah.so belikan tshirt utk along, kak wani and 3org budak kecik tu sepasang..ayah,angah, abg laziz, arip, nadia, adik n zam semua aku belikan tshirt..atuk aku belikan beg nak g yassin..mak je aku x belikan lg sebab xde taste dia kat sini..biasalah high taste kan madam aku tu..heheheh...tp aku dah planning nak belikan dia product muka berasaskan Ginseng..beg make up utk anis, sudu korea, magnet fridge n key chain utk kwn2 ofis, silat, uitm n kwn2 terdekat yg lain. Untuk Cikgu Mohd Noor n family pun aku ada belikan souvenir utk diaorg..(mereka adalah antara orang yang terpenting dalam hidup aku)

If pergi insadong dont forget
shopping di kedai dia..very nice
Pemandangan depan kedai yg
 kitaorg shopping
Hasil Shopping
Mencari jalan nak ke seoul cinema
Suasana di area Insadong..
medan bershopping!!
So after abis dekat beratus ribu KRW kitaorg diberi free gift oleh tuan punya kedai..senang lah nak bargain harga ngan dia..so now utk cenderamata utk org2 Malaysia dah settled..menyesal pulak tak bawa beg galas aku..sudahnya confirm kena bahan ngan ikin ler...so mengusung lah aku plastic beg yg color hitam mcm shopping kat pasar malam kan...heheheh...so kitaorg masih xpuas shopping n terus lah survey2 dekat semua kedai2 yg berhampiran...so next plan we all nak g tengok Teater Jump yang popular kar Korea ni..
hahaha..tak abis membelek lagi
Shopping2..survey2..
So kitaorang pun mula search macamana nak ke Seoul Cinema..tengah surfing, tgk2 peta ternampak lah pula sukarelawan..apa lagi kitaorg pun tnya lah kat minah2 yg cun ni..suka faiz cuci mata tgk awek2 yang comel..(takde pula sukarelawan lelaki yg hensem macam Lee Min Hoo..haishhh...) so conclusion kitaorg kena naik train nak ke sana..
so on going nak ke subway angguk ke Euljiro, Syikin singgah di kedai kosmetik Nature Republic sebab ada rakan yang kirim barang. Memula aku masuk lah juga kedai tu..tapi oleh sebab aku tak pakai product ni so aku kurang berminat sikit..pas2 aku kuar dari kedai kosmetic tu terdengar orang gelak2 n ada bunyi2 bising dari kedai sebelah..rupa2nya peniaga gula tarik itu melayan pelanggan sambil bercakap secara lucu untuk menari perhatian org ramai..
bila tengok bunting kat atas kedai tu baru tau yang diaorg ni antara attraction korea di atas ke petahan mereka bercakap sambil menjual gula tarik tu.. selalu gak masuk dalam television korea sebagai salah satu promosi..memang cute lah dia berckp..dengar diaorg berckp je orang akan stop and dengar diaorg mebebel2..tp memang kelakar lah...
Antara tarikan peniaga di insadong..cute gila..
Menguli guka tarik sambil membebel-bebel


so after this we continues our journey g tgk Teater JUMP!!jom jumping sesama..lalalalala











Tiada ulasan: