Cari Blog Ini

Selasa, 12 Mei 2015

We are Here!! Narita - Tokyo Disneyland

Transport kami utk 3hari shj
(Termasuk dlm Pakej)
Lebih kurang pkul 8.15am captain dah announce yang flight akan tiba awal 30 minit dari waktu yg dijangkakan dan suhu ada lah 13c..mak aii sejuk lah weii...tengok kat application weather kata dalam 17-19c je..tipu application ni.

Turun dari flight memang terasa angin dia sejuk and kitaorang memang serius tak tahan..nasib memang ada standby shawl yang tutup muka masa tidur tu..dari flight kami dibawa ke balai ketibaan dengan coach..memang selesa n cekap diaorg wat keje..org jepun ni memang cakap jepun je r..kita tak faham pun dia main cakap laju je..layan je..best gak dengar walau x faham sepatah haram..Weeeiii!!macam tak caya lah dah sampai negara Jepun!!Tetiba teringat ceta Heavens Coin's..1st drama Jepun yang aku follow masa tahun 1998..Tp tu kat Hokkaido.
Briefing

Abg sani ada pesan,kat narita airport ada wifi free..sampai dlm airport terus connect ngan wifi biar senang n contact dia..so bila ada internet connection,1st priority aku , of course lah whatsapps group family.. maklum kan mak,ayah n adik beradik yg aku dah selamat sampai..yelah,dgn tragedi macam-macam sekarang ni yang melibatkan kapal terbang so ku tak nak diaorg risau..

Welcome To Tokyo Disneyland
2nd check in  kt fb..hahaha..tu perkara yang wajib dalam dunia cyber..jangan cakap korang tak buat hokiess...procedure stamp passport tu macam biasalah..pastu imigresen dia tampal siap-siap visa 90hari untuk stay kat jepun n slip untuk redeem tax..for info gst kat japan adalah 8%. Dan aku ada dgr tak diaorg akan naik dlm 11%  dlm july 2015.. tinggi wei..malaysia yg baru 6% org dah dok merusuh bagai..kalau 11% abis keta semua takleh guna atas jalan sebab ramai yang baring atas jalan sebagai bantahan..

Lepas settled hal passport kitaorg nak kena scan bag pulak.. rupa-rupanyanya kena isi 1 borang declaration..if 1 family,1 form je..if not family kena isi sorang 1..so aku ni kan memang suka memandai macam aku pernah keje imigresen kat jepun aku cakap tak yah isi ramai-ramai..kita isi 1 je..kitakan semua family..hmmm.. Confident tak aku..hahaha.. Alynn ko hengat ni kat Malaysia kerr???

So dengan penuh keyakinan, (walaupun tau yg nak wat tu benda salah) terus je kitaorg g scan bag..pastu pegawai tu tanya "family??" aku jawab "yes we are family" ada pegawai dia sorang lagi dtg..haaa!!family??mmg aku tak faham sepatah haram dia ckp walaupun dia cakap kuat kat depan aku ni hah.. tp aku bleh agak kemusykilan dia sebab muka kitaorg tak sama..aku punya poyo konon-konon faham dia cakap aku jawab r "we are cousin..cousin trip"..terus diaorg "owhhh!!!cousin!!!welcome to japan!!"meriah suara diaorg ni ...ntah dia kutuk aku n kawan-kawan aku pun tak tau r..layan je...yg kitaorg pun mcm poyo-poyo faham gelak sekali r..semua kaunter tgk kitaorg meriah semacam..masing-masing bateri dah cas penuh..cuba malam tadi..tak larat nak layan dah.. yang penting lepas ayam masak merah frozen fieza..hahahah...walaupun menipu apa yang penting confident level kena tinggi n jangan takut-takut..buat mcm faham je..part mcm ni mmg serah kat aku ler..hahah..abis semua aku langgar..pastu kalau dah salah wat muka x bersalah..

Keluar dari arrival hall,abg sani dah tersengih tgk kitaorg..pastu tgk luggage kitaorg lagi dia geleng kepala.. korang nak dok bapa lama kt jepun ni.. hehehe.. sengih je r..yg kawan-kawan aku 1st time nampak abg sani agak terkejut gak..sebab muka dia garang macam samurai jepun tambah ngan janggut dia yg panjang..nasib aku sempat jumpa dia masa dia blk malaysia bulan 3 aritu..

So kitaorg bersih-bersih kan diri dulu..salin baju..lepas tu abg sani brief kitaorg sikit..untuk g disneyland makanan luar memang tak dibenarkan bawa..tapi dalam tu makanan halal susah n mahal..so mana makanan yg kita bawa dr malaysia n nak bawa masuk disneyland masuk dlm beg n letak kat bawah2 n cover ngan baju..jgn sampai dia nampak sebb dia akan spotcheck beg..Bang sani cakap diaorg ni poyo je..ngada-ngada lebih..hahaha..layan je dia punya brutal..pas2 kitaorg diberi 1 pocket wifi..unlimited..so kitaorg bleh on9 dimana sahaja..mudah kan..

Utk kami yg seramai 6org n termasuk abg sani as a tour guide n driver,abg sani sewa sebuah alphad utk kegunaan kitaorg bg 3hari..perjalanan dr narita ke disneyland hampir 1hour..abg sani gelakkan kitaorg bila kitaorg ckp sejuk..dia siap buka tingkap n bgtau mana ada sejuk biasa2 je..

Bagi harga tiket entrance Disneyland 6,900yen = RM210.00..Disneyland ni pada aku biasa2 je..sapa yg ada anak kecil mmg berbaloi lah ke situ..kitaorg yg besar2 ni rasa xde apa yg menarik sgt..tapi yang menariknya orang-orang jepun ni memang suka pakai uniform kerja, uniform sekolah or baju yang sama corak dengan kawan-kawan dan suka berfesyen pelik serta mereka suka pakai sedondon.. so korang jangan terkejut lah ada yang g masuk haunted mansion, naik roller coaster dlm gua gelap yg cuma nampak bulan bintang je pakai blazer mcm managing director, orang marketing tgh mengular g taman tema..hehehe..lepas tu kita kat Malaysia ni dah terbiasa dgn monopod..masa kat sana aku pun amik lah video & gambar guna monopod, ada penjaga kat situ suruh simpan ni..dia ckp "hp ok, monopod cannot"jenuh gak aku nak fahamkan apa yg dia ni ckp..kena dgr betul2 baru faham..pastu dia tunggu kita simpan dlm beg baru dia beredar..dia nak bantu aku pegangkan beg, cepat2 aku x bagi.. nanti kantoi wei bawa makanan..hahaha..

Ada 1 kejadian, tgh kitaorg ni beratur nak naik outerspace games ni, adalah sekumpulan student perempuan depan kitaorg..diaorg mmg pakai uniform sekolah (Kalau kat malaysia dah kena tangkap ngan cikgu disiplin dah..anggap jelah diaorg ada lawatan sambil belajar..hihihi) sambil diaorg selfie, wefie dr bahasa tubuh diaorg aku & faiz faham diaorg nak minta tolong aku amikkan gambar utk mereka..tapi mcm tgh bincang-bincang nk mnta tolong mcmana..i guess dia tak pandai english..so kita org Malaysia yang memang terkenal dgn sikap suka membantu, aku tawarkan amik gambar diaorg..so diaorg mcm excited sebab diaorg ingat aku tau bahasa jepun..start lah pung pang bahasa jepun ngan aku..aku boleh agak apa yang budak-budak ni cakap ngan aku "awk tau bahasa jepun ke?awk faham lah apa yang kitaorg ckp" aku cuma geleng kepala ckp i dont know. tp serius diaorg punya excited n mcm terkejut.. hmm..ni mesti ada ngumpat aku dlm bahasa dia lah tu tadi..heheheeh.

Kitaorg janji jumpa abg sani kat disneyland pkul 6.tp pkul 5.30 kitaorg dah kuar dah sebb dah hujan n sejuk sgt2..nasib kitaorg mmg ada standby baju sejuk..syida je kesian..sebb cuma bawa shawl je..sebelum g umah sewa,abg sani bawa kitaorg g tempt souvernier yg besar kt disneyland tu..tp harga dia mmg mahal..so aku just tgk2 je x beli apapun..So masing2 dah sejuk,dah kna hujan so betterlah kita g check in dulu kat Wakaba 3-8-1 Shinjyuku-ku Tokyo Japan.














Tiada ulasan: