Cari Blog Ini

Rabu, 13 Mei 2015

JAPAN TRIP ~ B&B Pension Hakone (23rd April 2015)

Lobby for check in
Single room
B & B Pension Hakone terletak di 250-0407 Kanagawa , Hakone, Ninotaira 1297, Japan. Memang dekat atas bukit dan sejuk.. Sebelum sampai ke hotel Abg Sani dah bagitau dekat atas nanti memang dah takde kedai makanan halal. So kita singgah 1 kedai macam seven eleven utk beli air. Makanan yg kitaorg bekal rasa masih ada lg n cukup utk mlm ni. Maggie in cup, bubur nasi instant dan juga roti.Sempat jugalah membelek majalah kat situ..Majalah memang no censored jadi baik kita letak balik..hehehehe.. 
Sepanjang perjalanan menuju ke hotel, kitaorang ada nampak ada banyak juga kedai kereta sewa. Abg Sani bagitau, kereta-kereta yg ada kat situ ada kereta yg sesuai utk drift termasuk AE86. (Aku ni mmg sengal sikit dalam hal keta aku yekan jelah..hehehe)

Sampai kat hotel, segala urusan check in aku settledkan. Total bagi 7 bilik 21,000 yen @ RM800 tak termasuk lg cukai 150 yen seorang. Kenapa aku tak amik semua bilik twin sharing? Kalau bilik single sorang dalam RM114. Kalau bilik twin sharing 1bilik RM270. kalau bagi 2 pun still lagi RM135. belum tambah lg 150 yen(dalam RM 8) cukai kawasan tu. 

Dekat kawasan hotel ni memang banyak vending machine. Cakap apa nak semua ada.Towel, sabun, coklat, shampoo semua complete..memang berderet-deret machine dia..mesit urut kaki pun ada. Tiada toiletries di sediakan dibilik.semua sendirian berhad.

Bilik kitaorg kat tingkat tiga. Bilik Abang Sani n Faiz dekat tingkat 3 juga tapi wing lain. Sebab diorang aku amikkan bilik yg smoking area. Bilik tido kitaorg memang cuma ada basic je lah. Katil, tv & aircond... Di level ni cuma ada bilik, toilet, tempat cuci muka dan gosok gigi serta pantry utk amik air panas n microwave.

Disebabkan kitaorg x mandi pagi td, kononnye nk lah g mandi..bilik mandi ada di tingkat bawah n public bath area..cuma asing lelaki pompuan je..

Nama pun negara org,culture pun tak sama..dalam bilik mandi tu tak dibenarkan memakai sebarang cover utk mandi.. Faktor kebersihan katanya...hadoiii.. akak ni mmg jenis bleh adapt tapi bila suruh naked mmg idok lerrrr... kitaorg memang tak mandi lerrr arini gamak nye...nasib baik negara sejuk.. Takdelah rasa tak selesa..Nyaman je..hihihi.. Masuk bilik persalinan je dah macam² jenis boleh nampak.. Yang tua muda, serabut semua ada..aduiii..free show je arini...memang keluar balik r dari bilik persalinan tu..baik aku massage guna mesin² kat situ sambil tgk² vendin machine yg berlambak tu..Ingat kitaorg je yg tak jadi mandi..Firdaus pun sama tak jadi mandi..atas faktor yang sama macam kitaorg juga..heee..
so mlm tu kitaorg dinner kat bilik farah..kitaorg berenam kumpul ramai² wat maggi..pas² ada lah additional instant bubur n roti..syukurlah apa yg ada kan..Alhamdulillah...rezeki..
so rest time sebelum blk ke tokyo naik shinkasen esk..
Ruang Menunggu
Our breakfast!!Sedap wei roti-roti ni..
Breakfast Area
Deretan Vending Machine
Deretan Vending Machine

Deretan Vending Machine
Ruang untuk mencuci muka
dan gosok gigi
Pantry

Area bilik..bersihkan
Ruang mandi


Catat Ulasan