Cari Blog Ini

Isnin, 10 Mac 2014

PRAY FOR MH370..


Crew MH370
Pagi sabtu yang hening...sampai je di ofis lebih kurang jam 8.45pagi ada 1 whatsapps message dari group Hotel Selesa JB..Kak siti hantar message mengenai kehilangan 1 pesawat yg secara tiba-tiba tak dapat di kesan dari radar..aku ingatkan benda ni main-main..sebab ada sekali time aku keluar ngan art (saat2 bahagia dulu kan...hahaha) dulu ada dapat gak mesage mcm ni tp dia ckp air asia..bila buka rupa2 nya patung kapal terbang air asia pas2 di pakaikan belon panas..teruk aku kena bahan n gelak ngan pakcik tu..so bila dapat message mcm ni dari kak siti, so aku ingat benda ni pun adalah 1 gurauan..lepas tu bila buka link dari astro awani rupa-rupa nya berita tu adalah betul..SubhanAllah..
Situasi di Beijing
Selepas pihak MAS pun mengesahkan berita tu betul, aku pun terus google tentang kes ini.. BENAR.. pesawat ini di katakan hilang secara tiba-tiba dalam radar Malaysia..lebih mengejutkan lagi relative member aku khairul ada 3orang dalam flight tu..semoga diaorg selamat...sedih kan...
Rintihan seorang anak

Capten Zahari & Fariq
Hope for the miracle
Jika ikut kronologi, pesawat MAS MH370 berlepas dari KLIA pada jam 12.41am 8hb Mac 2014. Pesawat tu membawa seramai 239 orang penumpang termasuk 2 orang bayi, dan 12orang anak kapal. Jam 2.40pagi sewaktu pesawat berada di ruang udara vietnam pusat kawalan udara subang terputus hubungan dan mereka menghubungi pusat kawalan udara ho chi min untuk mengesan pesawat tersebut. Namun begitu, pusat kawalan udara ho chi min juga gagal menghubungi pesawat tersebut dan menyerah kan semula kepada pusat kawalan udara subang.
Penerbangan yang sepatutnya tiba di beijing jam 6.40 pagi masih tidak dapat dikesan..Kebimbangan semakin melanda di dalam hati pegawai2 MAS yang masih mencuba pelbagai alternatif untuk mengesan radar pesawat MH370 namun masih menemui jalan buntu. dan pada kurang jan 7.30 - 8.30 pagi pihak MAS mengumumkan kgagalan mereka mengesan pesawat MH370.
Ibu kepada Sofuan 
Terdapat pelbagai spekulasi yang muncul..yang paling aku tak boleh terima bila ada mengaitkan tragedi ini dengan politik..sebab sehari sebelum kejadian ini, si "DIA" tu kena hukuman penjara 5 tahun..so ada pihak yang sengal spin ckp ini konspirasi gov. apa ke gila orang2 ni??ini melibatkan nyawa k..tak baik wat spekulasi mcm ni..kesian pada ahli keluarga mangsa..apa perasaan mereka bila baca kejadian ini di perkotak katikkan..
Selain itu, ramai yang cuba menjadi keyboard warrior..cuba menyampaikan berita tanpa mengambil tahu kesahihan sumber yg di terima..pelbagai andaian dan kebarangkalian yang dibincangkan kerana pesawat tersebut hilang secara tiba-tiba tanpa ada sebarang tanda..
Jika pesawat itu rosak, pihak kawalan udara tidak menerima langsung isyarat dari kapten..dan jika di hijack (sebab ada 2 individu di kenal pasti menggunakan pasport curi) pun mereka boleh  berhubung dengan pihak kawalan udara.. ada 1 lagi kemungkinan adalah kapal tu meletup di udara secara tiba2..tp tak de lansung petunjuk..boeing 777-200 kot..bukan kecik2 pesawat..if meletup mesti ada kesan asap di udara tp tak tau lah sebab gelap kan..
bermacam2 mereka menyimpulkan..namun selagi kapal tak di temui selagi tu kita masih ada harapan walaupun senipis kulit bawang.. ada juga yang mengatakan adakah kebarangkalian kejadian pesawat sandiego yang hilang tahun 1945 dan tiba2 muncul dan mendarat di brazil selepas 35tahun..kuasa ALLAH siapa tahu kan..
apa2 pun kita doakan agar pesawat MH370 dapat dijumpai.. Amin..Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada negara2 yang menghulurkan bantuan bagi misi mencari & menyelamat MH370..
#prayformh370


TERIMA KASIH SEMUA!!

Tiada ulasan: