Cari Blog Ini

Jumaat, 19 September 2014

TRIP KOREA (DAY 2) ~ NAMSAGOL HANOK VILLAGE

Our next destination is Namsagol Hanok Village..dari KBS world tadi kitaorg berpatah balik menuju ke subway terdekat..untuk ke Namsagol Hanok Village kita perlu naik train Line 3, turun di Chungmuro Station keluar melalui lorong exit 3.
Sampai sahaja di station tu cuaca di situ hujan renyai-renyai. nasib baik syikin ada standby baju hujan RM2.00 untuk kitaorg semua..
Jalan menuju ke Namsagol tu menaiki bukit (korea ni dah memang sah berbukit bukau..heehehe)..walaupun hujan, permandangan seperti sungai & tasik kecil sangat dijaga rapi oleh mereka yg di pertanggungjawabkan.Susunan batu di tepi-tepi tasik yang masih mengekalkan ciri-ciri traditional masyarakat korea seperti di zaman Joseon.
For the info, menurut research aku sebelum ke sini, Namsagol Hanok village ni merupakan salah satu lokasi utama bagi pengambaran filem atau drama korea yang berlatar belakangkan zaman dulu mereka especially zaman pemerintahan kerajaan Joseon. Aku rasa zaman Joseon tu macam zaman kegemilangan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka kot.. tapi aku tak sure lah sebab aku tak pernah buat kajian untuk subject matter yang ni walaupun aku minat dengan sejarah ni..hehehehe...

Nak di jadikan cerita, kitaorang ni terlepas pandang yang Namsagol Hanok Village ni ditutup pada setiap hari selasa..so rugi sikit lah sebab tak dapat jalan-jalan kat dalam kawasan Namsagol Hanok Village tu..hmm..so juz jalan2 amik gambar kat kawasan luar-luar je lah..tapi yg pelik nya orang-orang kat situ pandang kami bertiga dengan muka lucu..maybe diaorg pelik ngan baju hujan kitaorg kot..ke diaorg berkenan ngan baju hujan kitaorg ni??hahahah...nanti last day kitaorg kat korea ni kitaorg bagi ea baju kitaorg kat korang...lalallaalal....

Dari Namsagol ni kitaorg tengok Namsan Tower tu macam dekat je..we all take a break dekat kedai coffee Holly's Cafe..Kedai coffee franchise ni yang di gunakan dalam drama Roof Top Prince..sambil-sambil planning destinasi seterusnya, kitaorg minum coffee yang sememangnya superb kat korea ni..antara yg kitaorg minum Coffee Strawberry, Coffee Blueberry.. Wafer diaorg pun sedap gak walaupun hanya yakin makan wafer original sahaja..so we are ready to our next destination...Jom Pergi!!!

Tiada ulasan: