Cari Blog Ini

Ahad, 23 Oktober 2011

Andai aku tulang rusukmu yang hilang...

Andainya aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang,
Aku amat berharap
Jika Allah mempertemukan kita nanti,
Kau akan menjadi pembimbing ku,
Membimbingku menjadi seorang wanita yang solehah,
Yang nanti akan menjadi bidadarimu di Syurga,
Kerana aku ingin kita disatukan di dunia & akhirat.

Andai ditakdirkan kau menjadi ayah kepada anak yang keluar dari rahim ku,
Kau jadilah seorang ayah yang boleh mendidik anak kita,
Agar mereka akan menjadi anak kebanggaan kita di dunia & akhirat
Iaitu menjadi anak yang soleh & solehah,
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah...

Andai engkau telah ditakdirkan buat diriku,
Ku berharap kau boleh menjadi iman buat ku serta anak-anak ku,
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dlm dalam melayari bahtera kita berdua,
Kau boleh mencintai aku apa adanya,
Dan boleh menguruskan kekurangan ku dengan penuh kebijaksanaan...

Dan andai aku yg salah,
Kau tegurlah aku dengan kata-kata mu yang penuh kelembutan dan kebijaksanaan,
Andainya aku marah
Kau belailah rambutkun dengan penuh dengan rasa kasih dan sayang nu,
Agar marah ku bertukar menjadi kelembutan
Andainya aku terlupa,
Ingatkan aku dengan penuh kasih sayang mu

Kerana ....
Aku mengharapkan imam yang baik dalam rumahtanggaku
yang dapat membawa aku ke jalan yang diredhai,
Jalan yang menuju ke Syurga bersama dirimu
Buat bakal imam ku...Insya Allah...
Image Detail

Tiada ulasan: