Cari Blog Ini

Isnin, 23 Mei 2011

Pantun Seruan Khas Kepada Muda-mudi

Acap-acap di tepi laut,
Buaya ganas melintang kuala,
Sebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.

Anak Cina bermain gasing,
Mari bermain di kota raja,
Bangsa Melayu tidak terpusing,
Kerana setia kepada negara.

Tanah Melaka tanah pusaka,
Tempat lahir panglima negara,
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu mempertahankan negara.

Tanah Melaka tanah purba,
Tempat berbagai aneka sejarah,
Kalau kata sudah dikota,
Pantang Melayu menyerah kalah

Petikan dari : http://silatgayong.org/silat-gayong/pantun-perguruan-silat-gayong

Tiada ulasan: