Cari Blog Ini

Rabu, 31 Oktober 2012

Apa yang wanita perlukan?? what women needed??

Apa yang wanita perlukan??
diz idea come out bila aku dengar Single terbaru dari KRU ~ Wanita di Hot fm semalam..tgh on the way nak wat sales kat kulai so dgr2 radio..and tetiba kluar lagu ni..before ni mmg aku ada dengar KRU ada kluar lagu baru and im always waiting their new song..becoz their lirik dlm lagu2 diaorg very catchy n mempunyai maksud yang sangat2 tersirat..dulu masa beli kaset / cd diaorg ni 1st thing aku wat aku xkan dengar lagu diaorg dulu but aku akan tgk lirik2 lagu diaorg..mmg superb..(setakat ni cuma KRU & Faizal tahir je aku beli CD kot..huhuhu)

As a women..we all xde required nak lebih-lebih especially if tau lelaki yang kita sayang n cinta tu tak mampu  if kita minta yang bukan-bukan.Sebab kasih sayang ni bukannya terletak pada harta (but harta perlukan.. mana bleh hidup xde duitkan...tp jangan melampau sgt..) Percaya atau tidak setiap wanita sanggup berkorban apa saja untuk lelaki yang dia sayangi..sebab tu kadang-kadang ada lelaki yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita..walau seteruk mana lelaki itu lakukan terhadap wanita itu, mereka masih sanggup bersama lelaki itu kerana kasih sayang n hati wanita yang lembut (walaupun kadang2 luaran nampak ganas..) Memang ada yang akan berkata wanita itu bodoh bila dah ditinggalkan tanpa sebarang alasan dan mereka terima lelaki itu semula, bila yang dah kena pukul sampai luka2 muka pecah sanggup lagi maafkan bila si lelaki tu merayu minta maaf..tapi tu lah perempuan..masa kena memang berjanji pada diri sendiri takkan kembali lagi tp bila kena pujuk sikit..hmmm...cair...sebabnya satu je..kasih sayang seorang perempuan terhadap seorang lelaki sukar untuk dibuang sekelip mata and hati pompuan ni sgt lembut..

Back to the story of the song...

lagu wanita nyanyian KRU ni tengok lirik dia sangat2 simple..tapi mempunyai maksud yang mendalam.

Di sebalik semua lelaki di dunia, pastinya didukung seorang wanita, 
dia berkorban untuk memberi yang termampu, Demi insan yang disanjung dalam hidup

Kata-kata pujangga ni kita selalu dengar.Setiap kejayaan lelaki pasti ada seorang wanita dibelakangnya. Mungkin wanita dibelakangnya ada lah ibu, nenek, teman wanita, isteri or anak-anak..semua berkemungkinan..seorang wanita yang bergelar ibu, nenek, isteri atau teman wanita sanggup memberi bantuan yang selagi mereka termampu.tidak sedikitpun kita akan mendengar keluhan atau rungutan untuk memberi yang terbaik kepada lelaki yang mereka sayangi.

Tatangkan hatinya bagai permata, Luangkan masa untuk bersama, 
Bilang padanya kau sayangkan dia, sepenuh jiwamu
Tenangkan hatinya bila resah, Setia di dalam ceria dan gundah,
Itulah saja balasan di minta, Seorang wanita

Seorang wanita hanya perlukan seorang teman untuk berkongsi rasa dan menjaganya..walaupun seorang wanita itu berkerjaya dan menjadi seorang yang penting di dalam dunia korporat, mempunyai ramai teman di sekelilingnya dia tetap memerlukan seorang lelaki yang dapat berkongsi cerita sedih, gembira, dan apa jua situasi. Sesibuk mana seorang wanita itu dia tetap akan cuba mencari ruang untuk menghubungi orang yang dia sayangi untuk bertanya khabar ataupun hanya mengucapkan selamat pagi.. Ini tidak bermakna lelaki itu perlu ada 24jam bersama wanita tersebut tapi cukup lah dengan menjawab sms atau melayan walaupun sebentar dengan ikhlas. Itu sudah cukup dan memadai bagi seorang wanita..Mereka bukan perlu dilonggokkan harta yang bertimbun di depan mata, kerana wanita hari ini mampu mencari harta sendiri..apa yang mereka perlukan adalah kasih sayang dan perhatian dari seorang yg bergelar lelaki.

Senyumannya mampu mengubati pilu, Ketika dunia tak kelihatan indah,
Wajahnya yang ayu menenangkan kalbu, Jangan kau hampakan cintanya yang tulus,
Itulah dia seperti dia yang menyelimutmu, Itulah saja balasan yang diminta
seorang wanita..

Benarkan??senyuman wanita mampu mengubati kesedihan..ketika seseorang dalam kesusahan atau kesedihan dengan siapa mereka akan kongsi kesedihan mereka??pasti seorang yang begelar wanita..Percayalah walau pun seorang lelaki itu membuat seorang wanita itu menangis berkali-kali, dia masih mampu menerima lelaki itu kembali. Dan sekiranya perpisahan terjadi wanita itu tetap akan mendoakan kebahagiaan orang yang dia sayangi walaupun dia sendiri terpaksa meniupkan semangat utk diri sendiri. Dia tetap akan berpura ceria di hadapan orang untuk membuktikan dia tabah dan redha dengan apa yang terjadi walau pun bila dia berseorangan dia akan menangis merindui orang yang dia sayangi.

Oleh yang demikian hargailah hati seorang wanita..kerana hati wanita sebenarnya amat mudah untuk dijaga. Kerana mereka amat mudah berpuas hati walaupun mulut nya kadang-kadang agak bising tetapi sebenarnya dia amat mengambil berat pada orang yang dia sayangi..

So bagi lelaki-lelaki di luar sana especially previous my Mr A,B,C,D until Z..(hahahah..mcm ramai je..meh semua beratur bertiga-tiga untuk kawad cam..hikhikhik..) hayati lirik lagu ni..dengar lagu ini dengan hati bukan setakat hanya dengar sahaja..tp gali cerita dalam lagu ni.. 

**dlm clip video ni lagu ni Trio adik beradik ni sampaikan lagu untuk wanita terhebat mereka Puan Zarina Fenner**






**Love me with fully respect our love**




Catat Ulasan