Cari Blog Ini

Isnin, 10 Oktober 2016

Hari Sukan Negara JB 2016



Supper di Restoran SinggahSelalu
Assalam semua!!!

1st time aku terlibat secara lansung dalam Hari Sukan Negara daerah Johor Bahru..
Tu pun sebab Cik Nor Akmal minta aku join n assist apa yang patut..
Biasanya aku akan cuba elak sebab tak nak terikat tapi kali ni aku join lah..saje cari pengalaman..

Hasil nya.....

Jeng...jeng...jeng.....

kita tulis secara ringkas je lah ea...

1) HSNJB 2016 ~ Jabatan Belia Sukan Daerah JB melantik Persatuan Belia Bintang Selatan Johor Bahru dengan kerjasama Kelab Rekreasi Johor (KERIS) untuk melaksanakan Karnival HSNJB selama TIGA hari ~ 7hb - 9hb Oktober 2016

2) Mesyuarat pertama diantara PBBSJB dan Keris pada 26hb Ogos 2016 jam 3.00pm.
(Aku ingat sebab time ni aku outstation kat melaka start 21hb ogos 2016. Gerak dari melaka jam 12.00tengahari..nasib baik jalan tak jem dan nyaman je.Jadi sempat sampai)

Misi mencari vendor
3) Lantikan awal Jawatan kuasa program Pengerusi adalah En Najib dan secara automatik Cikm Nor adalah penasihat. Akan tetapi ada sebab taktikal menyebabkan Cik nor mengambil alih urusan pengerusi.

4) T-shirt limited edition yang dihasilkan mengambil masa hampir 7 jam untuk menyiapkan artwork.  Credit to Cik Ifa Syaiful bagi design yang amat kreatif dan  "WOW"

5) Color Fun Run di tukar ke fun run sahaja setelah penganjur mengambil kira faktor kebersihan. Sebab tu tiada serbuk pewarna di berikan kepada peserta.

Proposal for Sponsorship
6) Vendor yang ditetapkan adalah vendor yang berkaitan dengan kesihatan, rekreasi dan kesukanan sahaja. Bagi syarikat besar tempoh sebulan tidak cukup untuk mereka membuat proposal untuk pihak atasan. Memang pada mulanya memberi sedikit kebimbangan pada pihak urusetia. Namun dapat diselesaikan dengan jayanya.

Tn Hj Hasni Hashim ~
Managing Director
Hotel Selesa Johor Bahru
7) redONE Network Sdn Bhd adalah penaja rasmi bagi HSNJB 2016. Oleh kerana redONE terikat dengan beberapa prosedur jawapan persetujuan dari redONE di terima lebih kurang seminggu sebelum majlis Sidang Media

8) Cadangan awal ~ Hotel yang berhampiran dengan dataran akan menjadi penaja penginapan untuk sekretariat. Namun di sebabkan kos yang agak tinggi bagi sidang media kami terus bertukar di Hotel Selesa Johor Bahru sebagai Hotel rasmi kami.

9) Majlis Makan Malam Muafakat Belia Johor Bahru sepatutnya diadakan pada hari terakhir program (9hb October 2016) Setelah berbincang selain kesuntukkan masa, penganjur penangguhkan dulu dan di tukar ke Konset Muafkat Belia.

10) Antara artist yang di dalam listing untuk menyanyi pada Konsert Hari Sukan Negara Daerah Johor Bahru ialah Faizal Tahir, Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Angah Raja Lawak, Ippo Hafiz, Ainan Tasneem, Zamani Slam & beberapa artis lain. Akhir tiga artis yang menyerikan KONSERT MUAFAKAT BELIA ialah Iman Heart, Ainan Tasneem & Zamani..(Dam!! i wish Faizal tahir!!takpe..takpe..simpan dulu..nnti kita wat lagi..)


Ermmm..macam-macam lagilah cerita sebenarnya ada..tapi ada yang tak boleh di enclosed kat sini..sebab private.. apa-apa pun kami enjoy dengan aktiviti kami.. and uols tau tak, lepas je zamani nyanyi lagu last dia malam tu terasa semua beban kami lepas!!!rasa settled semunya..syukurr...

Tq pada semua yang menjayakan program ini.. Rania Optik, Zumba Tea, Zafina, Lanun Johor, PSJ, Neo Johor, redONE Network, Nissan, MBJB, Jabatan Belia Sukan, dan semua yang terlibat secara lansung atau tidak..

Hope korang tak serik ajak kita join xtvt lagi walau kekadang bila mood swing garang mcm mak tiri zaman bawang merah bawang putih..(sampai pakistan yang jual aiskrim pun akak kejar sebb jual aiskrim tanpa izin~2nd day dia try masuk nampak akak ada terus x berani masuk)



PERBINCANGAN


bersama Cik Setiausaha


Bila nak wat event
ginilah berselirat semua wayar


Meeting di YCenter
Bila CEO kena lipat surat







PRESS CONFERENCE



press conference







AKTIVITI









Peserta bolasepak anjuran
HMFC 




Kaunter SPR

Peserta yang terlibat untuk
majlis perasmian

     




CREW 


Crew semua dah senget

Crew with Sponsorship


Tiada ulasan: