Cari Blog Ini

Rabu, 21 Disember 2011

nasihat dr brother Jai

is was a good article to read.


blog Brader Jai: Nasihat Brader Jai kepada Adam Adli: Nasihat daripada Brader Jai kepada Adam Adli.

Salam..Malaysia dikejutkan dengan 'keberanian' seorang insan bernama Adam Adli menurunkan gambar DS Najib di PWTC

Ramai marah,Brader Jai tahu

Namun perkara ini Brader Jai kira sebagai simbolik kepada keinginan anak-anak muda ini untuk 'menurunkan' kerajaan  Barisan Nasional pada PRU akan datang

Namun harus kita ingat bahawa

Bukan semua mahasiswa dan anak muda mahu kerajaan Barisan Nasional digantikan dengan Pakatan Rakyat pada PRU akan datang

Dan masih ramai lagi melihat perkara ini sebagai satu tindakan biadap kepada seorang insan yang memerintah negara

Dan masih ramai tak tahu bahawa nk memerintah negara ini bukan perkara yang mudah.Semudah mulut berkata

Mulut memang mudah melafazkan kata-kata keadilan,keadilan dan keadilan

Namun

Adam Adli

Anda juga seorang ketua dalam satu gerakan

Anda tahu kepayahan menguruskan sesuatu organisasi

Begitu juga orang lain

Adakah anda pernah mengambil pendekatan untuk menyelami sendiri kehidupan DS Najib?

Jadilah mahasiswa yang adil

Jika anda mudah berdampingan dengan pemimpin pakatan rakyat

Cuba ambil masa sekali dalam sehari untuk mendekati DS Najib

Tak lama

Cuma sehari...

Utarakan persoalan-persoalan yang selama ini

Bermain difikiran anda

Kemudian buatlah keputusan

Sekurang-kurangnya saudara telah mendengar daripada kedua-dua pihak

Jangan rasa terlalu tinggi diri saudara

Jika meminta maaf dengan DS Najib ini sebagai satu langkah terbaik,buatlah

Brader Jai tahu ramai yang marah

Namun jika saudara meminta maaf,Brader Jai yakin ramai yang akan memaafkan

Melayu mudah memaafkan

Dan Melayu mudah lupa

Dan jika mereka memaafkan..

Janganlah ulang kembali perkara yang sama

Adab perlu dijaga

Ingatlah saudara prinsip rukun negara

Percaya kepada Tuhan

Kesetiaan kepada raja dan negara

Keluhuran perlembagaan

Kedaulatan undang-undang

Kesopanan dan kesusilaan


Saudara juga mewakili Legasi Mahasiswa Progresif

Salurkanlah keprogresifan anda

Sebaik-baiknya

Brader tahu

Ramai akan menempelak

Dengan kenyataan Brader,jika yang menyokong

Terima kasih

Anak muda perlu bangkit

Ya

Memang bangkit

Bangkit biarlah positif

Bangkit biarlah membantu

Bangkit biarlah tidak partisan

Supaya UMNO,PKR,DAP,PAS

Gentar akan kuasa mahasiswa

Sebagai suara mahasiswa

Bukan tunggangan mana-mana parti politik

Itupun kalau saudara setuju

Tak setuju tak mengapalah

Brader Jai dah menyampaikan apa yang Brader Jai rasa

Brader Jai pun anak muda

Brader Jai mahu anak-anak muda macam kita

Membantu membangunkan negara

Brader Jai prefer

Jadilah juara kepada masyarakat

Bukan sekadar politik

Berapa ramai masyarakat-masyarakat luar desa yang perlu kita lawati?

Berapa ramai masyarakat luar desa yang menunggu kita untuk mendekati mereka

Mungkin sahaja tindakan ini tidak begitu popular seperti tindakan saudara menurunkan gambar pemimpin

Dan mungkin sahaja mendekati masyarakat luar bandar tidak mampu membuatkan anda mempunyai 5000 fan page

Saya percaya anda tidak sepopular itu jika membuat perkara berkenaan

Namun biarlah anda pergi dikawasan-kawasan ulu Pahang,anda disayangi masyarakat di sana

Biarlah anda pergi di kawasan-kawasan di ulu Selangor,anda disayangi oleh masyarakat di sana

Dan dimana-manapun

Kerana anda bakal pendidik

Anda akan kembali kepada masyarakat

Berjasa kepada masyarakat

Begitulah saudara

Dan kepada bloggers-blogger Pro Kerajaan

Brader bukan sapa2

Namun jika anda semua terus menghentam dan mengaitkan nama organisasi seperti UPSI

Kerana ini mungkin sahaja satu perangkap oleh pihak pembangkang

Bagi memanipulasikan pemikiran mahasiswa

Positiflah.Bagi moral support kepada mahasiswa-mahasiswa UPSI yang lain

Yang tidak  tahu menahu pun

Namun terpalit sama

Dan kepada pihak yang membalas keburukan dengan keburukan

Itu adalah dendam

Gunakan akal sebaiknya

Kerana pembangkang sedia maklum akan memanipulasi perkara ini

Anda sepatutnya lebih arif akan permainan ini

Begitulah semua

Selamat malam...Salam


**nasihat yang bagus...very cool..**

Tiada ulasan: