Cari Blog Ini

Jumaat, 16 Januari 2009

The Prince Who Turns into a Frog

The Prince Who Turns into a Frog.Drama Taiwan yang menduduki rating yang kedua tertinggi selepas Fated to love @ You're My Destiny. Selain Pelakon yang hensem n cun (183 Club & 7flowers) lagu-lagu dalam drama ni pun best such as Zhen Ai, Bye Boy, Mi hun ji , Not brave enough.

Drama Taiwan yang memecahkan rating drama Meteor Garden ini berkisarkan mengenai seorang gadis yang bernama Ye Tian Yu. Dia seorg gadis yang lasak, kasar, suka menipu dan bermata duitan. Tetapi dia seorang yang comel, bertanggungjawab dan bercita-cita tinggi.


Ye Tian Yu berkenalan dengan Xu Zi Qian secara kebetulan di Senwell kerana terdapat masalah di antara Pengurus Hotel Guai Mei Dan Pengurus Besar Senwell, San Jun hao. Tian Yu ada meminta bantuan Zi Qian untuk berpura bercinta dengan nya untuk menghadiri party teman nya kerana tidak mahu di malukan seperti yang terjadi sewaktu zaman sekolah nya. Namun Zi Qian menolak dengan baik dan hubungan antara mereka berdua tetap rapat


Xu Zi Qian yang dilakonkan oleh Sam Wong (183Club @ 5566) seorang yang kehilangan kasih sayang keluarga sejak kecil. Ayahnya adalah salah seorang rakan kongsi Senwel telah mati dalam satu letupan di rumahnya dan ibunya lumpuh seluruh badan akibat perkara yang sama. Zi Qian meminati Yun Xi sejak kecil terpaksa memendam perasaan kerana Yun Xi telah ditunang kan dengan Shan Jun Hao sejak kecil lagi.Namun kehilangan Shan Jun Hao pada hari pertunangan nya memberi sinar baru dalam perhubungan Yun Xi dan Zi Qian.


San Jun Hao yang dilakonkan oleh Ming Dao adalah pengurus Besar Senwell seorang yang angkuh, sombong, dan terlalu percaya pada diri sendiri dan mempunyai pembantu yang setia iaitu Dang Wei.. Tindakan nya terlalu tegas berbanding dengan Zi Qian menimbulkan perasaan tidak senang di antara pekerja dan Board of Director.Dia berkenalan dengan Ye Tian Yu secara tidak sengaja.Pada hari pertunangannya dengan Yun Xi, dia terlibat dengan satu kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan. Dia di selamatkan oleh Ye Tian Yu dan Keluarga yang secara kebetulan melalui jalan tersebut. sepanjang tempoh ditu, dia dijaga oleh keluarga Ye Tian Yu dan ianya menimbulkan perasaan cinta antara Y Tian Yu dan Jun Hao.


Walaupun Tian Yu ada berjumpa dengan Jun Hao beberapa kali sebelum ini, dia tidak mengetahui identiti Jun Hao dan memberi gelaran baru iaitu, Dang O.Ianya terbongkar apabila Zi Qian mendapat maklumat secara tidak sengaja mengenai Dang O.Dia juga menuduh Tian Yu sengaja menyembunyikan Jun hao kerana percaya Tian Yu melakukan perkara itu untuk mendapat keuntungan.


Tanpa pengetahuan Jun Hao, Tian Yu mengambil keputusan untuk menghantar Jun Hao pulang kerumahnya yang sebenar.Apabila Jun Hao menyedari Tian Yu meninggalkan nya, dia mengejar Tian Yu dan berlaku kemalangan yang membuat ingatannya pulih. Apabila ingatan nya pulih, kenangan manis antara Dang O dan Ye Tian Yu semua terkubur.


Sewaktu Zi Qian berusaha memujuk Tian Yu untuk melupakan Dang O, Zi Qian mula merasa dia mula jatuh cinta dengan Tian Yu dan menyedari kelebihan Tian Yu. Melalui Tian Yu jugalah dia dapat merasakan kehangatan kebahagian sebuah keluarga.



Hmm... setakat inilah ulasan aku terhadap cerita ini. Adakah San Jun Hao dapat mengingati kenangan nya di Kampun Guai Mei? Adakah percintaan antara dia denganYun Xi berjaya? Bagaimana pula dengan percintaan Zi Qian dan Tian Yu?Dapatkah Tian Yu menerima Zi Qian yang banyak membantunya sewaktu kesusahan atau masih menyintai Jun Hao?Bagaimana pula dengan penerimaan Yun Xi terhadap perkara ini?Bolehkah dia menerima nya atau sebaliknya?Dapatkah Zi Qian menerima orang yang selama ini membela rupa-rupa nya orang yang membunuh kebahagian keluarganya?Dapatkah mereka menyelamatkan Hotel Guai Mei yang ingin di robohkan dan Senwell dari di beli oleh samseng?


Apa kesudahan cerita ini kena lah tengok dari CD1 sampai CD20.


Tapi sesiapa yang tengok crita ini memang tak rugi.aku sendiri tgk banyak kali.Jalan cerita memang mantap.takkan rasa mengantuk coz unsur-unsur humor ada di selitkan, lagu-lagu yang best, penghayatan pelakon nya pun memang Superb dan bukan bergantung pada wajah yang kacak n comel semata-mata.



Selamat menonton!!

Tiada ulasan: