Cari Blog Ini

Khamis, 2 Jun 2016

Frenz United FC

days end!!
hari yang ditunggu telah tiba..
masa baru-baru dpt event ni..
dia punya penat mmg x hengatt...
x sabar tunggu 2hb jun 2016 utk tunggu group ni checkout..
tp bila harinya tiba,rasa sedih pula..
sebb tu org cakap x kenal maka x sayang..
dari loya buruk ngan aku,sampai kena lawak penyapu..
dan kerana penyapulah kitaorg rapat..akak penyapu..hhahaha...
sengal diorang ni..

lepas ni xde lg yg mengadu "kak,lapar.." "kak,jom g dobi" "kak,tempat ni function x?" "kak,nak potong rambut"

Bawa diorang keluar makan,
g kilang bateri,lepak kat restoran full tank,
kedai gunting rambut x yah ckp r,sampai lemau aku kat situ..
g bazar karat terjumpa pula dgn team diaorg yg lain..
hampir-hampir kantoi kat restoran singgah selalu..

how a sweet memories between me & adik-adik ku yg nakal..
Haiqal, Faiz, Najmuddin & Amirul..
tq guys for giving me a time to knowing uols..
nnti masing2 dah top jgn lupa akak tau..

hmmm..akak dah sedih!!!nnti ternangis karang...
now tunggu diaorg nak check out..
Jadual event 2 minggu yg
menyesakkan schedule ku

Juan Sebastian Veron ~ Ex Argentina Player
Lucky aku dah wat research..kalau tak
tak kenal pun VVIP diorg..after managers
meeting je keta TMJ terus jemput dia kat hotel

Team Japan ~Kashima FC

 




Kilang Bateri
 

 

Barber Shop..
Boleh tido jap sambil tunggu
diorang potong rambut

Dinner time..makan lah
apa yang ada k..
Arahan coach korang hokiesss
Dari nak beli Mc D terus singgah
sini dulu
 




Good luck guys!!

Steve Mc Mahon ~ Ex Player Liverpool

Hang out time!!


Budak Nakal ~ Haikal

Tq to Mr Berkay
Besiktas JK Manager team
Kashima FC ~Japan Team



Besiktas Team ~ Turkey













Rabu, 13 Mei 2015

JAPAN TRIP ~ B&B Pension Hakone (23rd April 2015)

Lobby for check in
Single room
B & B Pension Hakone terletak di 250-0407 Kanagawa , Hakone, Ninotaira 1297, Japan. Memang dekat atas bukit dan sejuk.. Sebelum sampai ke hotel Abg Sani dah bagitau dekat atas nanti memang dah takde kedai makanan halal. So kita singgah 1 kedai macam seven eleven utk beli air. Makanan yg kitaorg bekal rasa masih ada lg n cukup utk mlm ni. Maggie in cup, bubur nasi instant dan juga roti.Sempat jugalah membelek majalah kat situ..Majalah memang no censored jadi baik kita letak balik..hehehehe.. 
Sepanjang perjalanan menuju ke hotel, kitaorang ada nampak ada banyak juga kedai kereta sewa. Abg Sani bagitau, kereta-kereta yg ada kat situ ada kereta yg sesuai utk drift termasuk AE86. (Aku ni mmg sengal sikit dalam hal keta aku yekan jelah..hehehe)

Sampai kat hotel, segala urusan check in aku settledkan. Total bagi 7 bilik 21,000 yen @ RM800 tak termasuk lg cukai 150 yen seorang. Kenapa aku tak amik semua bilik twin sharing? Kalau bilik single sorang dalam RM114. Kalau bilik twin sharing 1bilik RM270. kalau bagi 2 pun still lagi RM135. belum tambah lg 150 yen(dalam RM 8) cukai kawasan tu. 

Dekat kawasan hotel ni memang banyak vending machine. Cakap apa nak semua ada.Towel, sabun, coklat, shampoo semua complete..memang berderet-deret machine dia..mesit urut kaki pun ada. Tiada toiletries di sediakan dibilik.semua sendirian berhad.

Bilik kitaorg kat tingkat tiga. Bilik Abang Sani n Faiz dekat tingkat 3 juga tapi wing lain. Sebab diorang aku amikkan bilik yg smoking area. Bilik tido kitaorg memang cuma ada basic je lah. Katil, tv & aircond... Di level ni cuma ada bilik, toilet, tempat cuci muka dan gosok gigi serta pantry utk amik air panas n microwave.

Disebabkan kitaorg x mandi pagi td, kononnye nk lah g mandi..bilik mandi ada di tingkat bawah n public bath area..cuma asing lelaki pompuan je..

Nama pun negara org,culture pun tak sama..dalam bilik mandi tu tak dibenarkan memakai sebarang cover utk mandi.. Faktor kebersihan katanya...hadoiii.. akak ni mmg jenis bleh adapt tapi bila suruh naked mmg idok lerrrr... kitaorg memang tak mandi lerrr arini gamak nye...nasib baik negara sejuk.. Takdelah rasa tak selesa..Nyaman je..hihihi.. Masuk bilik persalinan je dah macam² jenis boleh nampak.. Yang tua muda, serabut semua ada..aduiii..free show je arini...memang keluar balik r dari bilik persalinan tu..baik aku massage guna mesin² kat situ sambil tgk² vendin machine yg berlambak tu..Ingat kitaorg je yg tak jadi mandi..Firdaus pun sama tak jadi mandi..atas faktor yang sama macam kitaorg juga..heee..
so mlm tu kitaorg dinner kat bilik farah..kitaorg berenam kumpul ramai² wat maggi..pas² ada lah additional instant bubur n roti..syukurlah apa yg ada kan..Alhamdulillah...rezeki..
so rest time sebelum blk ke tokyo naik shinkasen esk..
Ruang Menunggu
Our breakfast!!Sedap wei roti-roti ni..
Breakfast Area
Deretan Vending Machine
Deretan Vending Machine

Deretan Vending Machine
Ruang untuk mencuci muka
dan gosok gigi
Pantry

Area bilik..bersihkan
Ruang mandi