Cari Blog Ini

Selasa, 12 Mei 2015

Japan Trip~ Our Apartment


Mr Naga ~ Tn punya rumah


Perjalanan ke rumah sewa kita org memang agak jauh mungkin pasal tak nampak sangat..dah malamkan.. dalam perjalanan ni rasa-rasanya semua dalam van ni tido kecuali abg sani. Aku sedar2 tgk abg sani masuk lorong-lorong kecik..dah masuk kawasan perumahan kot.

Bilik untuk bdk2 lelaki.
Bilik ni je yang ada TV
Abg sani park dekat 1 parking area yang berbayar..for korang nya info, untuk drive di jepun korang kena amik lesen memandu di jepun dan syarat memang ketat. Lepas tu untuk park kereta pun terhad n if ada pun berbayar. harga tanah di jepun agak tinggi di sebabkan kepadatan penduduknya.So jangan harap lah korang bleh parking sesuka mcm kat malaysia ni 
Ni lah toilet kitaorg..nampak tak
besi atas toilet tu..bila kita flush,
air akan keluar dari situ. so dari
itu kitaorg letak gayung tadah air..
tp air nya sejuk macam dr peti sejuk


Disebabkan aku dah forwardkan emel-emel dr mr naga (tuan rumah) pada abg sani,so dia n faiz lah yg cari umah tu n kunci yg tn umah tu letak..

Bila dah jumpa umah tu,barulah kitaorg turun dan bawa barang-barang. Rumah di jepun ni korang jangan bayangkan macam umah kita kat malaysia k.. ruang dia memang sangat limited. Bilik mandi dia hanya 3tapak kaki kita je..toilet di ruang yg lain dan tak ada paip serta baldi yg di sediakan..hahaha..survivor lah..
Ruang untuk naik ke atas

Abg sani kata umah yg kitaorg duduk ni memang selesa n besar bagi orang-orang jepun.. sewa sebulan tak lari dalam lingkungan RM6000 duit malaysia.. aku sewa yg seminggu ni pun hampir RM3,500..

Tu bilik lelaki, ruang yg ada alas
oren tu tmpt kitaorg dok mkn
selain kat tangga.. walaupun
dpn bilik mandi
Depan toilet ada sinki n ruang sebelah sinki yg biasa kita letak pinggan2 lepas kita basuh tu ada 1 dapur elektrik.depan bilik mandi ada rak2 letak pinggan or makanan & microwave..ada peti sejuk, vacuum pun ada.. selipar di sediakan juga..kat dlm umah mmg kena pakai selipar..sebb sejuk weii..

Bilik Mandi yang sebesar
3 tapak kaki je..
Bilik faiz n firdaus di bahagian bawah..n kitaorg yg pompuan2 dok kat atas..kat atas ada 1 bilik n 1 ruang mcm hall tp biasa diaorg wat tmpt tido..kat ruang tu tuan rumah letak 1 bed chair..tp kitaorg letak luggage2 kitaorg kat situ..so kitaorg tido kat bilik je..
sebelah microwave tu bilik utk guys
& depan nya bilik mandi. ruang
ada cerek tu tempat utk masak.
depan sinki tu toilet..

Lagi 1 problem kitaorg adalah traveller adapter. Di Jepun ni plug nya 2 mata yg nipis..nasib baik faiz ada bawa traveler adapter..so dari situ kita sambung 2 extension wire.. Settled hal nak charge hp,power bank n camera.portable wifi ada disediakan plug sendiri..kabel dia sama mcm samsung.. So aku pun kacau gak untuk cas hp dan power bank..hehehe...

Ni bilik untuk wanita.di tingkat atas.
Ruang tempat kitaorg letak luggage
Pastu korang jangan haraplah umah kat sini ada ruang untuk meja makan yang besar..tak hadooo pun..Tv dan coffee tbl ada..tapi dalam bilik faiz..tak nak r kacau diaorg rehat.. takde privacy nanti.. kat umah ni pun lengkap dengan kotak first aid, pembersih debu utk baju, wifi pun ada..tp kitaorg x guna pun..sebab portable wifi yang abg sani provide lagi laju.

Antara peralatan yg Mr Naga
sediakan
So lepas abg sani setting kan heater utk bilik kitaorg abg sani pun gerak balik umah dia..pagi esk baru dia dtg blk..abg sani siap pesan jgn wat bising kat umah mcm dia pesan kat aku awal2..nanti jiran report polis..sedangkan td masa sampai kita org mcm bising sikit sebab bawa barang-barang banyak, jiran kat situ dah jenguk kat tingkap. so kitaorg cakap memang pelan-pelan mcm pencuri dah.. nak ketawa pun cover line..
Antara 1st aid yg
Mr. Naga sediakan

Ni lah dapur yang kitaorg gunakan
sepanjang kat sini
After abg sani balik, kitaorg terus masak n take turn mandi.. lapo weii..so after that we all kemas beg pack yang nak bawa esok sebab tido 1 mlm kat sana..so rehat awal untuk meneruskan pengembaraan ke gunung fuji esk.



**if korang nak recce tempat penginapan lain korang leh daftar dulu kat link ni: www.airbnb.com/c/aharon5?s=8 after register baru boleh buat reservation atau inquiry. Bukan untuk Jepun sahaja banyak lg negara-negara lain yang kita bleh survey.













We are Here!! Narita - Tokyo Disneyland

Transport kami utk 3hari shj
(Termasuk dlm Pakej)
Lebih kurang pkul 8.15am captain dah announce yang flight akan tiba awal 30 minit dari waktu yg dijangkakan dan suhu ada lah 13c..mak aii sejuk lah weii...tengok kat application weather kata dalam 17-19c je..tipu application ni.

Turun dari flight memang terasa angin dia sejuk and kitaorang memang serius tak tahan..nasib memang ada standby shawl yang tutup muka masa tidur tu..dari flight kami dibawa ke balai ketibaan dengan coach..memang selesa n cekap diaorg wat keje..org jepun ni memang cakap jepun je r..kita tak faham pun dia main cakap laju je..layan je..best gak dengar walau x faham sepatah haram..Weeeiii!!macam tak caya lah dah sampai negara Jepun!!Tetiba teringat ceta Heavens Coin's..1st drama Jepun yang aku follow masa tahun 1998..Tp tu kat Hokkaido.
Briefing

Abg sani ada pesan,kat narita airport ada wifi free..sampai dlm airport terus connect ngan wifi biar senang n contact dia..so bila ada internet connection,1st priority aku , of course lah whatsapps group family.. maklum kan mak,ayah n adik beradik yg aku dah selamat sampai..yelah,dgn tragedi macam-macam sekarang ni yang melibatkan kapal terbang so ku tak nak diaorg risau..

Welcome To Tokyo Disneyland
2nd check in  kt fb..hahaha..tu perkara yang wajib dalam dunia cyber..jangan cakap korang tak buat hokiess...procedure stamp passport tu macam biasalah..pastu imigresen dia tampal siap-siap visa 90hari untuk stay kat jepun n slip untuk redeem tax..for info gst kat japan adalah 8%. Dan aku ada dgr tak diaorg akan naik dlm 11%  dlm july 2015.. tinggi wei..malaysia yg baru 6% org dah dok merusuh bagai..kalau 11% abis keta semua takleh guna atas jalan sebab ramai yang baring atas jalan sebagai bantahan..

Lepas settled hal passport kitaorg nak kena scan bag pulak.. rupa-rupanyanya kena isi 1 borang declaration..if 1 family,1 form je..if not family kena isi sorang 1..so aku ni kan memang suka memandai macam aku pernah keje imigresen kat jepun aku cakap tak yah isi ramai-ramai..kita isi 1 je..kitakan semua family..hmmm.. Confident tak aku..hahaha.. Alynn ko hengat ni kat Malaysia kerr???

So dengan penuh keyakinan, (walaupun tau yg nak wat tu benda salah) terus je kitaorg g scan bag..pastu pegawai tu tanya "family??" aku jawab "yes we are family" ada pegawai dia sorang lagi dtg..haaa!!family??mmg aku tak faham sepatah haram dia ckp walaupun dia cakap kuat kat depan aku ni hah.. tp aku bleh agak kemusykilan dia sebab muka kitaorg tak sama..aku punya poyo konon-konon faham dia cakap aku jawab r "we are cousin..cousin trip"..terus diaorg "owhhh!!!cousin!!!welcome to japan!!"meriah suara diaorg ni ...ntah dia kutuk aku n kawan-kawan aku pun tak tau r..layan je...yg kitaorg pun mcm poyo-poyo faham gelak sekali r..semua kaunter tgk kitaorg meriah semacam..masing-masing bateri dah cas penuh..cuba malam tadi..tak larat nak layan dah.. yang penting lepas ayam masak merah frozen fieza..hahahah...walaupun menipu apa yang penting confident level kena tinggi n jangan takut-takut..buat mcm faham je..part mcm ni mmg serah kat aku ler..hahah..abis semua aku langgar..pastu kalau dah salah wat muka x bersalah..

Keluar dari arrival hall,abg sani dah tersengih tgk kitaorg..pastu tgk luggage kitaorg lagi dia geleng kepala.. korang nak dok bapa lama kt jepun ni.. hehehe.. sengih je r..yg kawan-kawan aku 1st time nampak abg sani agak terkejut gak..sebab muka dia garang macam samurai jepun tambah ngan janggut dia yg panjang..nasib aku sempat jumpa dia masa dia blk malaysia bulan 3 aritu..

So kitaorg bersih-bersih kan diri dulu..salin baju..lepas tu abg sani brief kitaorg sikit..untuk g disneyland makanan luar memang tak dibenarkan bawa..tapi dalam tu makanan halal susah n mahal..so mana makanan yg kita bawa dr malaysia n nak bawa masuk disneyland masuk dlm beg n letak kat bawah2 n cover ngan baju..jgn sampai dia nampak sebb dia akan spotcheck beg..Bang sani cakap diaorg ni poyo je..ngada-ngada lebih..hahaha..layan je dia punya brutal..pas2 kitaorg diberi 1 pocket wifi..unlimited..so kitaorg bleh on9 dimana sahaja..mudah kan..

Utk kami yg seramai 6org n termasuk abg sani as a tour guide n driver,abg sani sewa sebuah alphad utk kegunaan kitaorg bg 3hari..perjalanan dr narita ke disneyland hampir 1hour..abg sani gelakkan kitaorg bila kitaorg ckp sejuk..dia siap buka tingkap n bgtau mana ada sejuk biasa2 je..

Bagi harga tiket entrance Disneyland 6,900yen = RM210.00..Disneyland ni pada aku biasa2 je..sapa yg ada anak kecil mmg berbaloi lah ke situ..kitaorg yg besar2 ni rasa xde apa yg menarik sgt..tapi yang menariknya orang-orang jepun ni memang suka pakai uniform kerja, uniform sekolah or baju yang sama corak dengan kawan-kawan dan suka berfesyen pelik serta mereka suka pakai sedondon.. so korang jangan terkejut lah ada yang g masuk haunted mansion, naik roller coaster dlm gua gelap yg cuma nampak bulan bintang je pakai blazer mcm managing director, orang marketing tgh mengular g taman tema..hehehe..lepas tu kita kat Malaysia ni dah terbiasa dgn monopod..masa kat sana aku pun amik lah video & gambar guna monopod, ada penjaga kat situ suruh simpan ni..dia ckp "hp ok, monopod cannot"jenuh gak aku nak fahamkan apa yg dia ni ckp..kena dgr betul2 baru faham..pastu dia tunggu kita simpan dlm beg baru dia beredar..dia nak bantu aku pegangkan beg, cepat2 aku x bagi.. nanti kantoi wei bawa makanan..hahaha..

Ada 1 kejadian, tgh kitaorg ni beratur nak naik outerspace games ni, adalah sekumpulan student perempuan depan kitaorg..diaorg mmg pakai uniform sekolah (Kalau kat malaysia dah kena tangkap ngan cikgu disiplin dah..anggap jelah diaorg ada lawatan sambil belajar..hihihi) sambil diaorg selfie, wefie dr bahasa tubuh diaorg aku & faiz faham diaorg nak minta tolong aku amikkan gambar utk mereka..tapi mcm tgh bincang-bincang nk mnta tolong mcmana..i guess dia tak pandai english..so kita org Malaysia yang memang terkenal dgn sikap suka membantu, aku tawarkan amik gambar diaorg..so diaorg mcm excited sebab diaorg ingat aku tau bahasa jepun..start lah pung pang bahasa jepun ngan aku..aku boleh agak apa yang budak-budak ni cakap ngan aku "awk tau bahasa jepun ke?awk faham lah apa yang kitaorg ckp" aku cuma geleng kepala ckp i dont know. tp serius diaorg punya excited n mcm terkejut.. hmm..ni mesti ada ngumpat aku dlm bahasa dia lah tu tadi..heheheeh.

Kitaorg janji jumpa abg sani kat disneyland pkul 6.tp pkul 5.30 kitaorg dah kuar dah sebb dah hujan n sejuk sgt2..nasib kitaorg mmg ada standby baju sejuk..syida je kesian..sebb cuma bawa shawl je..sebelum g umah sewa,abg sani bawa kitaorg g tempt souvernier yg besar kt disneyland tu..tp harga dia mmg mahal..so aku just tgk2 je x beli apapun..So masing2 dah sejuk,dah kna hujan so betterlah kita g check in dulu kat Wakaba 3-8-1 Shinjyuku-ku Tokyo Japan.














Isnin, 11 Mei 2015

Holiday ~ Depart Time!! (21st April 2015)

Kakak Rania jaga baby
Abg darwisy selfie
with Aisyah
Alhamdulillah...semasa on the way nak ke klia 2, along inform dalam whatsapps family yg kak wani dah bersalin baby girl..Syukur..tambah lagi sorang anak buah ku..welcome to the world Aisyah Sara Hani Hairunizad..Mamalynn will see u when i come back to malaysia ok darling..love u dear..muaahhhh..Che Ta a.k.a Rania xleh lg manja2 sebab dah ada adik aisyah..hehehh

Kitaorg sampai klia2 awal sejam dari masa jangkaan..jika ikut jadual dari www.yoyo.my bas kami tiba jam 8.00mlm di klia2..tp pkul 6.45pm dah sampai dah..so boleh lah kitaorg relaks2 dulu kat airport ni..fieza pun akan naik flight dr kuantan ke klia pkul 7.45pm nanti..lebih kurang dlm 9lebih dia sampai lah di klia 2 ni..

Wajah selepas check in..ni belum
lg kena buang can food..heheheh
Sampai je kat airport ni 1st yg kitaorg cari adalah kedai makan..lapo lah weii.. x sempat mkn..harini mmg kucar kacir sikit planning aku. Memang lah dah start cuti arini..tp disebabkan aku nak tinggalkan event2 aku (hotel ada 285 bilik n hampir 250bilik utk 2 event 3kontingen maksak) Nak minta tolong kawan-kawan jagakan jadi kita kena clearkan dulu..aku dtg juga utk jumpa organizer n kenal kan ngan mereka sapa yg diaorg bleh refer sepanjang ketiadaan aku..pas2 boleh pulak pagi ni ada lori pasir terbalik kat simpang ke Danga Bay n semua kenderaan di arahkan masuk ke UDA sebagai jalan alternative..patut lah pagi-pagi depan umah aku bising ngan keta hon x henti2..kalau nak kuar simpang umah je dah dekat 1 jam..korang rase??nak ke ofis pagi tu amik masa dekat 3jam!!yg biasa 10minit dah sampai..appoinmnt aku pkul 9 so aku anjakkan pukul 10..dgn harapan pkul 11 aku dah bleh blk n siap2..nak jadikan ceta,bleh plak organizer aku ni g kuar jln2 kat puteri harbour..pas2 sesat..aku terpaksa tunggu sampai hampir pkul 11.40.discuss-discus jam dah dekat pkul 1..nak tak nak aku kena mnta diri gak sebelum aku kena tinggal bas..blk umah terus siap-siap pkul 2 nk kuar umah, faiz dah whatapps yg dia dah sampai..lagi lah aku kelam kabut..x sempat nak lunch..so aku sempat capai roti je utk mkn dlm bas..redha je lah..

Beberapa minit sebelum berlepas..
nampak x faiz dah ready ngan bantal
dia tu. tak sampai 5 minit berlepas
kitaorg dah sampai jepun dulu.. ;p
So sampai klia g mkn kat 1 kedai mamak di level 3..sederet dengan nando's..dari design luar mmg gah n menyelerakan..tp bila dapat..hmmm...xpe lah mkn je sebb dh lapar..tp last lah kitaorg mkn kat kedai ni..nampak x ciri2 penyesalan kitaorg kat situ..hahahaha..

Sementara tunggu fieza sampai,kitaorg nak solat jamak n rehat2 dlm surau dulu..flight pun pku1 12.45am.. haaa.. kat sini aku n syida tukar sikit duit yen..mcm x sedap pula xde lansung duit yen..so aku tukar duit thai balance aku g krabi aritu so dpt lah dlm rm 300++ n aku tambah lg rm200 jdkan rm500..so tu je r yg aku tukar..at least ada gak duit yen kan..dapat lah dalam 17,000yen.

Dlm pkul 9 lebih fieza sampai..so discuss2 sikit n abg sani sempat fb msg suruh kitaorg beli apa2 mkanan utk mkn dlm disneyland nnti..so mcm2 kitaorg beli especially roti,coklat,air..faiz beli stok rokok..so aku pun tolong pegangkan sekotak..kesian adik aku sorang ni..nanti dedor xdpt rokok malaysia mcm kat korea aritu.. hehehe..so settled je semua kitaorg terus lah check in luggage..jam 11.45pm kitaorg pun check in..fieza 2 kali kena buang air mineral dia..1st tu mmg dah tinggal sikit..so bila dah scan pasport dia g beli air lg sebb ingat dah xde scan lg..sekali bila turun bawah ada lg 1 scanning n agak ketat..air mineral tu ok lg kena buang..yg si farah boleh masukkan can food dlm back pack dia..adusss!!!hampir lebih 10tin stock makanan kena buang..muka dia mmg x leh simpan perasaan frustrated..banyak tu kena buang..aku pun lupa nak remind dia..silap aku gak yg take thing for granted..plus dia pun 1st timer g holiday mcm ni..xpelah farah..barang yg lepas jgn dikenang..dah2..simpan muka frust tu dik.. kita enjoy!!

so jam 12.30 kitaorg dah naik flight..tempat duduk kitaorg terpisah..aku,faiz n fiza dekat-dekat..farah n firdaus..syida je sorang2..aku ngan faiz naik flight je dah tak ingat apa..terus je tertido..6jam tu....baik kitaorg tido dulu charge bateri masing2..faiz pun semlm keje mlm..blk2 jb terus siap2 g travel.. mmg kitaorg collapse..so better we charge our energy.

Cant wait for our awesome holidays!!

**tetiba rindu ikien sebb kitaorg plan g jepun sesama..tp time ni dia ngah sarat.xpelah..baby lebih penting..miss u friend..