Cari Blog Ini

Sabtu, 13 Disember 2014

RUNNING MAN SHOW RACE START SEASON 2 - PART 2

Selfie kami2 dulu di
Paradigm Mall
Tibalah hari yang di nanti-nantikan..1st November 2014..hampir 2 bulan dah aku beli tiket event ni..memang hari-hari dok counting je.. Nak di jadikan cerita, 1hb november ni pun final piala FA..dan yang paling best team negeriku JDT dapat masuk final melawan team Tok Gajah..so confirmlah highway sesak dengan penyokong-penyokong bola JDT nak ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pengacara menjemput
Running Man naik ke pentas
Aku ngan faiz pun dlm seminggu (after JDT menang lawan Felda united) planning nk ke sana..orang update facebook ckp nk g tgk bola, aku pun update gak ckp nak g stadium.so ramai kawan2 ingat aku nak g tgk bola gak..heheheh..
1hb tu faiz amik aku kat umah dengan adik dia, farah jam 7.00am..so kitaorg terus gerak ke kl..stop isi minyak n aku tambah touch go budak kat kaunter tanya "nak g mana kak pagi-pagi ni" aku jawab lah nk g kl.. "wahh..nak g tgk bola ea kak??hati2 jalan k.." aku angguk je lah..nak senang cetakan..nnti ckp nak tgk running man byk pula soal dia nnti..hehhehe
Cuma nampak Haha & Jin Hyo je...
So perjalanan kitaorg nyaman je..xde jem..tp dekat seremban jem sikit lah..yang best nya perjalanan hari ni kitaorg excited tgk penyokong-penyokong bola yang g stadium..kreatif diaorg menggayakan keta diaorg tu semua..yg pasti dah siap2 pakai jersi merah biru..kitaorg yg xde kena mengena nak tgk bola pun excited..si faiz siap dah placing baju jersi bola dia tu..setakat gantung je ala-ala poyo nk g tgk bola konon..hehheehe...
So kitaorg terus singgah ke Universiti Malaya untuk ambil abg long faiz..masa tgh tunggu abg long, tetiba pihak Astro One HD ada call yang mengatakan yg kitaorg menang lucky draw.. dan salah seorang dari kami dapat bermain game show bersama ahli running man di stage utama..Gila tak excited..hahaha..but kitaorg tak decide lagi sapa yang nak naik..tp x kisah lah sapa pun yg penting kita enjoy!!
dlm pukul 11 kita orang sampai sudah di Paradigm Mall di mana sesi autograph bersama ahli running man berlansung..dijangka ahli running man akan tiba dalam jam 12 @ 12.30..phewww,,,ramai gila depan stage ni..bila bual-bual ngan sorang kakak kat sini dia ckp dia tunggu dari jam 8.00pagi lagi..gila kentang semangat...heheheh..
lebih kurang pukul 1 lebih tiba lah ahli2 running man....Lee Kwang Soo, Kim Joong Kook, Suk jin, Jin Hyo & Haha naik ke pentas..bertepik semua penonton dapat melihat ahli running man secara dekat di Malaysia..diaorg pun 1st time dtg Malaysia..tp kitaorg tgk kejap je sebb x dengar pun sepatah haram apa yang diaorg ckp..apa yang penting nama Lee Kwang Soo memang bergema dlm Paradigm Mall ni..
so we all g makan di Italian yg di sponsor oleh Faiz (berjalan ngan faiz ni duit aku x laku lah...) di sambil-sambil itu aku pujuk farah untuk joint aku ngan faiz g tgk konsert..memula dia serba salah..namun kuasa memujuk ku berjaya mencairkan hati farah sambil disokong dengan tiket sponsor oleh abangnye, dia pun setuju join kitaorg..yeeehaaa....
Makan-makan di Italianese
Makan-makan di Italianese
sepantas kilat aku check online utk beli tiket tp jualan ticketing dah closed..so check mana ada jual direct tiket ada nama speedy video..terus laju kitaorg g beli tiket sebelum farah bertukar fikiran..
so our next destination is Stadium negara for the Race Start!!








Sabtu, 15 November 2014

RUNNING MAN SHOW RACE START SEASON 2 - PART 1

Wallaaaa....
Running man come over to Malaysia!!!yeehaaa...happy2..
I follow running man show since year 2011 lagi..masa visit korea aku sibuk cari team running man tapi time tu masih ramai tak kenal running man..
Tahun 2013 ada juga dengar Running Man akan datang Malaysia & event tu akan berlansung kat Kenangan Wholesales kat Klang..tapi rupa-rupanya penganjur tu kaki kapur..kesian pada yang dah beli tiket..nasib baik time tu aku ngan faiz x sempat lg beli tiket..kalau tak frust gak duit hilang mcm tu je kan..
So tahun ni Running man dengan kerjasama Astro One HD akhirnya datang jugak Malaysia. Aku pun x tau memula event ni tp adik angkat aku si Faiz ni tag aku kat fb..dia ajak aku g..aku ni memang lah dah minat..plus pula ada geng so on je lah.. tp time dia bgtau tu tiket belum release lagi..Dia bgtau aku time tu akhir bulan 7 and tiket dia start jual kat ticketing 29hb Ogos..ok r..sempat kumpul duit..event 1st November 2014..so 29hb ogos tu pagi2 lagi faiz dah minta adik dia standby depan komputer belikan tiket..niat di hati nak beli tiket VIP tapi harga RM729 so kitaorg beli tiket CAT 1 Rock Zone RM499..so tepat jam 10.32am tiket Race Start Season 2 in Malaysia Running Man Fans Meeting Selamat di beli...yuhuuuu!!!best2..very exited..
Pengesahan pembelian tiket melalui agent ticketing.
Next post aku akan story pengalaman kitaorg masa g konsert tu pula..serius DAEBAK!!

Jumaat, 19 September 2014

TRIP KOREA (DAY 2) ~ NAMSAGOL HANOK VILLAGE

Our next destination is Namsagol Hanok Village..dari KBS world tadi kitaorg berpatah balik menuju ke subway terdekat..untuk ke Namsagol Hanok Village kita perlu naik train Line 3, turun di Chungmuro Station keluar melalui lorong exit 3.
Sampai sahaja di station tu cuaca di situ hujan renyai-renyai. nasib baik syikin ada standby baju hujan RM2.00 untuk kitaorg semua..
Jalan menuju ke Namsagol tu menaiki bukit (korea ni dah memang sah berbukit bukau..heehehe)..walaupun hujan, permandangan seperti sungai & tasik kecil sangat dijaga rapi oleh mereka yg di pertanggungjawabkan.Susunan batu di tepi-tepi tasik yang masih mengekalkan ciri-ciri traditional masyarakat korea seperti di zaman Joseon.
For the info, menurut research aku sebelum ke sini, Namsagol Hanok village ni merupakan salah satu lokasi utama bagi pengambaran filem atau drama korea yang berlatar belakangkan zaman dulu mereka especially zaman pemerintahan kerajaan Joseon. Aku rasa zaman Joseon tu macam zaman kegemilangan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka kot.. tapi aku tak sure lah sebab aku tak pernah buat kajian untuk subject matter yang ni walaupun aku minat dengan sejarah ni..hehehehe...

Nak di jadikan cerita, kitaorang ni terlepas pandang yang Namsagol Hanok Village ni ditutup pada setiap hari selasa..so rugi sikit lah sebab tak dapat jalan-jalan kat dalam kawasan Namsagol Hanok Village tu..hmm..so juz jalan2 amik gambar kat kawasan luar-luar je lah..tapi yg pelik nya orang-orang kat situ pandang kami bertiga dengan muka lucu..maybe diaorg pelik ngan baju hujan kitaorg kot..ke diaorg berkenan ngan baju hujan kitaorg ni??hahahah...nanti last day kitaorg kat korea ni kitaorg bagi ea baju kitaorg kat korang...lalallaalal....

Dari Namsagol ni kitaorg tengok Namsan Tower tu macam dekat je..we all take a break dekat kedai coffee Holly's Cafe..Kedai coffee franchise ni yang di gunakan dalam drama Roof Top Prince..sambil-sambil planning destinasi seterusnya, kitaorg minum coffee yang sememangnya superb kat korea ni..antara yg kitaorg minum Coffee Strawberry, Coffee Blueberry.. Wafer diaorg pun sedap gak walaupun hanya yakin makan wafer original sahaja..so we are ready to our next destination...Jom Pergi!!!